Wednesday, July 23, 2014

Balik kampung! Tips untuk Meninggalkan Rumah

Assalamualaikum, sedar tak sedar dalam beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ha nak raya ni kan, mesti ramai yang bercuti panjang.
Since kita raya hari isnin, mesti ada punya lah yg ambil cuti sampai jumaat, terus lajak weekend next week kan? Hehe Bila lagi nak spend quality time dengan keluarga dan sanak saudara kan? =)


Jadi, apa langkah-langkah keselamatan selama kita tiada di rumah?

Jom check it out!

Pesanan dari Polis Di Raja Malaysia :

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 

Nama dan alamat
Nombor telefon yang mudah dihubungi
Tarikh berlepas dan balik
Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

The PDF copy can be retrieved at www.cops.org.my.

Okay, lepas dah tahu usaha langkah keselamatan menjaga rumah, kita perlulah bertawakal pula kan?

 Doa Keluar Rumah
Baca ayat kursi dan diikuti dengan doa ini ya. Semoga kita berada dalam perlindungan Allah s.w.t inshaAllah.


Doa ketika meninggalkan keluarga dan harta.

InsyaAllah, kita berusaha dan bertawakal, Dia yg menentukan segalanya. =)

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing,
&
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

2 comments:

Amalina said...

Selamat hari raya, HANA!

Unknown said...

Thank you Niena, selamat Hari raya to you too! =)