Wednesday, May 30, 2012

Meet My Not-So-New Babyborn!

 Assalamualaikum.

Haiiiiiiii semuaaa!!Tadi baru lepas godek2 manual yg ada dalam kotak kat atas.Dah sebulan dapat baru nak belek.Bukan apa,mood nak belek segala instruction belum ada.So tadi bosan2 duduk rumah tak buat apa2 selain bertweet,ber-FB dan ber-blogwalking,aku pun ambil keputusan nak buat something yg berguna sikit utk hari ni.Ha sampai mcm tu la punya bosan.

Aku dah beli camera kesayangan ni pada 27hb April kalau tak silap.Beli secara door-to-door marketing.So senang la kan.Call bagi tau nak camera model apa,beberapa hari lepas tu pakcik tu mai bawa camera mana yg kita nak.See senang kan?Harga boleh runding insyaAllah.Harga asal RM1.9k tapi gunalah skill tawar-menawar anda!Mcm nak shopping jugak.hee So dapatlah dlm RM1.7k.Kalau kat area Penang,RM1.5k pun dah boleh dapat dah.Tapi kena pandai cari la.

Mula2 dia bawa yg black in colour.Tapi aku xnak la kan,sebab aku dok termimpi2 nak yg colour Merah(macam Yuna) hehehehe.So beberapa minggu lepas tu baru dapat.Sebab yg ni limited edition tau.Susah nak dapat. hee
So ini gambarSSS yg aku ambil sebelum aku baca manual dia.Memang tak lawoooooo.Tapi bolehhla buat kenangan.hehe

 Family.

 Friends.


 My beauty with brain friend,Madiha Liyana a.k.a Madhy. Pandai gila dapat 4flat utk dua2 sem Kat Matrikulasi.Ambil modul 1 pulak tu.tu aku pakai spec mata dia tau.Saja syok2.sebab dulu time form 1 aku pakai spec.Skrg tidak lagi!Tehee.

Kids.

Ada yang tanya aku mengapa Canon 1100D? Aku pun jawab :
1. Sebab warna dia Merah.Something different.Selalu kan dslr colour hitam.Bg aku nampak common.Sebab tu aku pilih yg ni.
2. Sebab nak sama mcm Yuna. hahaha macam tak logik kan?Tapi serious betul!Time aku nak beli tu,cerita pasal Yuna yg "Bintang di Langit" tgh hot di Astro Ria.Aku setiap kali episode aku tgk dengan mama.Memang teringin.Sampai google image berkali2.Belek2 kat screen.HAHA Lagi pun aku suka Yuna punya successful life.Sangat2 beri inspirasi buat diriku. Semua nak mcm dia ja.hee


Actually,aku tak da la minat sangat dengan fotografi.Cuma aku inginkan nice shot.Camera phone aku takda flash,so kalau keluar dgn family malam2 tak boleh nak snap2.Geram sangat.Best moment tak dapat dirakam :'(

Itu saja.Kemudian,beberapa hari lepas aku baru sedar kewujudan Nikon D3100.Ada juga colour Merah!!Heyyyy berombak dadaku!hahahaha Ingatkan canon ja ada colour Merah.Rupanya Nikon pun ada.Dan a bit cheaper than canon 1100D.Aku mcm nak sedih,tapi cepat2 positif balik.Rezeki aku yg ni.So yg ni saja lah.Semua Allah dah tulis.Belajar utk redha.K aku rasa mcm dah masuk topik motivasi.hehe.Okla itu ja aku nak bagi tau hee bye2!

THANKS FOR READING! :)

Sunday, May 27, 2012

Ding Dong Surat Utk Followers & Silent Readers!

Assalamualaikum.

Ada khabar baik dan buruk.Ok aku bagi tau khabar baik dulu ya.

Khabar Baik :

Kemarin bersamaan 26 Mei adalah Hari Lahirku.Genap sudah mama melahirkan aku 19 tahun lalu tepat jam 12 tengahari di Pusat Pakar Utara,Alor Star(kini Kedah Medical Centre).Jutaan terima kasih buat semua yg wish "Happy Birthday" kepada diri ini.Aku sangat menghargainya dan sangat2 terharu!!!Semua wishes di Twitter,aku print screen-kan dan tak lupa juga di FB.Terima kasih semua!!!
Semoga semuanya sihat2 belaka dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.Thank you Thank you!

Khabar Buruk :

Baru saja tadi,Laptop kesayangan saya tak boleh nak on.Tak tau lah kenapa.Mungkin sebab tak boleh nak install benda apa entah la.Aku bukan pandai sangat bab2 IT ni aduh.Jadi segala yg aku print screen wishes semua ada dalam laptop tu.Sekarang aku pinjam mama punya netbook utk update blog.Jadi mungkin lepas ni,aku akan jarang update blog.Janganlah rindu pulak yaaa hikhik*gelak sopan.

Twitter pun tak boleh nak active sangat sebab dia mcm harmful kepada software apa entahla aku pun tak faham kerenah komponen2 komputer ni haih :/ Memang aku nak kena bawa pi repair,tapi transportnya enggak ada.Mama dan abah tak bagi kami keluar rumah sepanjang mereka di sana.So tunggulah depa balik dulu baru aku boleh bergiat active kembali di lama "Burung Biru".Argh Ini sedih.

Semua yg terjadi pada hari ulangtahun kelahiran aku jugak akan aku update nanti.Sekali dgn gambars.OK?Maceh kerana memahami. K aku tak faham,buat mcm blog aku ni famous pulak konon ada orang duk sentiasa tunggu aku update.Hehehe.

Thursday, May 24, 2012

Selamat menunaikan ibadah Umrah Mama & Abah :)

Assalamualaikum.
Hai apa khabar semua? Cuma nak cerita sikit saja. Kemarin tanggal 23 Mei 2012 mama dgn abah dah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah utk menunaikum ibadah Umrah dan akan pulang pada 3 Jun 2012(Ahad).Ya Allah tak sabarnya menunggu kepulangan mereka.

Di Airport Alor Star,Kedah.

So kemarin kami ramai2 hantar abah dgn mama kat airport.Memang ramai yg menghantarnya.Kawan2 sepejabat abah,saudara mara abah dan mama dan kenalan rapat.Sgt terharu okay tgk betapa mereka sanggup hantar abah dan mama.Ya lah dari rumah ke air port dalam 20-25min jugakla kalau direct ikut highway.Thank you so much :)

2 orang budak baju jersi Msia tu sepupu aku,ayu dan arash.


Adik beradik depa tu.See muka pun sama kan?hee dan baju orange pulak,of course si comel adik aku yg bongsu.Hee Actually,kat rumah aku pakai jersi Msia jugak tau.Memang dah janji dah dgn ayu&arash nak satu geng.Tapi time nak pi airport salin la kan.Takkan aku yg dah besar gajah ni nak pakai jersi pi hantar mama abah pi umrah.Ya dok? :3



Tok belah Abah,Makngah,Atucu(adik tok)



Bersama family belah mama :) Sorry bad quality picture.Tak reti nak buat flash la. Kena belajar lebih lagi nih! :)

Adik,Abang,Ayu :)

Sudah tiba masa sesi menitiskan air mata.Sobs sobs.



Ok tgk makngah nangis mcm tu,aku pun turut rasa sebak. Bila nak salam mama,aku dah tak tahan weh.Nangis terus aku.Skali dgn kakak aku nangis.Kakak aku tu dahla air mata dia kering.So bila dia nangis jugak,aku lagi lah menjadi2.waduh2. Bila turn salam dgn abah pulak,ermmm tak terkata apa dah.Memang nangis terus.Abah pun nangis jugak rasanya.Mata merah2.Tapi mama tak nangis sangat.Cuma sebak la.Lepas tu abah terus cover pakai spec. Hahaha. Lawak.Pakat gelak kat dia.


Rasanya abah sedih nak tinggalkan adik2 kot,ya lah sebab depa kecil lagi kan.Baru darjah 4 dgn darjah 3. No worries.Kakngah dan long kan ada.hehehe.
Fyi,aku,kakak aku,adik dan abang duduk kat rumah ja bersama our maid dan atucu.InsyaAllah kami akan jaga adik dan abang sebaiknya :)

Time ni tgh beratur nak masuk balai berlepas rasanya.Sempat lagi aku zoom weh. Huu sedih2.12 hari tak jumpa mama dgn abah.Harap masa ini cepat berlalu ^__^

SEMOGA SEGALA URUSAN MAMA&ABAH DALAM MENUNAIKAN IBADAH UMRAH DIPERMUDAH DAN DITERIMA OLEH ALLAH  S.W.T.AAMIIN.

WE MISS BOTH OF U! <3