Monday, January 30, 2012

Sports Day Sem2 2011/2012 :)

Assalamualaikum & hai semua!!!! See gambar bawah ni comot semacam ja kan?sebabnya hari jumaat lepas ada sports day faculty Business Management.Gabung dua course iaitu business studies dgn Office management. Hari tu best! Seriusly tak pernah lagi aku conteng muka aku dgn tepung colour orange haha! Jom bicara sama gambar okay?


#gambar random tak ikut kronologi k.


Tempat : Stadium Mini UiTM Merbok,Kedah.

Tarikh : 27 January 2012

Pukul : 8am-12.30pm

Para fasilitator.ada ramai lagi.scroll down~

Hai perkenalkan kumpulankuuuu yg selalu menang ni.EH?HAHA taklah selalu.biasa ja.ada menang ada kalah.kalau asyik menang tak best gak kan?haaa yg paling kiri baju biru tu fasi utk group kami.mcm mr.muscle kan?hihi nama dia Nas.Dan mcm biasa,kawan2ku yg berlambak gambaq depa dlm blog aku
* kalau perasanla..



nampak dak tepung habis kena kat tudung????haha sweet moment!bukan selalu dan senang nak dpt pengalaman mcm ni lagi kan?



Sebahagian pelajar2 yg join.sebahagian okay! tahun ni memang berganda-ganda org ramai dpd sem lepas tahu! :) sangatlah enjoy!

kumpulan saya dan kumpulan sebelah :)


fasilitatorsss haha


Acara tarik tali.

Oh ya memang banyak acara tau!sangat lah best!masa punn digunakan dgn sepenuhnya.maksudnya takda bazir masa segala.best tau!suka sangat :)

tadaaaaa!!!!klik utk tumbesaran kalau nak tgk muka kami semua kena calit tepung melekit colour orange hihi syok2!bukan senang tau! semua muka sporting ja.semua ceria2 ja hee

alolo ni baru habis main cari duit syiling dalam tepung.mcm sukaneka time tadika kan?tak kisahla.asalkan ENJOYYY!

Meet the my bff nana,nisa and that fat girl lol


caption : group members!


Sebahagian peserta2 :)

ok done! Assalamualaikum :)

p/s : macam mana eh cara nak bagi cepat tidur?sekarang dah addict dgn ubat batuk utk bagi cepat tidur :(

p/s : akan ke Terengganu Khamis-Sabtu(2-4 Feb 2012) ! yeay! :)

Wednesday, January 25, 2012

100 Hari Tanda Sebelum Kematian

entry ini credit kepada blog ini.


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." -Sabda Nabi Muhammad S.A.W



sumber : google
100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.



40 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



Nazak atau Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
-->Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.



sumber : google


Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila.<-- aku sendiri,kalau tidur petang dan bgn selepas dpd azan asar,perasaan amarah selalu menguasai diri.rasa mcm asyik nak marah ja,semua org buat nmpk tak kena =.=






sumber : google


Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut. Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.






sumber : google


Wahai wanita, jagalah solatmu, auaratmu serta taatlah kepada ibu bapa kerana kalian lebih indah disisi Allah berbanding segalanya.klik blog ini utk selanjutnya.Wallahualam :)

Tuesday, January 17, 2012

Camping with classmates!

Assalamualaikum & hai semua!sekarang nak update pasal activity yg hana join weekend lepas.*eh tiba2 bahasakan diri hana pulak.boleh kan? :)

Aktiviti : Kem Mahasiswa apa entahhh.tak igt =.=

Tarikh : 12-14 January 2012

Tempat : Kem D'Puncak Empangan Beris,Sik Kedah.


sumber : google

perlu hana cerita dari A-Z?rasanya tak kot haha cerita apa yg penting ja k?Antara aktiviti air yg dijalankan cthnya : water confident,lake crossing,kayak*argh tksuka!Tau sebab apa hana tk suka kayak?hm sebab kayak tu meletihkan tahu.dayung dia berat.tak larat nak angkat haha k stop merungut.dia tak suka org yg merungut*peringatan diri.

lagi..ada aktiviti Kewarganegaraan,Pertolongan cemas etc.Mengantuk tak payah cerita la.mlm 1st tu rasa mcm tak boleh tidur.serius.bila bgn ja rasa mcm xbetul pun ada kepala ni haih =.= dan malam yg terakhir mcm biasa la.ada Malam kebudayaan + night walk!

Haaa yg night walk tu best tau!kami naik river cruise utk ke satu lagi pulau yg berdekatan.time tu dalam 1am-3am tau kmi masuk hutan jalan dlm gelap.wuu best2! angin pun best.sejuk jaaaaaaaa.nampak bulaannnnn dgn bintang2 kat langit.aaa subhanallah.indahnya ciptaan Allah :)

Hari last ada apa eh?entah tak igt dah laaa.time tu mmg mengantuk sgt2laaaa.mmg tk cukup tidur laaa. dok nampak katil kat kolej ja tau dak :(


mula2 gambar bertiga.


kemudian sekumpulan remaja ribena datang serang!hahaha


depan bilik hotel kami.ergh bilik hotel?haha jgn mimpi laaaa


mula2 4 org.

pastu budak2 ni menyerangg!!!!hahaha




credit to google

ni laaa tempat penginapan kmi.dalam ni tidur 24 org kalau tak silap.tidur atas papan yg dilapik tikar getah.tidur berhimpit2 dgn bff memang best!hehe


credit to google

okay tu saja.camp ni bestttt!!!sebab classmate 12 org yg join dpd 30 org.hihi so kami buat mcm tempat sendiri lah kan?wekk :D kat sini kan tepi empangan,pagi2 mmg sejuk gilaaaa baq hianggg.sejukk menggigil2 tahuuuuu.kalau nk rasa menggigil kesejukan mcm mana,pi la situ.okay? :D