Wednesday, September 28, 2011

Who Is?

I won't make them upset with me again :'(

Saturday, September 24, 2011

Roomates Day Out :)

Assalamualaikum & hai semua!! Wee kali ni cakap siap siap okay entry ni banyak gambars.Hari Khamis hari tu pi Pantai Merdeka dengan roomates :) mak Kiera yang tolong bawakkan memandangkan rumah dia dengan campus sangat dekat.Thanks a lot kepada Kiera dan mak Kiera sebab sudi bawa kami jalan-jalan. :)





Ni masa perjalanan dalam boat dari Tg.Dawai ke Pantai Merdeka.kami naik boat okay.Tak sampai 5minit pun dah sampai Pantai Merdeka.see tak jauh mana pun kan.Cuaca sangat panas okay.sebab ya lah kami pi dalam pukul 4-5 petang mcm tu.

Kat atas ni gambar atas boat.okay aku teruja gila nak mamp.Dan sedikit nervous lah.Seriously aku memang tak boleh naik apa-apa yang terapung atas air.Pelampung pun kadang waktu permulaan aku akan nervous.tapi lama-lama okay lah.hehe :)


Mak Kiera & Kiera.muka semacam kan?


Lepas tu kami pi mandi manda pulak dekat Damai Park Resort.best!sangat best!air dia sejuk gilaaaa.serius excited.sebab aku dah lama tak mandi air sungai macam tu kan.tapi kalau ada pelampung lagi best.ya lah aku bukan reti berenang pun.dah belajar banyak kali tapi still aku nak tenggelam bila berenang *k aku rasa density aku lebih dpd air kot

ni kat area Muzium Arkeologi Lembah Bujang :)

p/s : hari ni keyboard huruf 'B' pulak susah nak tekan =.=

Thursday, September 22, 2011

Mr.Bean a.k.a Johny English terbaik!

Assalamualaikum & hai semua!tahu dak Movie Johny English Reborn?haaa mesti tau kan.kalau yang tak tau ni la mai aku nak bagi tau.best gilaaaaaaaaaaaaaa nak mamp!sumpah best tahap maxima weh.dari mula sampai habis wayang tu aku ni asyik gelak ja.lawak.sumpah lawak!bayangla Mr.Bean jadi macam penyiasat pabenda entah.memang lawak la kan.tak rugi lah wa cakap sama lu bro.kawan aku yang tengok 2 kali pun asyik gelak macam tu juga.see betapa lawaknya! pi la tengok pi la tengok :)


aku tengok kat Central Square kemarin.alah CS kebanggaan rakyat Sg.Petani tu =.=

lunch :) comel kan.murah ja pun.maklumlah tak mampu macam anda sekalian.tapi bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi.ok?
saya & nadiah :)

Sebenarnya aku memang teringin gila gila nak tengok movie tu.tapi nak pi takda orang teman pulak.so cepat cepat aku text si Nadiah ni.lepas pujuk2 mengayat sikit terus set nak pi tengok wayang.ha dia lah yang dah tengok 2 kali tu.memang dia pun gelak kuatkuat macam 1st time dia tengok jugak.hehe

'Thanks a lot nadiah sudi teman kami.nanti kalau kami free kami teman hampa pulak okay?'
*penggunaan kami dan hampa adalah bahasa komunikasi yang sopan di Kedah tahu.

oh cakap pasal Exam,aku dah habis 2 paper.tinggal lagi 3 paper.start Isnin depan,Jumaat depan,dan Isnin 5 oktober.lepas tu yohaaa lah!!!

p/s:keyboard huruf 'T' susah nak tekan.tiba-tiba ja.laptop aku nyawa aku.ok mana aku risau pun =.=

Sunday, September 18, 2011

Hari Malaysia 2011

Assalamualaikum & hai semua.Pertama sekali,nampak dak logo UiTM kat penjuru kiri blog aku?yaaa yaaa bangga sangat jadi siswi UiTM cecey.kalau nak boleh grab ja okay? :)

Oh nak update pasal Hari Malaysia jumaat lalu.Aku sambut dgn kakak aku ajee.Tapi kami sambut kat Stadium UUM.Abah ada involved dengan Larian Merdeka dan sangat bangga apabila Abah dapat JOHAN bagi kategori VVIP dengan jarak larian 6km and he tooks 15-20minutes kot untuk sampai ke garisan penamat.whoaaaaa!!!!Alhamdulillah.

Tak sia-sia aku dgn long pi support.serius cakap rasa mcm sat gila abah lari.Sebab sebelum dia lari,aku dan long pi touch up kat ladies.Dan lepas habis touch up tengok2 abah dah ada kat stadiu,.Ingatkan tak jadi join rupa-rupanya dah sampai.hee We are proud of you,Abah!! :)


haaa ni bukti lepas abah sampai.muka aku dgn long pulak yg teruja lebih haha

memandangkan aku pun takda DSLR macam anda-anda sekalian,so gambar pun tak dapat nak menghasilkan yang terbaiklah kan.ni ja lah yg aku mampu.Sambutan best lah jugak.Bolehla nak melepaskan tekanan menyanyi kuat-kuat sambil kibarkan bendera Malaysia.macam biasalah ada perbarisan,lintas hormat bla bla.Yang lain daripada yang lain ada kereta berhias lah tahun ni.

see cantik kan???tapi yg ni tak menang pun.yang menang aku tak sempat nak snap sebab ohsem sangat!!Malam tu jumpa ramai seniours.Memang ramai yg sambung degree kat UUM.ok aku harap tak dapat UUM nanti sebab aku membesar pun dekat situ so aku nak mengembangkan pandangan aku dengan merantau kat negeri orang.boleh mcm tu?

p/s : aku dah sampai Campus semalam dan final exam menanti kbai =.=

Wednesday, September 14, 2011

home

Dear Neena,I don't know what to update.Last week was slowly killing me and I'm enjoying every minute of it.My pendrive was missing and my matric card too.Fortunately and thanks Allah someone picked the matric card and send it to the Jawatankuasa Perwakilan Kolej.When they announced my name to take the matric card back,I was soooo happpyy!!!Back to my pendrive hurmmmm I have nothing news about it,I've keep find it but hampehhhh.

Actually I wanted to update my blog,but the server was so shitty there,so I have to postpone everything.Oh yaaa forget to tell you that I'm home for study week.Yes next week all UiTM students for Diploma will have their final examination.Same goes to me.But I keep facebook-ing all the time and playing games with my two little brothers hehe kbai =.=

Monday, September 05, 2011

Hari Raya lebih meriah dengan kehadiran teman-teman rapat :)

Assalamualaikum & hai semua!! okay hari sabtu yang lepas bersamaan 3 September 2011,kat rumah aku tu meriahla dengan kehadiran kawan-kawan aku dan my beloved sister.mula-mula,lepas Subuh ja aku bertungkus-lumus buat kuih cornflakes.tapi sayangnya..aku lupa nak snap.hukhuk.takpa lah.next time lah.btw,aku baru tau resipi baru.mcm mana nak buat kuih cornflakes chocolate.lebih senang berbanding cornflakes madu.nanti aku try insyaAllah aku akan update *tu pun kalau aku buatlah.hehe


ni lah kawan-kawan aku yang hadir.thanks weyyy!!!susah-susah mai dari jauh aku terharu sangat tahu!sayang hampa semua muahh!!
ni pulak antara juadah yang disediakan.AKU MASAK okay!bahahaha.
Menu : Nasi Carrot,Soto,Kuih Raya Cornflakes,puding laici*mama buat,dengan kek apa entah yang atas dia tu ada agar-agar.sedappppp!!!!!!!!


aku::jat::bambam

aku::madhy::sheera

nuown::azra::yayan::aku

memandangkan aku pun online kat library,so masa tak cukup lah nak mengupdate banyak2 segala bagai.terima kasih jugak buat Encik Pujaan Hati sebab sudi mai noh.dia yang 1st datang dan yang terakhir meninggalkan rumah aku.wakakaa.terima kasih jugak kepada parents aku sebab banyak support,my two little heroes sebab tolong snap gambar walaupun tak reti dan yang terakhir kepada kakak ku kerana banyakk menolong.boleh macam tu??*okay aku dah rasa mcm retis menang award.muahehe kbai

p/s : hari ni 1st day memulakan kelas selepas hari raya.omg sangat bersemangat!!

Saturday, September 03, 2011

Salam Aidilfitri 2011 ♥

Assalamualaikum & hai semua (!) hari ni dah masuk hari raya ke-4 kan.aku baru nak update.takpa kot noh??so uols,



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


MAAF ZAHIR & BATIN :)

malam raya memey best main bunga api :)



Ehem,tahun ni raya aku rasa macam hambar sikit lah.bukan aku ja yang merasa,orang lain pun turut merasa mcm tu jugak.tak taulah kenapakan.tema family aku tahun ni colour PURPLE.yah baju buat sendiri mama beli kain kat Bandung.aku pun tengok kain tu sebelum puasa dan lepas pi ukur kat kedai Makcik Ani,lepastu memang aku tak ambil tahu dah pasal baju raya aku.SEBAB aku tak balik rumah sebulan.boleh macam tu? =.=


Kisah pagi raya pulak,inner aku buat hal pulak dah.haih.memang menguji tahap kesabaran aku betullah.memang aku nyaris nyaris nak bebai aje.tapi fuhh fuhhh sabar sabar~~Nasib baik aku bawa balik banyak inner dari kolej.ya lah spare tyre orang muda-muda cakap.Dan nasib baik jugak,inner yang aku bawak balik match dgn colour sateen shawl aku ni..alhamdulillah.mood dah kembali pulih.winks~


saya && mama tersayang :)
oh ya sebelum aku lupa.sateen shawl dibeli online dari
butik pinkku.material dia superb high quality lah wa cakap sama lu.tak payah risau.aku beli time ni ada sale raya.berjuling mata aku tengok weh.serius.semua cantik2 dan murah-murah.aummmmm :D
candid by aunty teh :)
abah snap gambar kami sebab nak set as wallpaper kat fon dia.sweet tak sweet tak?hehe aku rasa sampai sini lah nak cerita pasal raya.ya lah.sama ja lah kan dgn orang lain.bersalaman,makan macam2.sama ja lah kita.TAPI..



paling aku trauma bila raya ketiga aku dah mula senak2 perut,kentut rasa macam berasid,dan sebagainya.dan bila aku sampai ja kat rumah dari sg.petani,aku serbu toilet.adalah dalam 11pm time tu.kemudian,aku tak dapat berhenti masuk-keluar toilet dgn jayanya sampai petang tadi dlm pkul 5pm.tu pun lepas bercakap,bersembang,bergosip,mengumpat dgn En.Pujaan Hati.hehehe tu lah time makan taknak beringat.aku memang pantang lah jumpa makanan,memang allergic.sebab aku asyik nak serbu ja makanan tu :D


p/s : semua gambar ni diambil dari facebook aunty teh.thanks tau!