Tuesday, December 18, 2012

Durian Crepe sedap gilaaa!!!!!

Assalamualaikum dan hai.

Guess what? Hana baru lepas makan durian crepe! Omg omg omg sedap sangattt!!!!! *buat gaya Lisa Surihani dlm Istanbul Aku Dtg sikit. Hahahaha :p Beli kat kawan kat Kolej ni jugak, ada 6 biji durian crepe RM15. Adakah berpatutan? Idk sebab tak pernah beli pun sebelum ni. Tapi rasa dia memang pergh, terbaik la! Sambil makan tu sampai terpejam2 mata lah punya menghayati! Hehehe cream dia sedap, plus rasa durian tu sendiri dah perfect, so terhasillah durian crepe tersedap di dunia!

Dan resepi nak buatnya bukanlah susah mana. Senang saja. Cuba check out blog cik epal. Ada dia bagi resepi situ. Selamat mencuba guys! 



Image : Google

xoxo,
Hana.

Saturday, November 17, 2012

Pemansuhan Program Penerapan Sem3 ke Degree UiTM


Kindda frustrated. But Allah knows THE BEST!

Monday, November 12, 2012

9 November 2012

Assalamualaikum.

Noo, hari ni bukan 9 november lah sayang. Title tarikh tu sebab aku dapat result exam untuk sem 3 yang lepas. Alhamdulillah, all I can say. I managed to be in the deans's lister again. Syukur sangat2! :) 

Thanks to my lecturers sebab banyak beri tunjuk ajar, my friends especially my girls sebab banyak tolong aku, my family of course tak dilupakan :') Aku pun tak sangka akan dapat result macam tu, like seriously unexpected kot pointer banyak tu haha And I was like a bit frustrated lah sebab subjek CTU a.k.a subjek agama Islam dapat B+. Haih aku dgn subjek agama Islam memang dijodohkan B+ ka?SPM pun camtu lol pecah rahsia :O Tapi betullah, aku ni jenis pelupa dan susah nak menghafal. Apapun, dapat B+ pun dah syukur sebab aku target lulus ja CTU as my carry mark pun rendah gila daripada kengkawan yg lain. Exam pun tak berapa boleh jawab sangat :( Pity me, but alhamdulillah lepas ni subjek tu dah takdak. Huahuahuahua*evil laugh! 

Oh subjek BEL a.k.a English pun aku tak sangka nak dapat better than last 2 sems which is B+. Alhamdulillah kali ni dapat better. Alhamdulillah sangat. Subjek ni aku target lulus saja jugak, sebab carry marks pun sikit nak compared dgn scorer class aku plus final exa buat essay macam apa lagi, reference punya format ke lauttt baq hang. Alhamdulillah sangat2! Ini pun last sem aku blajar BEL. Lega lepas ni takdak dah. Cuma kena hadapi MUET ja la. Huhuhu

Another subject yg unexpected punya result adalah subjek Microeconomic. Guess what, malam sebelum subjek tu, aku sampai menangis2 sebab tak boleh hafal part essay. Stress sangat malam exam tu. Kawan2 aku tau la aku menangis hahahaha Serius aku rasa mcm ya Allah kenapa aku ni pelupa sangat? Rasa mcm marah diri sendiri kenapa susah sangat nak ingat haih! Kwn2 aku yg lain semua last2 minute mcm tu selak2 buku ja kot. Aku ja tkontang kanting menghafal terok. Time tu I can't pray maybe sebab tu jiwa a little bit kacau :( Aku tak tau carry marks aku utk subjek ni dpt berapa sebab aku tak buat quiz 1 since time tu ada lawatan kelab and I was the project manager, but pn.Zuraidah(we managed to call her as "Umi") baik hati, dia bagi ganti dgn assignment. Alhamdulillah! And aku xtau markah utk assignment tu tau dak so mmg tak tau lah carry marks dpt berapa kan. Dlm dewan exam pulak, I can't answered all question part essay!!!! Ya Allah cam nak nagis ja rasa, yg spot tak masuk langsung! Part B which is subjective pun ada 1 soalan tu salah semua sebab dari atas salah,bawah pun salah. ya Allah, stress sgt dlm dewan exam. Masa banyak berbaki, aku berulang kali kira markah untuk lulus. Hahahahaha. Serious tak pernah terlintas nak repeat Nauzubillah. But alhamdulillah, atas berkat usaha,doa dan tawakal, Alhamdulillah sangat utk gred subjek macro. Sangat2 unexpected. Alhamdulillah. Allah itu Maha Adil. Dun worry, even kita tak boleh jawab time exam, tapi sebulan/3minggu sebelum exam kita dah start berusaha bersungguh2,insyaAllah Dia akan tolong. He knows the best dear :)

Oh maybe after this uols akan tanya my pointer, I'll not tell ya hahahaha Maluuuuu. As for me,banyak lagi kena improve. Ada ja kawan2 lain yg lebih tinggi dia punya pointer, jadi better keep it secret lah ya? Kang ada yg cakap aku riak pulak. Hahah takmau2. But overall I managed to get 1 B+ which is CTU tu lah. 6 subjek yg lain Alhamdulillah :) And aku happy sangat2 sebab my girls pun dapat result yg cemerlang jugak, my roomate pun dapat DL jugak. Whoa tumpang bangga utk dia hey utk dia! Haha :D Kejayaan itu lebih manis dan bermakna jika diraikan beramai2. Ya dok? Mana boleh berjaya sorang2, tak bes aa. Overall, alhamdulillah thank you Allah for the unexpected result. Jangan kita lupa Dia and always believe in Him. Remember, hard work pays off! Hee okay till then, daaaa~


Monday, October 22, 2012

Cuti Semester 3

Assalamualaikum. Hello kawansss! As I told before, I dah start cuti untuk Semester 3. Weee! Cuti Sem bermula  16 Oktober (since my last paper on that day) until 1 December *kalau tak silap la. Cuti tak berapa lama. Dalam sebulan lebih ja. Compared to last sem punya cuti. Sampai 2 bulan lebih. Tu yg sampai homesick teruk bila dah masuk Sem baru. Aigooo, haru-haru betei. Hahaha :D

So guys, korang (ewahh korang,sejak bila aku cakap keyell ni?Muahaha!) buat apa ja cuti sem ni? Aku rasa macam takda nak buat apa pun. Bosan tak hengatttttt. Nasiblah ada twitter, bolehla sembang2 dengan kawan2, FB macam bosan lah sekarang. Maybe sebab semua lari ke Twitter kot? Hehe Oh anyways, follow lah twitter I ni haaa. Bolehla kita sembang kencang lagi kat twitter kan. :D

Rasa macam nak kerja, tapi sebulan lebih ja pun cuti. Dah burn dah seminggu ni ha tak kerja. Aku still buat biz dan rasanya tak salah kalau nak try benda lain pulak kan. Daripada duduk rumah,tidur,makan,online,mandi lepas tu ulang benda yg sama ja setiap hari. Lebih baik aku kerja kan? Cuma tak tau lah, belum tanya parent aku lagi. Rasanya boleh kot. Sebab kan last sem dah dapat green light untuk kerja. Hihi.

Ni adalah my To-Do-List untuk cuti sem 3 ni
(Yg ni if my parent tak izinkan kerja la k) 

1) Sambung balik buat business (Of course)

2) Tengok semua movie dalam laptop. (hasil copy movie dpd my lovely roomates;lutfia and ira. Tak banyak sangat sebab kebanyakan aku dah tengok masa final exam. Nak lepaskan stress,kononnya.)

3) Tengok semua episode "Kau yang Terindah" (Sebab ada Neelofa & Nazim Othman yg super hengsem tu. Tehee)

4) Tengok semua Episode Adam & Hawa. (Ni kemungkinan la,sebab dah banyak kan episode dia. Tengok keadaan. Tak wajib pun. That is why dekat bawah sekali To-Do-List hehehe)


So,itu sajaaaa. How about yours? Feel free to share ya! Dan bolehla bagi idea sikit utk aku buat apa cuti ni. Serius mati idea nak buat apa. Harap anda dan anda sekalian sudilah membantu yaaaa! Tehee. Oh dan sebelum drop comment, jom tengok video ni dulu. Vid ni banyakkkkk membantu aku. Haha asyik ulang tengok ja video ni,sampai dah boleh hafal dah apa yg Anwar Hadi cakap. Hee till then! ^__^




Jemput like my business page kalau sudi. Thank You guys! xoxo


Sunday, September 30, 2012

Final Exam

Assalamualaikum.

Haiiiiii bertemu lagiii. Tapi kali ni bukan entry update pasal Vacation aku ka apa,entry kali nak cerita pasal final exam ku yg akan berlangsung bermula 1-16 October 2012. Wehuuuuuuuuuuuuu 16 hari lagi merdeka! hehehe

Ni dia jadual waktu peperiksaan :

1/10 (Monday) - BEL 311
4/10 (Thursday) - CTU 241
8/10 (Monday) - Macroeconomics
12/10 (Friday) - Business Communication
16/10 (Tuesday) - Statistics.

Wuuuu last paper tu yg killer subject tu. Pehh terbaikkk la last paper! Moga2 tak hilang la mood aku nak balik rumah nanti ya. Hehe apa la,belum exam dah pikir nak balik rumah bagai *pangggggggggggg! ok tersedar semula. huhuhu

I'll try my best utk final exam kali ni. Taknak jadi macam sem 2 lagi dah (panjang ceritanyaaa wuuu). Dan tadi tersentap jap time tgh salam2 mama nak balik kolej,mama ada letakkan pointer supaya aku achieve target tu utk sem ni. Wuu insyaAllah! "Kakngah akan cuba dan sedang mencuba!" weee ^___^ Well,I found this quotes dalam buku yg Ashraf(one of my classmates) pinjamkan utk aku baca, konon nak buat motivasi aku lettew! Hewhew

"Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal" - Tun Mahathir
&
&
"Kita akan menjadi seperti apa yang kita percaya pada diri kita".

So GOODLUCK utk semua diploma student UiTM yg bakal menempuh Final Exam kelak ya! :)



Anyways,hari ni merupakan birthday my dear roomate,Fazira Fauzi a.k.a Ira. Weee seronok betul semalam prank dia. Habis sekalii dgn aku kena sabun basuh pinggan tu. Haha tu la,nak kenakan org sgt,last2 aku pulak yg terkena. Hahaha mmg best betul semalam. Bergirls talk with bufday girl ira,ana,khai. Tidur lewat kot 3am lebih baru tidur! Hehehe best2! Gonna miss the moment lah! Ni kalau roomate aku sorang lagi,mak incik Lutfia ada mesti lagi best bergossip ni! *I hope u're reading this! Hahahah Aku ni ha,bila mood cakap byk dah mai,kena layankan saja. Sebab jarang2 jugakla mood ckp byk ni jenguk diri aku haha pelik kan? pfft


Oh ya,sedang menulis entry ni waktu lepas sahur ni ha. Bayar hutang puasa dgn Allah. ermmmmm semoga badan aku jadi lebih sihat *psstt dan lebih kurusss hihihihi Oklah till then :D


Tuesday, September 25, 2012

Study Week

Assalamualaikum.

See,dah lama tak update blog. Sebenarnya,banyakkkk sangat benda nak di-update-kan. Cuma malas. Dan memandangkan sekarang study week,jadi haruslah aku study kan. Dah la 4 hari study week burn begitu saja. Sebab aku pergi bercuti. Kat somewhere. Of course lah dalam Msia kan. Mana mampu nak jalan2 luar negara pakai duit sendiri lagi. Winksss! =.=

Ok nantikan next entry pasal destinasi bajet aku ni yaaaa. Zassssssssssss~



p/s : Doakan aku boleh jawab untuk final exam nanti 1-16 October 2012! Aamiin ^__^

Tuesday, September 11, 2012

Al-Mawlid dan UNIC di UiTM Merbok

Assalamualaikum.

Seperti title di atas, yes 8hb September 2012 hari tu kumpulan nasyid Al-Mawlid which is gabungan antara Lah & Zaf ex-VE, Amir & Azan ex-Ruffedge, Adib ex fabulous cat dan lagi dua orang anggota kumpulan plus UNIC datang buat konsert kat UiTM Merbok dihatiku. Pewwit dihatiku ku ku ku~

Aku dengan kawan2 ni,kalau bab2 konsert ni cukup suka la. Disamping dapat have fun,kami jugak boleh release stress! Huhuh Best2. Tambah2 pi dengan kawan2 rapat yg sekepala ni,enjoy dia lain tau. Enjoy luar biasa punyaaaaa~ :D


with my girls sebelum start konsert. ^___^

Dimulai dengan persembahan daripada kumpulan Al-Mawlid.

Alhamdulillah mereka byk mengetengahkan selawat,qasidah dan sebagainya. Yg best tu,lagu "Belaian Jiwa" digubah liriknya jadi lebih Islamik. Sangat best lirik tu! Semuanya mengenai konsep ketuhanan,ya of course la dah nama pun kumpulan nasyid kan. Apalah aku ni wkwkwkw.

Selingan dpd Student Art and Design UiTM Merbok.


 Dan yg aku dok tunggu2 pun keluarrr, U-N-I-C yihaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Lagu2 depa semua aku boleh nyanyi dgn lancar muaahahaha!!! Ya la,minat dari sekolah rendah lagi kot. Dulu aku minat gila dekat Hafiz Hamidun,lepas tu sekarang dia dah keluar dpd kumpulan tu,so aku minat fazli pulak(kanan sekali). Minat punya minat,last2 kawan aku bg tau,dia dah kahwin. Uwaaaaaaaaaa so sad! Rasa frust lah jugak muahahah! :D

Penutup, Selawat beramai2~

Overall,memang best sangat2! Semua buat persembahan yg menakjubkan! Even dewan tak penuh,dan kaum Adam sangat2 sikit,tapi still meriah. Ya meriah cara kaum Hawa maksud aku. Hee Kalau depa mai lagi,confirm aku nakpi lagi! Memang tak rugi beli tiket awal. Heee ^___^

Sebelum balik,macam biasalah artis2 duduk di luar dewan dan sign autograf. Aku beli album daripada UNIC  "Selawat Relaksasi" harga rm 19.90. Dan dok pasang selalu kat laptop. Hati pun boleh jadi tenang maaa~ InsyaAllah. Lepas tu,aku dgn kawan2 apa lagi,tangkap gambarss dgn retis lah kan. Apa lagi. Bila lagi nak boleh jumpa depa kan,so better grab the chance. Hee

With Adib al-Mawlid :)

With Fakhrul Radhi UNIC. 
Bihah selalu nak menyibuk ja aku snap dgn Fakhrul ni,sebab dia peminat tegar kot? Haha aku nak tangkap gambar 2 orang pun tak boleh,nanti dia jeles. So dia mesti kena ada sama lol

With Amir Al-Mawlid. Yg belakang2 tu my juniour. Hee

Ceritanya.aku ingat Amir belum kahwin,jadi aku pun macam nak minat lah kat dia. Siap suruh sign dekat hp lagi(cover ja pun) heheheh. Then gambar ni aku letak wallpaper tau. Sambil makan aku tengok,kadang pasang laptop saja tgk gambar ni saja kot. Lepas tu aku rasa aishh kena google ni samada dia dah kahwin ka belumm kan,so google punya google tgk2 amir dah kahwin!Dah lama pulak tu hahahahahaha ketinggalan gila aku sobs. Jadi terus tukar wallpaper baq hang! hahaha oh btw,aku harap ketinggian suami aku nanti macam Amir ni. Eh? Muahahaha! :D

with Lah Al-Mawlid :)


With UNIC! Fazli yg kiri~



Habis sudaahhhh~ Otw balik kolej! Masing2 muka happy kemain! Hehehe Dari keluar dewan sampaila balik kolej,tak habis2 cakap pasal fan masing2! Habis suara aku dok bgosip dengan depa dgn begitu excited! hahahahaha Thank you dear friends! Sbb best pi konsert tu,rasa tak menyesal melepaskan "peluang" yg aku cerita hari tu. lol Till then,daaaaaaaaaaaaa~

Thursday, September 06, 2012

Decision.


Assalamualaikum.

Saat aku menulis entry ini,aku baru saja pulang dari HEP untuk tarik diri daripada pencalonan MPP. Semalam aku buat solat istikharah. Namun aku still keliru mana satu keputusan yg aku harus buat. Lepas Zuhur aku tenangkan diri aku dgn membaca Al-Quran. Mohon Allah tenangkan hati aku dan berikan aku petunjuk. Alhamdulillah,lepas habis ja baca Al-Quran,hati aku kuat dengan mengatakan "Tidak". Aku terus siap-siap untuk speaking test Arab kemudian pukul 3 macam tu,terus pergi HEP. 

Ya mungkin nampak tergesa-gesa kan? Bukan apa,esok sampai ahad kena pergi kursus utk semua calon MPP UiTM satu Malaysia. Jadi kena buat decision cepat2,sama ada nak teruskan ataupun tak. Dan kenapa pukul 3? Sebab waktu pejabat habis pukul 3.30pm. Kalau tak inform hari ni,alamatnya aku kena pergi jugaklah kursus tu kan.Hiks. Sebenarnya, kalau kalah waktu bertanding nanti,still ada jawatan untuk Sekretariat MPP. Maksudnya still ada jawatan kan? Dan fyi,faculty aku yg bertanding semua 8calon. Ramai bukan? Takpa lah bagilah peluang kat depa.LOL. jokejoke! Depa semua hebat2,pointer tinggi2 melangit,aku ni apa la sangat kan? Huhu

Honestly cakap,kalau aku still teruskan,mungkin aku tak dapat berikan komitmen yg terbaik. Dan pasal ni,bukan kehendak aku. Aku dicalonkan. Bukan aku mencalonkan diri aku. I know pihak pengurusan will get upset,tapi takpa aku akan usahakan naikkan club PMB. Sebab jawatan yg aku pegang tu memang aku minat. Jadi mesti syok ja nak buat kerja. Berbeza dgn benda yg aku tak willing nak buat,hasilnya mungkin berbeza.

Tadi waktu jumpa puan yg incharge bahagian ni,beliau siap pujuk2 aku lagi. Then ketuanya pulak masuk bilik dia,pujuk aku pulak. Lepas tu ada sorang lagi masuk bilik,pujuk aku lagi. Ha amekau 3org lawan sorang. Memang aku akan kalah la kan. Haha takpa aku dah biasa dapat tentangan banyak2 macam tu lol. Aku tetap dengan pendirian aku,aku taknak. Jadi aku pertahankan. Ya even suara aku mcm ni,ada cara lain kita nak pertahankan. Haha. Tapi aku mengaku,rasa bersalah tu ada lepas puan tu delete nama aku dari senarai,takpa.Aku yg pilih jalan ni.Allah tunjukkan aku jalan. Mungkin sekarang aku rasa macam ni,tapi sampai bila kan?Mesti sat ja.Nanti ok lettew. Even sekarang pun dah rasa better. Alhamdulillah Thank you Allah :')

Lagi, aku tak pernah terfikir pasal ni. Takda dalam wishlist aku untuk sem ni. Takpa,nanti2 pun boleh lagi kalau aku nak. Dan aku cuma nak campus life aku jadi fun tau. Takmau mcm waktu sekolah dulu,stress pasal prefect punya hal blablablabla. High school punya life pun tak berapa fun gitu. Plus,aku ada banyaks sangat kerjaS*s means plural lol. Semua kena settle dalam masa terdekat. Lepas tu,test tinggal lagi seminggu. Kalau aku join,minggu depan kena berkempen lah apa lah,jadi u tell me bila masa aku nak studi betul2? Kalau aku budak pandai tak kisah bhai,ni aku bukan macam depa. Yang pandai,sekali baca terus masuk. Lainlah macam Ashraf dapat dekan setiap sem,lol tetiba nama dia naik. Hahaha dia classmate aku yg dapat pencalonan tu. Lepas tu dok buat taching aku tarik diri. Hahaha.

Oklah itu saja. Ohh weekend ni aktiviti sangat best!!! Jumaat-Jamuan raya kolej. Sabtu Pagi : Bekwah under Business Management Faculty,malamnya pulak Concert Islami. Wehuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!! Wanna have fun with my girlsssssssssssssss!!!!! Takmau stress2 dah.Nak lepas tension ja happy2. Alhamdulillah ada mereka disamping saya! Love them so much! :')

Tuesday, September 04, 2012

Yes or No?

4 September 2012
Jam 12.36pm
Handphone berdering.. *1 message received*


"Assalamualaikum, saudara/saudari dikehendaki hadir untuk perjumpaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Timbalan Rektor HEP di bilik mesyuarat HEP jam 12 tengahari pada 5 September (Rabu). Kehadiran adalah diwajibkan. "

Harus pergi ataupun tidak????*Helpppp!!!!~

Monday, September 03, 2012

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan..

Assalamualaikum.

Diam tak diam,dah masuk bulan September sudah. My #SeptemberWish adalah nak start dan cuba maintain struggle untuk final exam bermula 1 Oktober nanti insyaAllah. Dan step pertama yg diambil ialah DEACTIVE facebook. Ya harap aku dapat bertahan dengan perubahan ini. Kawan2,doakan sama ya?Tq! :') Alhamdulillah aku mula sedar,betapa aku sekarang berada di zon bahaya dalam soal pelajaran. Maksudnya, macam tak update dengan apa yg aku belajar sekarang. Assigmnents. Ada 's' maksudnya banyak. Tapi belum disiapkan lagi. Kawan2 lain majoriti dah present,dah lega dah depa. Group aku belum lagi,dan tugas aku yg belum selesai. Ya Allah,rasa ketinggalan sangat bila aku dah sedar. Dan thank you Allah kerana menyedarkan hambaMu ini. :') 

Esok aku ada Speaking Test Bahasa Arab. Doakan aku boleh buat ya?Ya aku takda basic Arab,tapi aku mencuba. Dgn kawan2 sekeliling yg dah terer(cemerlang) bahasa arab,buat aku lagi takut. Rasa tergugat. Bolehkah nak bersaing niii??? Takut sangat bila ustaz tanya sesuatu tu,lepas tu aku rasa blur,macam tak pernah dengar perkataan tu. Padahal ustaz dah ajar,cuma aku yg tak pay attention. So salah siapa kat sini? Ya salah diri aku yang lalai. :'(



Ok stop untuk soal pelajaran. Mari tengok video atas ni. Mohon tekan play. Dan hayati lirik2 tu semua.

Apa yg aku boleh cakap,aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia. Kita hidup dalam suasana yg aman dan damai,serta jauh daripada bencana alam. Besryukurlah. Hargailah keamanan yg kita nikmati sekarang. Sungguh. Tersentuh hati ini tatkala melihat video ini bersama bait2 liriknya.. Alhamdulillah aku masih ada kedua orang tuaku,keluargaku yg sentiasa support aku dan sentiasa ada antara satu sama lain :') Aku belajar untuk menghargai orang disekeliling aku. Sebelum aku kehilangan mereka. If you know what I meant.. 

Apabila kita menonton video atas ni,sungguh sedih melihat anak2 yg masih kecil sudah ketiadaan ibu,bapa dan adik-beradik yang lain. Cuba bayang kalau kita ditempat mereka?Bagaimana agaknya kita sekarang? :') Jadi,motifnya aku just nak cakap,hargailah kedua ibubapa kita,adik-beradik kita sementara mereka masih ada di dunia ini *sebakkk. Namun,kepada ahli keluarga yg sudah tiada,jangan lupa untuk sedekahkan surah Yassin paling kurang pun setiap Khamis malam Jumaat,dan menziarahi kubur mereka. Sesungguhnya mereka di alam "sana" amat menantikan kalimah2 suci yg kita sedekahkan buat mereka.. :')

Untuk renungan kita bersama,dan diri sendiri juga. Terima kasih sudi baca.Assalamualaikum.

Thursday, August 02, 2012

Random talk.

Assalamualaikum. Diam tak diam kita dah masuk bulan August. Hari ni 2 August 2012. Betapa cepatnya masa berjalan. Rasa macam baru ja lagi org2 dok update status kat fb "Hello July,please be nice to me" lol. Fyi,semester 3 ni aku tersangatlah busy. Rasa macam hectic life pun ada kadang2. Semua ni sebab aku ada jawatan dalam kelab Persatuan Mahasiswa Bersatu UiTM Kedah. Hari tu aku ada jadi Ketua Projek tau utk salah satu program kelab tu. Busy tu toksah(tak payah) cakapla. Banyak benda yg nak kena taip tapi laptop rosak susah sikit. Kena pinjam yg kawan la jawabnya. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. All I can say is I'm proud of myself. Rasa macam mimpi aku dapat peluang untuk semua ni.Dulu2 takda peluang.Sekarang dah ada.InsyaAllah akan digunakan sebaik mungkin.


 Apalagi nak cerita ya,haa pasal tidur. Tak payah cakap la pasal tu aku rasa memang tak cukup tidur bila balik kolej.Tidur lewat bangun awal. Kalau tidur balik pun,still xdapat cukupkan waktu tidurku. Tapi xpa,aku suka dengan kesibukan ni. Serious suka. Sebab boleh elak aku daripada benda2 lagha haha.Cthnya bila aku banyak masa terluang,aku mungkin akan terlibat dengan masalah perasaan sesama manusia ni ha lelaki dgn perempuan.Maksudnya bercinta la labu ayok. Saja la nak buat ayat essay SPM sikit pun tak bolehhhhhhhhhhhh wkwkwk. :D Haa boleh menjauhi maksiat sama. Hee La Takrabul Zina. So alhamdulillah dengan life aku sekarang. I love my life! ^___^

On the other hand*pehhh ayat essay BI SPM lol,sem ni banyak assignment menanti. Dan dalam proses. Aku harap dapat berikan yg terbaik buat teammates aku. Aku cuba belajar untuk beri komitmen,aku pun nak jugak weh ada softskill haha.Btw,aku suka sangat bulan puasa ni sebab setiap minggu aku balik rumah. Best. Rasa bersemangat. Ya la,takkan nak biar parent aku berbuka dgn adik aku yg dua org tu ja kan sampai 7 hari seminggu? Bosan la buka puasa 4 org ja hehe so aku dengan kakak aku balikla.emph kakak aku tu balik setiap minggu. Untungla u dekat dgn rumah =.= Dan ada lagi,setiap malam bergilir2 jadi imam buat solat terawih dalam bilik. Moga Allah memberkati Amin :')



Suka sangat lagu ni. Sebak bila first time dengar. Mungkin kena dengan diri aku sekarang? 

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan Tiba Ramadhan Tiba~


Assalamualaikum Hai diam tak diam dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Dan nampaknya diri ini kembali muncul di laman blog utk membersihkan sesawang dan labah2 yg ada utk kesekian kalinya pada July 2012 (ayat teks ucapan hari guru) lol. Sorry sangat2 lama tak update blog since my laptop rosak dan agak lama kemudian baru dapat kembali laptop ni. I am sooo happyyyy!!!! Rindu my baby boo kot. Tak boleh kerja apa2 without him. Hehehe. So sekarang dah dapat my baby,haruslah tebus sejarah silam yg lama meng-anak-tirikan superneena.blogspot.com ni kan. Hee

Rasanya belum terlambat utk wish kpd semua muslims di luar sana :

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!

Jangan lupa bangun sahur,kerana sahur itu lah yg membezakan puasa kita dgn penganut agama lain :)
.
.

 Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim).
.
.
Dan jangan lupa niat puasa yaaaa!!! :)


Haa kalau rasa2 kita mungkin akan terlupa niat puasa setiap malam,bacalah niat puasa utk sebulan tu eh.Islam itu mudah kan? Peace ^__^

Semoga ibadah puasa kita diterima Allah s.w.t hendaknya. Aamiin :)

Friday, June 29, 2012

All My Life




                                                       I Will Never Find Another Lover 
Sweeter Than You 
Sweeter Than You 
And I Will Never Find Another Lover 
More Precious Than You 
More Precious Than You 
Girl You Are.. 
Close To Me You're Like My Mother, 
Close To Me You're Like My Father, 
Close To Me You're Like My Sister, 
Close To Me You're Like My Brother 
And You Are The Only One My Everything 
And For You This Song I Sing.... 

All My Life 
I Prayed For Someone Like You 
And I Thank God 
That I..That I Finally Found You 
All My Life 
I Prayed For Someone Like You 
And I Hope That You Feel The Same Way Too 
Yes, I Pray That You Do Love Me Too 

I'd Send You All That I'm Thinking Of........Baby 

Said I Promise To Never Fall In Love With A Stranger 
You're All I'm Thinking Of 
I Praise The Lord Above 
For Sending Me Your Love 
I Cherish Every Hug 
I Really Love You 

All My Life (Ohhhh..Baby, Baby) 
I Prayed For Someone Like You 
And I Thank God 
That I...That I Finally Found You 
All My Life 
I Prayed For Someone Like You 
And I Hope That You Feel The Same Way Too 
Yes, I Pray That You Do Love Me Too 

You're All That I Ever Know, 
When You Smile All My Face Always Seems To Glow, 
You Turned My Life Around, 
You Picked Me Up When I Was Down, 
You're All That I've Ever Known, 
When You Smile My Face Glows 
You Picked Me Up When I Was Down 
Say...You're All That I've Ever Known 
When You Smile My Face Glows 
You Picked Me Up When I Was Down 
And I Hope That You 
Feel The Same Way Too 
Yes, I Pray That You Do Love Me Too 

And All My Life 
I Prayed For Someone Like You 
And I Thank God 
That I..That I Finally Found You 
All My Life 
I Prayed For Someone Like You 
Yes, I Pray That You Do Love Me Too 

All My Life 
I Prayed For Someone Like You 
And I Thank God 
That I ..That I Finally Found You 
All My Life 
I Prayed For Someone Like You 
Yes, I Pray That You Do Love Me Too..

p/s : I'm not found you yet my man.Where are you?wkwkwk.

Sunday, June 10, 2012

Homesick :'(

Bismillahirrahmanirrahim.
*Tengah tunggu panadol soluble dalam air........
K baru sudah minum.Selawat serba sedikit sebelum minum.Rasanya ya Allah,rasa mcm air gas pun ada.Rasa mcm ubat sikit2 pun ada.

Erm mesti anda tertanya2 kan awat minum panadol soluble.Sebenarnya aku tak reti makan ubat biji.So belila panadol soluble agar senang utk aku hehe Aku tak demam,aku tak batuk,aku tak pening.Cuma aku homesick.Aku kena makan ubat something utk buat aku cepat tidur. Aku mula tabiat ni time PLKN dulu.Sampai sekarang. *Sebab aku susah nak tidur,kawan2 dah tidur tp aku belum.So,aku takut haha telan ubat batuk ja,terus tidur.Kan senang!!! hee Tapi aku tak minum setiap hari la.Aku hanya minum bila aku rasa aku susah utk tidur dan roomate yg lain dah tidur.

Oh lupa. Aku kat UiTM sekarang. Yes aku dah balik sini ptg tadi.Esok kelas aku pukul 2pm. Yaaaa aku homesick.Sangat.Mungkin sebab 2bulan 3minggu cuti di rumah dgn family.Yg paling aku rindu kakak aku dgn adik2 aku.Omg dah bergenang sekarang.K behave. Aku harap esok dah tak mcm ni.Kalau ada kawan2 nak keluar esok,aku nak kirim Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika. Berkesan!Ubat dia sgt kuat dan cpt ja aku mengantuk.Hee

Lagi satu,aku rasa sebab aku homesick sangat ni sebabnyaa aku tukar Kolej.Suasana baru dan roomate baru.Roomate aku Imah(my classmate) dan Ira(sepupu Imah).Bilik ni luas!Utk 4 org tapi kami duduk 3 orang saja.Lagi sorang tak tau la sapa nak duduk. Dan kolej baru aku ni sangat2 cantik!!Sebabnya baru setahun digunakan.Toilet mcm hotel(kakak aku ckp) dan bilik studi ada Air Cond! Menarik dak?Hee Nanti kalau rajin,aku upload k.KALAU RAJIN.Nanti cakap aku mungkir janji pulaks.Wuu.

Sorry kalau entry ni bosan,tapi inilah luahan hati aku buat masa sekarang.Aku pinjam net book imah ni sebab laptop aku rosak dan aku dah berhentikan broadband p1(konon nak focus studi).Nasib baik dapat wifi sini,aku boleh jugak comment2 dgn kakak aku kat fb.Kurang la sikit rasa homesick tu.Serius rasa nak teriak kot.Dok tahan ja ni haha

Aku sebenarnya nak taip lagi panjangg.Pasal adik2 aku semua,tapi tak boleh la.Sensitip.Nanti cepat ja air mata turun hehe btw,aku tak sabar tunggu Khamis ni.Parent aku nak mai ambik aku bawa balik rumah lepas Koko aku(habis 5pm) wee tak sabaq gila! Dapat duduk rumah sampai hari Ahad(sebab Ahad cuti umum).Bestnya rasa.Aku dah lama xrasa homesick mcm ni. Bila mcm ni,aku teringat pulak waktu zaman sekolah menengah dulu duduk hostel dgn time PLKN. hee ok yg tu ja rasanya.Aku tgh tggu kesan ubat ni. Thanks for reading! <3

Saturday, June 02, 2012

Dah masuk bulan Jun?Bagus!!! Semoga dpt buat permulaan yg baru! :)

Assalamualaikum.
Hello readers!Sekarang dah pukul 2.42am bersamaan 2 June 20120.Alhamdulillah June dah menjelmakan diri.Tak lama lagi aku akan mulakan Semester 3. Ya sudah tentu aku tak nak cerita perihal aku waktu2 ni.hee 


Aku cuma rasa terpanggil untuk share satu website ni yg sangat BEST!!!!!Sangat beri inspirasi kepada diri ini.Tadi nak upload dari you tube tak boleh pulak.Aku tinggalkan link k?Nanti klik bolehla tengok.Dan aku cadagkan,tgk sekali yg related videos tu.Sangat2 menarik. Ringkas,padat dan mesej yg nak disampaikan tu sangat jelas. Website tu adalahhhh jengg jengggg

website : PRODUCTIVE MUSLIM

Youtube : VIDEOS

Selain tu,website ni juga ajar macam mana nak manage our time,set goals semua,macam motivasi jugaklah.InsyaAllah nak try lah. Ada lagi macam "How to wake up for Fajr?" , "7 Tips On how to stay up after Fajr" dan etc.Serious excited sangat2 nak share dgn para pembaca tu yg sanggup update blog tengah2 malam macam ni. Kan sharing is caring? Hee Ok itu saja. Renung-renungkan dan selamat beramal! ^___^

Wednesday, May 30, 2012

Meet My Not-So-New Babyborn!

 Assalamualaikum.

Haiiiiiiii semuaaa!!Tadi baru lepas godek2 manual yg ada dalam kotak kat atas.Dah sebulan dapat baru nak belek.Bukan apa,mood nak belek segala instruction belum ada.So tadi bosan2 duduk rumah tak buat apa2 selain bertweet,ber-FB dan ber-blogwalking,aku pun ambil keputusan nak buat something yg berguna sikit utk hari ni.Ha sampai mcm tu la punya bosan.

Aku dah beli camera kesayangan ni pada 27hb April kalau tak silap.Beli secara door-to-door marketing.So senang la kan.Call bagi tau nak camera model apa,beberapa hari lepas tu pakcik tu mai bawa camera mana yg kita nak.See senang kan?Harga boleh runding insyaAllah.Harga asal RM1.9k tapi gunalah skill tawar-menawar anda!Mcm nak shopping jugak.hee So dapatlah dlm RM1.7k.Kalau kat area Penang,RM1.5k pun dah boleh dapat dah.Tapi kena pandai cari la.

Mula2 dia bawa yg black in colour.Tapi aku xnak la kan,sebab aku dok termimpi2 nak yg colour Merah(macam Yuna) hehehehe.So beberapa minggu lepas tu baru dapat.Sebab yg ni limited edition tau.Susah nak dapat. hee
So ini gambarSSS yg aku ambil sebelum aku baca manual dia.Memang tak lawoooooo.Tapi bolehhla buat kenangan.hehe

 Family.

 Friends.


 My beauty with brain friend,Madiha Liyana a.k.a Madhy. Pandai gila dapat 4flat utk dua2 sem Kat Matrikulasi.Ambil modul 1 pulak tu.tu aku pakai spec mata dia tau.Saja syok2.sebab dulu time form 1 aku pakai spec.Skrg tidak lagi!Tehee.

Kids.

Ada yang tanya aku mengapa Canon 1100D? Aku pun jawab :
1. Sebab warna dia Merah.Something different.Selalu kan dslr colour hitam.Bg aku nampak common.Sebab tu aku pilih yg ni.
2. Sebab nak sama mcm Yuna. hahaha macam tak logik kan?Tapi serious betul!Time aku nak beli tu,cerita pasal Yuna yg "Bintang di Langit" tgh hot di Astro Ria.Aku setiap kali episode aku tgk dengan mama.Memang teringin.Sampai google image berkali2.Belek2 kat screen.HAHA Lagi pun aku suka Yuna punya successful life.Sangat2 beri inspirasi buat diriku. Semua nak mcm dia ja.hee


Actually,aku tak da la minat sangat dengan fotografi.Cuma aku inginkan nice shot.Camera phone aku takda flash,so kalau keluar dgn family malam2 tak boleh nak snap2.Geram sangat.Best moment tak dapat dirakam :'(

Itu saja.Kemudian,beberapa hari lepas aku baru sedar kewujudan Nikon D3100.Ada juga colour Merah!!Heyyyy berombak dadaku!hahahaha Ingatkan canon ja ada colour Merah.Rupanya Nikon pun ada.Dan a bit cheaper than canon 1100D.Aku mcm nak sedih,tapi cepat2 positif balik.Rezeki aku yg ni.So yg ni saja lah.Semua Allah dah tulis.Belajar utk redha.K aku rasa mcm dah masuk topik motivasi.hehe.Okla itu ja aku nak bagi tau hee bye2!

THANKS FOR READING! :)

Sunday, May 27, 2012

Ding Dong Surat Utk Followers & Silent Readers!

Assalamualaikum.

Ada khabar baik dan buruk.Ok aku bagi tau khabar baik dulu ya.

Khabar Baik :

Kemarin bersamaan 26 Mei adalah Hari Lahirku.Genap sudah mama melahirkan aku 19 tahun lalu tepat jam 12 tengahari di Pusat Pakar Utara,Alor Star(kini Kedah Medical Centre).Jutaan terima kasih buat semua yg wish "Happy Birthday" kepada diri ini.Aku sangat menghargainya dan sangat2 terharu!!!Semua wishes di Twitter,aku print screen-kan dan tak lupa juga di FB.Terima kasih semua!!!
Semoga semuanya sihat2 belaka dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.Thank you Thank you!

Khabar Buruk :

Baru saja tadi,Laptop kesayangan saya tak boleh nak on.Tak tau lah kenapa.Mungkin sebab tak boleh nak install benda apa entah la.Aku bukan pandai sangat bab2 IT ni aduh.Jadi segala yg aku print screen wishes semua ada dalam laptop tu.Sekarang aku pinjam mama punya netbook utk update blog.Jadi mungkin lepas ni,aku akan jarang update blog.Janganlah rindu pulak yaaa hikhik*gelak sopan.

Twitter pun tak boleh nak active sangat sebab dia mcm harmful kepada software apa entahla aku pun tak faham kerenah komponen2 komputer ni haih :/ Memang aku nak kena bawa pi repair,tapi transportnya enggak ada.Mama dan abah tak bagi kami keluar rumah sepanjang mereka di sana.So tunggulah depa balik dulu baru aku boleh bergiat active kembali di lama "Burung Biru".Argh Ini sedih.

Semua yg terjadi pada hari ulangtahun kelahiran aku jugak akan aku update nanti.Sekali dgn gambars.OK?Maceh kerana memahami. K aku tak faham,buat mcm blog aku ni famous pulak konon ada orang duk sentiasa tunggu aku update.Hehehe.

Thursday, May 24, 2012

Selamat menunaikan ibadah Umrah Mama & Abah :)

Assalamualaikum.
Hai apa khabar semua? Cuma nak cerita sikit saja. Kemarin tanggal 23 Mei 2012 mama dgn abah dah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah utk menunaikum ibadah Umrah dan akan pulang pada 3 Jun 2012(Ahad).Ya Allah tak sabarnya menunggu kepulangan mereka.

Di Airport Alor Star,Kedah.

So kemarin kami ramai2 hantar abah dgn mama kat airport.Memang ramai yg menghantarnya.Kawan2 sepejabat abah,saudara mara abah dan mama dan kenalan rapat.Sgt terharu okay tgk betapa mereka sanggup hantar abah dan mama.Ya lah dari rumah ke air port dalam 20-25min jugakla kalau direct ikut highway.Thank you so much :)

2 orang budak baju jersi Msia tu sepupu aku,ayu dan arash.


Adik beradik depa tu.See muka pun sama kan?hee dan baju orange pulak,of course si comel adik aku yg bongsu.Hee Actually,kat rumah aku pakai jersi Msia jugak tau.Memang dah janji dah dgn ayu&arash nak satu geng.Tapi time nak pi airport salin la kan.Takkan aku yg dah besar gajah ni nak pakai jersi pi hantar mama abah pi umrah.Ya dok? :3



Tok belah Abah,Makngah,Atucu(adik tok)



Bersama family belah mama :) Sorry bad quality picture.Tak reti nak buat flash la. Kena belajar lebih lagi nih! :)

Adik,Abang,Ayu :)

Sudah tiba masa sesi menitiskan air mata.Sobs sobs.



Ok tgk makngah nangis mcm tu,aku pun turut rasa sebak. Bila nak salam mama,aku dah tak tahan weh.Nangis terus aku.Skali dgn kakak aku nangis.Kakak aku tu dahla air mata dia kering.So bila dia nangis jugak,aku lagi lah menjadi2.waduh2. Bila turn salam dgn abah pulak,ermmm tak terkata apa dah.Memang nangis terus.Abah pun nangis jugak rasanya.Mata merah2.Tapi mama tak nangis sangat.Cuma sebak la.Lepas tu abah terus cover pakai spec. Hahaha. Lawak.Pakat gelak kat dia.


Rasanya abah sedih nak tinggalkan adik2 kot,ya lah sebab depa kecil lagi kan.Baru darjah 4 dgn darjah 3. No worries.Kakngah dan long kan ada.hehehe.
Fyi,aku,kakak aku,adik dan abang duduk kat rumah ja bersama our maid dan atucu.InsyaAllah kami akan jaga adik dan abang sebaiknya :)

Time ni tgh beratur nak masuk balai berlepas rasanya.Sempat lagi aku zoom weh. Huu sedih2.12 hari tak jumpa mama dgn abah.Harap masa ini cepat berlalu ^__^

SEMOGA SEGALA URUSAN MAMA&ABAH DALAM MENUNAIKAN IBADAH UMRAH DIPERMUDAH DAN DITERIMA OLEH ALLAH  S.W.T.AAMIIN.

WE MISS BOTH OF U! <3

Tuesday, May 22, 2012

Perlis Trip : Day 1 - Jitra Mall & Tasik Darulaman


Assalamualaikum.
Ok bersambung,lepas balik dari sekolah kami gerak ke Jitra Mall.Tempat paling famous kat daerah Kubang Pasu lol Dulu outing pun situ jugak.So secara tak langsung memang terimbau kenangan dulu2 lah.hee

Dalam perjalan ke Jitra Mall.

Semua kereta tinggal kat Rumah Aufa(dekat2 dengan Jitra Mall jugakla). Lepastu naik satu kereta ke Jitra Mall.Aufa menjadi supirnya hehe

Sebenarnya,dari pagi memang tak breakfast apa2,so memang aku lapaq gila! Sebab tu tak sabar nak balik daripada sekolah agar cepat2 aku dapat isi perut ni ha.So wajibla muka pelahap gila la kan.Dah nama pun perut dok ber-okestra.


Lepas solat Zuhur + Asar sekali,kami bersiap2 dlam toilet dan snap2.Kami memang dari dulu mcm ni.Suka bergambars. ^___^

Lepas lepak Jitra mall,kami gerak ke Tasik Darulaman.Tasik paling famous kat Kedah kot rasanya?haha Ramai yg datang sini nak beriadah,photoshoot,lepak bersama family etc. Aku ni sebenarnya memang dah lama teringin nak naik kereta mcm kat kelab golf tu.Nama dia buggy ride.

Kami gilir2 drive buggy ride benda alah ni. Sewa rm12 untuk satu pusingan tasik :)

Sebelum balik,sempat lagi minum2 kat situ.Sebab si nuown ternampak buah nyiu(kelapa) hehehe So aku dgn dhiya layankan sajaaa.Aku of course dgn air fav aku,milo ais. dan dhiya Teh O Ais :)


Sebenarnya,ada banyak gila tau gambaq!!!Tapi ni ja la yg aku larat nak resize pun =.= So kepada tourist dari luar negeri Kedah,tasik Darulaman ni kena masuk list "Mesti Pergi" tau bila dah jalan2 kat Kedah ni.Sebab suasana dia sangat damai,seronok tau.Bersebelahan ja dgn highway Jitra tu.Kalau lalu highway tu,memang nampak lah.Aku rekemen kan datang sini waktu pagi/waktu petang.Sebab suasana dia memang best la wa ckp sama lu kak. :)

Overall,memang best lah day 1 perlis trip ni.Setelah sekian lama tak keluar rumah,akhirnya aku berjaya gak panjangkan kaki berjalan merata. Yeay baru lah remaja kan.Hee :D