Monday, October 22, 2012

Cuti Semester 3

Assalamualaikum. Hello kawansss! As I told before, I dah start cuti untuk Semester 3. Weee! Cuti Sem bermula  16 Oktober (since my last paper on that day) until 1 December *kalau tak silap la. Cuti tak berapa lama. Dalam sebulan lebih ja. Compared to last sem punya cuti. Sampai 2 bulan lebih. Tu yg sampai homesick teruk bila dah masuk Sem baru. Aigooo, haru-haru betei. Hahaha :D

So guys, korang (ewahh korang,sejak bila aku cakap keyell ni?Muahaha!) buat apa ja cuti sem ni? Aku rasa macam takda nak buat apa pun. Bosan tak hengatttttt. Nasiblah ada twitter, bolehla sembang2 dengan kawan2, FB macam bosan lah sekarang. Maybe sebab semua lari ke Twitter kot? Hehe Oh anyways, follow lah twitter I ni haaa. Bolehla kita sembang kencang lagi kat twitter kan. :D

Rasa macam nak kerja, tapi sebulan lebih ja pun cuti. Dah burn dah seminggu ni ha tak kerja. Aku still buat biz dan rasanya tak salah kalau nak try benda lain pulak kan. Daripada duduk rumah,tidur,makan,online,mandi lepas tu ulang benda yg sama ja setiap hari. Lebih baik aku kerja kan? Cuma tak tau lah, belum tanya parent aku lagi. Rasanya boleh kot. Sebab kan last sem dah dapat green light untuk kerja. Hihi.

Ni adalah my To-Do-List untuk cuti sem 3 ni
(Yg ni if my parent tak izinkan kerja la k) 

1) Sambung balik buat business (Of course)

2) Tengok semua movie dalam laptop. (hasil copy movie dpd my lovely roomates;lutfia and ira. Tak banyak sangat sebab kebanyakan aku dah tengok masa final exam. Nak lepaskan stress,kononnya.)

3) Tengok semua episode "Kau yang Terindah" (Sebab ada Neelofa & Nazim Othman yg super hengsem tu. Tehee)

4) Tengok semua Episode Adam & Hawa. (Ni kemungkinan la,sebab dah banyak kan episode dia. Tengok keadaan. Tak wajib pun. That is why dekat bawah sekali To-Do-List hehehe)


So,itu sajaaaa. How about yours? Feel free to share ya! Dan bolehla bagi idea sikit utk aku buat apa cuti ni. Serius mati idea nak buat apa. Harap anda dan anda sekalian sudilah membantu yaaaa! Tehee. Oh dan sebelum drop comment, jom tengok video ni dulu. Vid ni banyakkkkk membantu aku. Haha asyik ulang tengok ja video ni,sampai dah boleh hafal dah apa yg Anwar Hadi cakap. Hee till then! ^__^




Jemput like my business page kalau sudi. Thank You guys! xoxo


Sunday, September 30, 2012

Final Exam

Assalamualaikum.

Haiiiiii bertemu lagiii. Tapi kali ni bukan entry update pasal Vacation aku ka apa,entry kali nak cerita pasal final exam ku yg akan berlangsung bermula 1-16 October 2012. Wehuuuuuuuuuuuuu 16 hari lagi merdeka! hehehe

Ni dia jadual waktu peperiksaan :

1/10 (Monday) - BEL 311
4/10 (Thursday) - CTU 241
8/10 (Monday) - Macroeconomics
12/10 (Friday) - Business Communication
16/10 (Tuesday) - Statistics.

Wuuuu last paper tu yg killer subject tu. Pehh terbaikkk la last paper! Moga2 tak hilang la mood aku nak balik rumah nanti ya. Hehe apa la,belum exam dah pikir nak balik rumah bagai *pangggggggggggg! ok tersedar semula. huhuhu

I'll try my best utk final exam kali ni. Taknak jadi macam sem 2 lagi dah (panjang ceritanyaaa wuuu). Dan tadi tersentap jap time tgh salam2 mama nak balik kolej,mama ada letakkan pointer supaya aku achieve target tu utk sem ni. Wuu insyaAllah! "Kakngah akan cuba dan sedang mencuba!" weee ^___^ Well,I found this quotes dalam buku yg Ashraf(one of my classmates) pinjamkan utk aku baca, konon nak buat motivasi aku lettew! Hewhew

"Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal" - Tun Mahathir
&
&
"Kita akan menjadi seperti apa yang kita percaya pada diri kita".

So GOODLUCK utk semua diploma student UiTM yg bakal menempuh Final Exam kelak ya! :)



Anyways,hari ni merupakan birthday my dear roomate,Fazira Fauzi a.k.a Ira. Weee seronok betul semalam prank dia. Habis sekalii dgn aku kena sabun basuh pinggan tu. Haha tu la,nak kenakan org sgt,last2 aku pulak yg terkena. Hahaha mmg best betul semalam. Bergirls talk with bufday girl ira,ana,khai. Tidur lewat kot 3am lebih baru tidur! Hehehe best2! Gonna miss the moment lah! Ni kalau roomate aku sorang lagi,mak incik Lutfia ada mesti lagi best bergossip ni! *I hope u're reading this! Hahahah Aku ni ha,bila mood cakap byk dah mai,kena layankan saja. Sebab jarang2 jugakla mood ckp byk ni jenguk diri aku haha pelik kan? pfft


Oh ya,sedang menulis entry ni waktu lepas sahur ni ha. Bayar hutang puasa dgn Allah. ermmmmm semoga badan aku jadi lebih sihat *psstt dan lebih kurusss hihihihi Oklah till then :D


Tuesday, September 25, 2012

Study Week

Assalamualaikum.

See,dah lama tak update blog. Sebenarnya,banyakkkk sangat benda nak di-update-kan. Cuma malas. Dan memandangkan sekarang study week,jadi haruslah aku study kan. Dah la 4 hari study week burn begitu saja. Sebab aku pergi bercuti. Kat somewhere. Of course lah dalam Msia kan. Mana mampu nak jalan2 luar negara pakai duit sendiri lagi. Winksss! =.=

Ok nantikan next entry pasal destinasi bajet aku ni yaaaa. Zassssssssssss~



p/s : Doakan aku boleh jawab untuk final exam nanti 1-16 October 2012! Aamiin ^__^