Assalamualaikum.
Diam tak diam,dah masuk bulan September sudah. My #SeptemberWish adalah nak start dan cuba maintain struggle untuk final exam bermula 1 Oktober nanti insyaAllah. Dan step pertama yg diambil ialah DEACTIVE facebook. Ya harap aku dapat bertahan dengan perubahan ini. Kawan2,doakan sama ya?Tq! :') Alhamdulillah aku mula sedar,betapa aku sekarang berada di zon bahaya dalam soal pelajaran. Maksudnya, macam tak update dengan apa yg aku belajar sekarang. Assigmnents. Ada 's' maksudnya banyak. Tapi belum disiapkan lagi. Kawan2 lain majoriti dah present,dah lega dah depa. Group aku belum lagi,dan tugas aku yg belum selesai. Ya Allah,rasa ketinggalan sangat bila aku dah sedar. Dan thank you Allah kerana menyedarkan hambaMu ini. :')
Esok aku ada Speaking Test Bahasa Arab. Doakan aku boleh buat ya?Ya aku takda basic Arab,tapi aku mencuba. Dgn kawan2 sekeliling yg dah terer(cemerlang) bahasa arab,buat aku lagi takut. Rasa tergugat. Bolehkah nak bersaing niii??? Takut sangat bila ustaz tanya sesuatu tu,lepas tu aku rasa blur,macam tak pernah dengar perkataan tu. Padahal ustaz dah ajar,cuma aku yg tak pay attention. So salah siapa kat sini? Ya salah diri aku yang lalai. :'(
Ok stop untuk soal pelajaran. Mari tengok video atas ni. Mohon tekan play. Dan hayati lirik2 tu semua.
Apa yg aku boleh cakap,aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia. Kita hidup dalam suasana yg aman dan damai,serta jauh daripada bencana alam. Besryukurlah. Hargailah keamanan yg kita nikmati sekarang. Sungguh. Tersentuh hati ini tatkala melihat video ini bersama bait2 liriknya.. Alhamdulillah aku masih ada kedua orang tuaku,keluargaku yg sentiasa support aku dan sentiasa ada antara satu sama lain :') Aku belajar untuk menghargai orang disekeliling aku. Sebelum aku kehilangan mereka. If you know what I meant..
Apabila kita menonton video atas ni,sungguh sedih melihat anak2 yg masih kecil sudah ketiadaan ibu,bapa dan adik-beradik yang lain. Cuba bayang kalau kita ditempat mereka?Bagaimana agaknya kita sekarang? :') Jadi,motifnya aku just nak cakap,hargailah kedua ibubapa kita,adik-beradik kita sementara mereka masih ada di dunia ini *sebakkk. Namun,kepada ahli keluarga yg sudah tiada,jangan lupa untuk sedekahkan surah Yassin paling kurang pun setiap Khamis malam Jumaat,dan menziarahi kubur mereka. Sesungguhnya mereka di alam "sana" amat menantikan kalimah2 suci yg kita sedekahkan buat mereka.. :')
Untuk renungan kita bersama,dan diri sendiri juga. Terima kasih sudi baca.Assalamualaikum.
13 comments:
kita semua ada, semua dapat.
harap sentiasa ingat benda tu. jangan nak demand macam2, sbb ada yg lebih susah kt luar sana.
moga Allah permudahkan mereka.
moda Allah permudahkan urusan kta juga.
all the best hana! no worries, mereka cemerlang, so kta pon mesti ada pluang utk cemerlang, antara nak atau tak je kan?
:)
All the best to you !
hana!! all the best utk test tu!! wat yg terbaik taw!! akak taw hana boleh pnye insyaAllah =]
Good luck!!
(^_^)
p/s: doa ibubapa setiap lpas solat
jgn nakal2 ye dik
study elok2. akak dulu masa dip byk main2..
degree ni mmg nekad nk study betul2 sbb kena hargai peluang yg dh diberi.
ramai kwn akak nk smbung study tp x dpt dik.
so good luck utk final kamu nanti ye syg
deactive fb ? same here !
and good luck test nanti
@syakey
Awh tq kak syakey!!! InsyaAllah kesedaran tu dah ada,tinggal nak usaha ja lagi. tq tq! <3
@ChentaHati
Tq long! :)
@Indah Mulya
Thank you akak!!! InsyaAllah hana try and do my best. tq tq! :)
@cimon
InsyaAllah tq cimon! Nama mereka sentiasa dalam doa saya :)
@azalia hjsalleh
Takutnya dgar mcm tu kaklya. Tq kaklya! All the best to you to ya! :)
@D-SIM
Itu yg terbaik rasanya. hehe tq! :)
Hanaaa, haritu aku komen kat post pasaipa x naik? :'( Nak kena taip lain pulakkkk hahahah
Emm pasal arab tu jgn risau. sama la mcm aku ni. ada subjek arab. kengkwn aku ni mmg dh power2 dah arab. rasa rendah diri gila. tp kena usaha lebih sikit dari depa. hapai lebih sikit. praktis lebihh sikit. tapi apa2 pun kena igt, hg kena enjoy blajaq arab. baru cpt igt.
Nak bagi smgt hg naik sikit :
"Pelajarilah bahasa arab kerana ia merupakana sebahagian dari agamamu"
~ Kata-kata Saidina Umar al-Khattab ~
Tajdid niat balik belajar arab bukan sbb nk score tapi more beyond than that :) Goodluck babe!
Post a Comment