Tuesday, April 22, 2014

Tips Murah Rezeki by Irfan Khairi

*Sebelum anda mula membaca entry ni, adalah diingatkan entry ini hana share daripada blog Jutawan Internet di Malaysia iaitu Irfan Khairi. Korang if nak baca banyak lagi entry tak kira pasal business, Islam, daily life, boleh ke blog beliau yer.. Sharing is caring! ;)*
..................................................................................................................................
Rezeki itu bukanlah tertakluk kepada wang ringgit semata-mata. Ia juga mungkin hadir dalam bentuk anak-anak yang soleh, isteri yang taat, dikelilingi sahabat-sahabat yang baik, jiran yang baik serta saling menghormati dan berbagai lagi rezeki kurniaan Allah SWT.
Dengan adanya rasa syukur atas kurniaan-Nya, Allah berhak menambahkan lagi keluasan rezeki kita pada bila-bila masa dan juga berhak menarik kembali kemewahan yang telah dikecapi jika kita tidak bersyukur.
Tip #1. Menjalin silaturrahim
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
Kita dapat lihat di sini, bahawa dengan merapatkan silaturrahim Insya-Allah, seseorang itu akan dilapangkan rezekinya. Umat Islam sememangnya amat ditegah dan dilarang memutuskan silaturrahim, kerana ia akan meninggalkan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat khasnya.
berwudhuk
Tip #2. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa, telah menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta panduan mengenai beberapa perkara, termasuk mahu dimurahkan rezekinya oleh Allah . Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
Dengan menjaga kebersihan dan sentiasa bersih daripada hadas juga dikatakan punca kepada keluasan rezeki yang Allah akan kurniakan.
Tip #3. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah SWT. Ia menjadi penyebab untuk Allah SWT membuka pintu rezeki kita. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
Sedekah juga akan menyuburkan lagi rezeki yang diperolehi. Dengan bersedekah, harta yang diperolehi umpama sebuah pohon yang tumbuh segar dan mekar tanpa kerosakan. Jangan risau, Allah SWT akan melipatgandakan rezeki kepada pemberi sedekah. Bersedekah tidak akan mengurangi walau sedikit pun rezeki kita, malahan semakin bertambah.
Tip#4. Melazimi solat malam (tahajud dan lain-lain)
Terdapat keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan kita memperolehi rezeki, meningkatkan darjat kita, menjadikan diri dihormati orang dan doanya dimakbulkan oleh Allah SWT. Solat malam yang kebiasaannya dilakukan pada sepertiga malam sangat baik dijadikan sebagai amalan rutin demi mendapatkan redha Allah SWT, kerana pada waktu itu adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa, di kala suasana tenang dan sunyi, ketika insan lain sedang nyenyak dibuai mimpi.
Tip #5. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dilaksanakan sewaktu orang sedang sibuk dengan urusan duniawi (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Di dalam sebuah hadis qudsi juga ada disebutkan:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
..................................................................................................................................
*Hana akan update lagi yer nanti. Sama2 kita berkongsi apa yg baik utk kehidupan kita insyaAllah. Semoga Allah merahmati dan memberkati perjalananan hidupmu, jutawan Internet Irfan Khairi. =)

No comments: