Assalamualaikum.
Diam tak diam,dah masuk bulan September sudah. My #SeptemberWish adalah nak start dan cuba maintain struggle untuk final exam bermula 1 Oktober nanti insyaAllah. Dan step pertama yg diambil ialah DEACTIVE facebook. Ya harap aku dapat bertahan dengan perubahan ini. Kawan2,doakan sama ya?Tq! :') Alhamdulillah aku mula sedar,betapa aku sekarang berada di zon bahaya dalam soal pelajaran. Maksudnya, macam tak update dengan apa yg aku belajar sekarang. Assigmnents. Ada 's' maksudnya banyak. Tapi belum disiapkan lagi. Kawan2 lain majoriti dah present,dah lega dah depa. Group aku belum lagi,dan tugas aku yg belum selesai. Ya Allah,rasa ketinggalan sangat bila aku dah sedar. Dan thank you Allah kerana menyedarkan hambaMu ini. :')
Esok aku ada Speaking Test Bahasa Arab. Doakan aku boleh buat ya?Ya aku takda basic Arab,tapi aku mencuba. Dgn kawan2 sekeliling yg dah terer(cemerlang) bahasa arab,buat aku lagi takut. Rasa tergugat. Bolehkah nak bersaing niii??? Takut sangat bila ustaz tanya sesuatu tu,lepas tu aku rasa blur,macam tak pernah dengar perkataan tu. Padahal ustaz dah ajar,cuma aku yg tak pay attention. So salah siapa kat sini? Ya salah diri aku yang lalai. :'(
Ok stop untuk soal pelajaran. Mari tengok video atas ni. Mohon tekan play. Dan hayati lirik2 tu semua.
Apa yg aku boleh cakap,aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia. Kita hidup dalam suasana yg aman dan damai,serta jauh daripada bencana alam. Besryukurlah. Hargailah keamanan yg kita nikmati sekarang. Sungguh. Tersentuh hati ini tatkala melihat video ini bersama bait2 liriknya.. Alhamdulillah aku masih ada kedua orang tuaku,keluargaku yg sentiasa support aku dan sentiasa ada antara satu sama lain :') Aku belajar untuk menghargai orang disekeliling aku. Sebelum aku kehilangan mereka. If you know what I meant..
Apabila kita menonton video atas ni,sungguh sedih melihat anak2 yg masih kecil sudah ketiadaan ibu,bapa dan adik-beradik yang lain. Cuba bayang kalau kita ditempat mereka?Bagaimana agaknya kita sekarang? :') Jadi,motifnya aku just nak cakap,hargailah kedua ibubapa kita,adik-beradik kita sementara mereka masih ada di dunia ini *sebakkk. Namun,kepada ahli keluarga yg sudah tiada,jangan lupa untuk sedekahkan surah Yassin paling kurang pun setiap Khamis malam Jumaat,dan menziarahi kubur mereka. Sesungguhnya mereka di alam "sana" amat menantikan kalimah2 suci yg kita sedekahkan buat mereka.. :')
Untuk renungan kita bersama,dan diri sendiri juga. Terima kasih sudi baca.Assalamualaikum.



