Thursday, September 06, 2012

Decision.


Assalamualaikum.

Saat aku menulis entry ini,aku baru saja pulang dari HEP untuk tarik diri daripada pencalonan MPP. Semalam aku buat solat istikharah. Namun aku still keliru mana satu keputusan yg aku harus buat. Lepas Zuhur aku tenangkan diri aku dgn membaca Al-Quran. Mohon Allah tenangkan hati aku dan berikan aku petunjuk. Alhamdulillah,lepas habis ja baca Al-Quran,hati aku kuat dengan mengatakan "Tidak". Aku terus siap-siap untuk speaking test Arab kemudian pukul 3 macam tu,terus pergi HEP. 

Ya mungkin nampak tergesa-gesa kan? Bukan apa,esok sampai ahad kena pergi kursus utk semua calon MPP UiTM satu Malaysia. Jadi kena buat decision cepat2,sama ada nak teruskan ataupun tak. Dan kenapa pukul 3? Sebab waktu pejabat habis pukul 3.30pm. Kalau tak inform hari ni,alamatnya aku kena pergi jugaklah kursus tu kan.Hiks. Sebenarnya, kalau kalah waktu bertanding nanti,still ada jawatan untuk Sekretariat MPP. Maksudnya still ada jawatan kan? Dan fyi,faculty aku yg bertanding semua 8calon. Ramai bukan? Takpa lah bagilah peluang kat depa.LOL. jokejoke! Depa semua hebat2,pointer tinggi2 melangit,aku ni apa la sangat kan? Huhu

Honestly cakap,kalau aku still teruskan,mungkin aku tak dapat berikan komitmen yg terbaik. Dan pasal ni,bukan kehendak aku. Aku dicalonkan. Bukan aku mencalonkan diri aku. I know pihak pengurusan will get upset,tapi takpa aku akan usahakan naikkan club PMB. Sebab jawatan yg aku pegang tu memang aku minat. Jadi mesti syok ja nak buat kerja. Berbeza dgn benda yg aku tak willing nak buat,hasilnya mungkin berbeza.

Tadi waktu jumpa puan yg incharge bahagian ni,beliau siap pujuk2 aku lagi. Then ketuanya pulak masuk bilik dia,pujuk aku pulak. Lepas tu ada sorang lagi masuk bilik,pujuk aku lagi. Ha amekau 3org lawan sorang. Memang aku akan kalah la kan. Haha takpa aku dah biasa dapat tentangan banyak2 macam tu lol. Aku tetap dengan pendirian aku,aku taknak. Jadi aku pertahankan. Ya even suara aku mcm ni,ada cara lain kita nak pertahankan. Haha. Tapi aku mengaku,rasa bersalah tu ada lepas puan tu delete nama aku dari senarai,takpa.Aku yg pilih jalan ni.Allah tunjukkan aku jalan. Mungkin sekarang aku rasa macam ni,tapi sampai bila kan?Mesti sat ja.Nanti ok lettew. Even sekarang pun dah rasa better. Alhamdulillah Thank you Allah :')

Lagi, aku tak pernah terfikir pasal ni. Takda dalam wishlist aku untuk sem ni. Takpa,nanti2 pun boleh lagi kalau aku nak. Dan aku cuma nak campus life aku jadi fun tau. Takmau mcm waktu sekolah dulu,stress pasal prefect punya hal blablablabla. High school punya life pun tak berapa fun gitu. Plus,aku ada banyaks sangat kerjaS*s means plural lol. Semua kena settle dalam masa terdekat. Lepas tu,test tinggal lagi seminggu. Kalau aku join,minggu depan kena berkempen lah apa lah,jadi u tell me bila masa aku nak studi betul2? Kalau aku budak pandai tak kisah bhai,ni aku bukan macam depa. Yang pandai,sekali baca terus masuk. Lainlah macam Ashraf dapat dekan setiap sem,lol tetiba nama dia naik. Hahaha dia classmate aku yg dapat pencalonan tu. Lepas tu dok buat taching aku tarik diri. Hahaha.

Oklah itu saja. Ohh weekend ni aktiviti sangat best!!! Jumaat-Jamuan raya kolej. Sabtu Pagi : Bekwah under Business Management Faculty,malamnya pulak Concert Islami. Wehuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!! Wanna have fun with my girlsssssssssssssss!!!!! Takmau stress2 dah.Nak lepas tension ja happy2. Alhamdulillah ada mereka disamping saya! Love them so much! :')

Tuesday, September 04, 2012

Yes or No?

4 September 2012
Jam 12.36pm
Handphone berdering.. *1 message received*


"Assalamualaikum, saudara/saudari dikehendaki hadir untuk perjumpaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Timbalan Rektor HEP di bilik mesyuarat HEP jam 12 tengahari pada 5 September (Rabu). Kehadiran adalah diwajibkan. "

Harus pergi ataupun tidak????*Helpppp!!!!~

Monday, September 03, 2012

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan..

Assalamualaikum.

Diam tak diam,dah masuk bulan September sudah. My #SeptemberWish adalah nak start dan cuba maintain struggle untuk final exam bermula 1 Oktober nanti insyaAllah. Dan step pertama yg diambil ialah DEACTIVE facebook. Ya harap aku dapat bertahan dengan perubahan ini. Kawan2,doakan sama ya?Tq! :') Alhamdulillah aku mula sedar,betapa aku sekarang berada di zon bahaya dalam soal pelajaran. Maksudnya, macam tak update dengan apa yg aku belajar sekarang. Assigmnents. Ada 's' maksudnya banyak. Tapi belum disiapkan lagi. Kawan2 lain majoriti dah present,dah lega dah depa. Group aku belum lagi,dan tugas aku yg belum selesai. Ya Allah,rasa ketinggalan sangat bila aku dah sedar. Dan thank you Allah kerana menyedarkan hambaMu ini. :') 

Esok aku ada Speaking Test Bahasa Arab. Doakan aku boleh buat ya?Ya aku takda basic Arab,tapi aku mencuba. Dgn kawan2 sekeliling yg dah terer(cemerlang) bahasa arab,buat aku lagi takut. Rasa tergugat. Bolehkah nak bersaing niii??? Takut sangat bila ustaz tanya sesuatu tu,lepas tu aku rasa blur,macam tak pernah dengar perkataan tu. Padahal ustaz dah ajar,cuma aku yg tak pay attention. So salah siapa kat sini? Ya salah diri aku yang lalai. :'(



Ok stop untuk soal pelajaran. Mari tengok video atas ni. Mohon tekan play. Dan hayati lirik2 tu semua.

Apa yg aku boleh cakap,aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia. Kita hidup dalam suasana yg aman dan damai,serta jauh daripada bencana alam. Besryukurlah. Hargailah keamanan yg kita nikmati sekarang. Sungguh. Tersentuh hati ini tatkala melihat video ini bersama bait2 liriknya.. Alhamdulillah aku masih ada kedua orang tuaku,keluargaku yg sentiasa support aku dan sentiasa ada antara satu sama lain :') Aku belajar untuk menghargai orang disekeliling aku. Sebelum aku kehilangan mereka. If you know what I meant.. 

Apabila kita menonton video atas ni,sungguh sedih melihat anak2 yg masih kecil sudah ketiadaan ibu,bapa dan adik-beradik yang lain. Cuba bayang kalau kita ditempat mereka?Bagaimana agaknya kita sekarang? :') Jadi,motifnya aku just nak cakap,hargailah kedua ibubapa kita,adik-beradik kita sementara mereka masih ada di dunia ini *sebakkk. Namun,kepada ahli keluarga yg sudah tiada,jangan lupa untuk sedekahkan surah Yassin paling kurang pun setiap Khamis malam Jumaat,dan menziarahi kubur mereka. Sesungguhnya mereka di alam "sana" amat menantikan kalimah2 suci yg kita sedekahkan buat mereka.. :')

Untuk renungan kita bersama,dan diri sendiri juga. Terima kasih sudi baca.Assalamualaikum.