Wednesday, April 30, 2014

Marine Essence Promotion

Assalamualaikum. Hi semua.
Memandangkan hari ini adalah closing day untuk bulan April, jadi Hana dgn baik hatinya nak buat PROMOTION gila gila untuk korang my dearest customers! Hana ada 2 promotion. 
1 - Promotion 30 April
2. Promotion "Happy Week"

 PROMOTION 30 APRIL!
Jimat RM15 uols! Sapa nak bagi kan? RM 15 tu boleh simpan buat bayar tiket Spiderman nanti tau. Hehe


PROMOTION "HAPPY WEEK" 
All in one set RM 100 Only. 

Beauty bar boleh digunakan sebagai pencuci muka.
Body wash boleh digunakan di badan time mandi.
Syampoo of course digunakan untuk mencuci rambut.
Penjagaan from head to toe! Lepas tu dapat pula free mineral coffee. Lepas mandi minum mineral coffee memang rasa dia bertambah2 umphh, dengan aroma marine essence selepas mandi masih melekat harumannya.. dan dgn aroma kopi robusta.. Allah heaven sangat!

 Kebaikan Marine Essence Products.


So, tunggu apa lagi tu? Jom dapatkan your crystal skin doctor now!
PM/whatsapp me Hana 0134088263.
PROMOTION STILL ON GUYS. HURRY UP! ^__^

Tuesday, April 29, 2014

Tips Murah Rezeki Cara Islam by Irfan Khairi Part 2

**Bersambung dari Tips Murah Rezeki Cara Islam Part 1**

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, hana akan share pula bahagian kedua Tips Murah Rezeki by Irfan Khairi. Sama2 kita baca, amalkan dan manfaatkan sepenuhnya ya? InsyaAllah. =)

..............................................................................................................................

Tip #6. Sentiasa Bersyukur kepada Allah
Setiap waktu dan ketika, kita sebagai hamba-Nya wajib bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
baca al-quran
Tip #7. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau Asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten 7 kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah Ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, Ya Fattah Ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa yang mengamalkan membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Insya-Allah.
Tip #8. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba itu dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya DIA akan perkenankan dan jangan sesekali bergantung harap kepada yang lain, kerana perbuatan sedemikian adalah syirik yang merupakan dosa besar.
Tip #9. Berikhtiar atau berusaha sehabisnya
Barangsiapa yang berusaha, pasti dia akan mendapat sesuatu atau memperolehi hasilnya. Perkara ini adalah sunnatullah. Dalam satu hadis sahih, dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah berikan kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Sebagai orang beriman, tentulah kita perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada kemurahan rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang hati bacalah Al-Quran, hendak dapat anak yang baik, didiklah mereka sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat jagalah pemakanan dan makan makanan yang baik dan halal, hendak mendapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak memperolehi rezeki berkat jauhilah perkara yang haram, dan sebagainya.
Tip #10. Bertawakal
Dengan bertawakal semata-mata kepada Allah SWT, seseorang itu akan direzekikan dengan rasa kaya jiwanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
Barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi Muhammad SAW pula telah bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Sebagai kesimpulan, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kunci utamanya adalah melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Sekian, moga bertemu lagi dalam keluaran seterusnya. Salam ukhuwah dari kami di Majalah IK. Wassalam.
....................................................................................
Terima kasih Irfan Khairi atas tips yang telah diberikan. We owe you a lot. Semoga sentiasa bertambah rezeki lepas ni ya Amin. =)

Monday, April 28, 2014

JTX Air Tracker

Hi all,
Pada awal bulan April yang lalu our company Haio Marketing telah mengeluarkan product baru iaitu JTX Air Tracker. 


Sekarang, hana briefing sikit apakah yg dinamakan JTX Air Tracker ini ya.

  • JTX Airtracker menukar molekul udara menjadi struktur molekul yang sangat halus. Jadi, bahan api dapat dibakar sepenuhnya secara lebih optimum.

  •  Keadaan ini meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. Selain itu, ia membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

  • JTX Airtracker bukan sahaja dicipta untuk menjimatkan bahan api, ia juga membantu memelihara alam sekitar. 

  • Bahan api yang dibakar sepenuhnya mengeluarkan kurang karbon monoksida yang akhirnya mengurangkan pelepasan karbon ke kawasan persekitaran.



Product Air Tracker ini was proposed in International Invention & Technology Exhibition (ITEX) dan telah mendapat GOLD certificate menandakan ia satu product yang sangat bagus. Over 16 different nations and more than 100 products was showcased. One of it was Air Tracker yang dapat GOLD certificate. 
JTX Air Tracker ditampal di atas enjin kereta. 

Bukti Keberkesanan JTX Air tracker jimat minyak


 Ekzos juga tidak panas dan tak perlu was was untuk pegang walaupun setelah 30 minit enjin kereta dihidupkan.


The Usage?


Car <1,599CC - 3 pieces sticker

Car 1,600 to 2,999CC - 6 pieces sticker

Car more than 3,000CC - 9 pieces sticker

The effect of Carbon Dioxide and Carbon Monoxide Emission after the usage of JTX Airtracker:



Carbon Dioxide
After 30 minutes : 21% reduction of emission 
After 150 minutes : 56% reducsion of emission

Carbon Monoxide
After 30 minutes : 60% reduction of emission 
After 150 minutes : 87% reducsion of emission

The Retail Price?

1 set (3 pieces) : RM296

2 sets (6 pieces) : RM550

To order?


Contact me Hana 013-4088263. We can talk more further and details about this product. Let us save the fuel and save the earth. :)