Wednesday, August 24, 2011

Beriftar di Central Square :)

Assalamualaikum & hai semua!! kemarin aku dgn roomate,tikah beriftar di Central Square,SP.ya ya memang aku pun dah boring pi situ.aku dah boleh hafal kedai tu tingkat berapa,baju kat kedai tu jenis mcm mana.oh bosan.ya lah,kampung aku pun kat sini.habis aku pulak mengaji kat sini.asyik-asyik pi tempat yg sama ja lah.nanti nak try pi tempat lain pulak lah.


oh ya,kemarin aku drive sendiri ya.Sewa kereta Viva yang baru ja beli dan plastik pun tak buang lagi.aku rasa macam lawak gila bila abang kedai sewa kereta tu kata "jaga elok-elok nah kereta ni.jangan bagi calar"..ooemjayy hahahaha macam tak percaya kat aku ja abang tu.puih :D
mula-mula rancang nak keluar dgn classmates kat atas ni.tapi last minute keluar dgn roomate.tapi takpa.kami jumpa jugak kat CS tu.bukan besar mana pun.pi mai pi mai tang tu jugak aih.tikah kononnya nak buka kat KFC.tapi pukul 7mlm dah full gila kat KFC.lastly serbu kedai makan yang kosong ja lah.hmmm :'(


lepas tu,kami pergi buat Hair treatment.best gila okeyy!!ni first time aku buat.jakun gila kan aku??wuwuuu~ harga kat situ pun best.ada promotion untuk student.lagi pun ramai ja budak uitm yang selalu pi situ.nama kedai tu aku lupalah sorry :'( kalau nak tau jugak boleh text aku kat 013-4******3.hehehehe.number 3 tu yang mahai tu.
lepas tu kami balik lah.dan peristiwa yg aku takkan lupa.aku tak angkat hand-break time drive dari CS sampai UITM.setibanya di kedai kereta sewa,berasap satu kereta macam tengah buat barbeque kbai =.=


p/s : esok malam aku ada test Management dan lepas test aku nak balikk rumahh!!yeahuuu!!

Sunday, August 21, 2011

REVIEW # Novel "Sayangku Merajuk"

Assalamualaikum & hai semua! haa hari tu dekat entry ini aku ada mention nak buat novel review "Sayangku Merajuk" kan..so Mempersembahkan sebuah novel karya Ayu Emelda,"Sayangku Merajuk" !! jeng jeng jeng..


fyi,aku dah karang sikit punya baik lah entry untuk novel review ni.tapi server down tiba-tiba.tak boleh nak publish.otak aku pun tiba-tiba down dan bila nak retype entry jadi blurr semacam.*apakah?
Berbalik kepada novel ni.omg novel ni best sangat sangat sangat!serius tak rugi beli wa cakap sama lu.


first of all,yang buat aku tertarik nak grab novel ni mestilah cover luarnya yang memang boleh menarik minat pembaca nak bertenggek kat novel tu kejap buang seminit dua.Memang tak dapat dinafikan cover dia memang menarik.don't judge a book by its cover.tapi hey peduli apa aku.yang mana yang menarik,yang tu lah orang rembat dulu.*dak bisnes bercakap.hehe

Yang kedua,tajuk novel ni sama menarik."Sayangku Merajuk".haaa kita mesti tertanya-tanya kenapa dia merajuk??berapa lama dia merajuk kan??best lah novel ni memang uols kena try baca.roomate aku pun kata best.dan yang seorang lagi tak suka bab-bab novel ni,tapi bila dia try bukak baca terus ja melekat.winks~



oh ya aku beli novel ni kat MPH,Tesco,Sg.Petani.Harga RM21.00.standard harga sebuah novel lah kan..
Tempoh pembacaan aku berhari-hari jugaklah sebab aku just spend time sebelum tidur untuk baca novel ni.ya lah mana nak feeling baca novel,mana nak message dgn Encik Pujaan Hati lagi kan.hee tapi kalau betul-betul focus baca novel ni satu hari,memang dijamin boleh khatam!

BULAN MADU AIREEN hanya bertahan seketika cuma...
apabila ijab dan kabul seakan termetri tiga purnama saja.
Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana dan sirna.
Wanita mana tak meradang… hati mana tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga.
Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg!
Tetapi sayang, pujukannya hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan.
Dia tega mengalihkan cinta pada lelaki lain.
Biar Shahir merana... biar padan dengan muka!

Tapi bagi Shahir cintanya adalah yang pertama dan terakhir.
Walau rajuk Aireen panjang berjela...
walau jelingannya sering saja menggoncang iman di dada.
Dia tak mungkin mengalah!
Apalagi dengan kehadiran Dyra dan Fyra...
sebagai penyambung kasih... bukti cinta.

Namun, bahagia yang dicari sering sahaja dilanda onar.
Kehadiran Madam Anna sering membawa bencana.
Laura pula menjadi penggugat dalam bahtera berumahtangga.

Akibatnya, api cemburu dan benci menyebabkan
insan tidak berdosa menjadi mangsa.
Dan mungkinkah kesabaran seorang suami
akhirnya akan kecundang jua?


Jadi amacam??agak-agak dah terpikat dgn novel ni??alah tak payah renung2 lagi.rembat ja terus.tak rugi pun!haa lagi pasal novel ni yang aku suka sebab adanya watak si comel kembar Dyra dan Fyra.comel sangat sangat.tambah2 part depa nyanyi lagu Justin Bieber-Baby.hahaha sumpah lawak teruk!!aku pulak memang berkenan sangat lah dengan si kembar ni kan.memang feeling habis lah konon macam anak aku pulak nanti.weee


Pengajaran dpd novel ni ada banyak.Jangan percaya dengan orang yang kita baru kenal sebab kita tak tahu background dia mcm mana.Antara dua orang yang kita baru bercinta dgn yang kita baru kenal.mana nak pilih??*tangan di dada mata ke atas.So uols,rasanya sampai sini ja lah kot.tak sabar nak bawak balik novel ni for my mom.Dia pun minat jugak bab novel ni.my dear sister kalau nak join pun boleh jaa.omg rindunyaa kat depa :'(


p/s : blog dah gantung ketupat.lagu pulak dah feeling raya.tak sabar nak balik rumah (!)

Wednesday, August 17, 2011

ke-GREAT-an (!)

Assalamualaikum & hai semua (!) beberapa hari yang lepas.Aku,Nadiah dgn Huda(kawan nadiah) keluar buka puasa kat luar.it was a GREAT experience.you know why?yah wait for my story jeng jeng jeng..


tengoklah muka GREAT aku!! =.=

kenapa aku kata great?oh yah semestinya sebab 1st time aku berbuka dgn set Buka Puasa McDonald.dengan air pepsi nya memang terbaiklah untuk perut kosong kan.aku dah order nak tukar kepada milo ais tapi miss cashier tu careless betul.dok ralit apa tak tau lah.haih =.= akhirnya aku rembat air Nadiah.hehehehe.

oh ya mesti uols wondering kan sebab apa tak berbuka makan nasi dan lauk-pauk yang enak seratuslimapulohjuta kali ganda daripada McD tu kan?hmmm sebab..kat Central Square(CS) pkul 6.15pm semua restoran dah full.ooemmjayy full tahu!memang takda pilihan lain melainkan beli McD bungkus dan merempat lah kat mana sat.serius rasa macam dianaktirikan *okay buat teruk.

Nasi Putih dgn lauk apa entah.Ayam masak lemak pedas kot *ada ka menu tu?hentam ja lah.

Lepas sembahyang Maghrib,kami pun pergi lah melantak kat satu restoran ala Thai ni.masih dalam CS.aku suka susun atur restoran tu.ala ala Thai gitu.boleh makan bersila kat bawah lagi.best.rasa macam santai sangat.haaa time kami pi tu.dah licin orang!!semua pakat kenyang balik rumah tidur.legaa.

Yang ni tomyam lah kawan-kawan.bekas yang bawah tu ada api tau.Aku rasa macam unik sangat sangat.sebabnya tomyam tu akan sentiasa panas.Memang menyelerakan.aumm! sedap! aku habiskan semua cuma tinggal sikit-sikit ja.tu pun sebab memang dah cannot go.kalau makan lagi,rasa perut aku memboyot dan meletup!okay lah makan kat situ.Harga standard lah.sedap pun sedap.lain dpd yg lain *okay aku promoter tak bergaji.
meet my friends :: Huda :: Nadiah :: Hanabunga *snap pakai self-timer ja sobsob

lepas makan dalam pkul 9 malam,Huda cakap dia nak cari baju kurung untuk raya.so kami pusinglah satu CS tu carikan colour brown yang dia nak.pusing pi pusing mai still tak jumpa.at last,masuk First Lady punya kedai.time tu dah pukul 9.45 malam.kedai pun dah nak tutup.hahaha serius cuak gila bhai.

lepas tu,nak balik pula satu hal.teksi takda omg cuak cuak cuak!tapi tak sampai 1 minit,ada sebuah teksi ni lalu.terus tahan.aku terus naik tak fikir orang lain dah.hahahaha cuak punya pasai.serius tak pernah keluar sampai pukul mcm tu dgn kawan-kawan.heee sebab tu lah it was a GREAT experience (!) winkss~

p/s : doakan aku dapat buat Quiz Account esok ya.thanks uols :)