Sunday, September 30, 2012

Final Exam

Assalamualaikum.

Haiiiiii bertemu lagiii. Tapi kali ni bukan entry update pasal Vacation aku ka apa,entry kali nak cerita pasal final exam ku yg akan berlangsung bermula 1-16 October 2012. Wehuuuuuuuuuuuuu 16 hari lagi merdeka! hehehe

Ni dia jadual waktu peperiksaan :

1/10 (Monday) - BEL 311
4/10 (Thursday) - CTU 241
8/10 (Monday) - Macroeconomics
12/10 (Friday) - Business Communication
16/10 (Tuesday) - Statistics.

Wuuuu last paper tu yg killer subject tu. Pehh terbaikkk la last paper! Moga2 tak hilang la mood aku nak balik rumah nanti ya. Hehe apa la,belum exam dah pikir nak balik rumah bagai *pangggggggggggg! ok tersedar semula. huhuhu

I'll try my best utk final exam kali ni. Taknak jadi macam sem 2 lagi dah (panjang ceritanyaaa wuuu). Dan tadi tersentap jap time tgh salam2 mama nak balik kolej,mama ada letakkan pointer supaya aku achieve target tu utk sem ni. Wuu insyaAllah! "Kakngah akan cuba dan sedang mencuba!" weee ^___^ Well,I found this quotes dalam buku yg Ashraf(one of my classmates) pinjamkan utk aku baca, konon nak buat motivasi aku lettew! Hewhew

"Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal" - Tun Mahathir
&
&
"Kita akan menjadi seperti apa yang kita percaya pada diri kita".

So GOODLUCK utk semua diploma student UiTM yg bakal menempuh Final Exam kelak ya! :)



Anyways,hari ni merupakan birthday my dear roomate,Fazira Fauzi a.k.a Ira. Weee seronok betul semalam prank dia. Habis sekalii dgn aku kena sabun basuh pinggan tu. Haha tu la,nak kenakan org sgt,last2 aku pulak yg terkena. Hahaha mmg best betul semalam. Bergirls talk with bufday girl ira,ana,khai. Tidur lewat kot 3am lebih baru tidur! Hehehe best2! Gonna miss the moment lah! Ni kalau roomate aku sorang lagi,mak incik Lutfia ada mesti lagi best bergossip ni! *I hope u're reading this! Hahahah Aku ni ha,bila mood cakap byk dah mai,kena layankan saja. Sebab jarang2 jugakla mood ckp byk ni jenguk diri aku haha pelik kan? pfft


Oh ya,sedang menulis entry ni waktu lepas sahur ni ha. Bayar hutang puasa dgn Allah. ermmmmm semoga badan aku jadi lebih sihat *psstt dan lebih kurusss hihihihi Oklah till then :D


Tuesday, September 25, 2012

Study Week

Assalamualaikum.

See,dah lama tak update blog. Sebenarnya,banyakkkk sangat benda nak di-update-kan. Cuma malas. Dan memandangkan sekarang study week,jadi haruslah aku study kan. Dah la 4 hari study week burn begitu saja. Sebab aku pergi bercuti. Kat somewhere. Of course lah dalam Msia kan. Mana mampu nak jalan2 luar negara pakai duit sendiri lagi. Winksss! =.=

Ok nantikan next entry pasal destinasi bajet aku ni yaaaa. Zassssssssssss~



p/s : Doakan aku boleh jawab untuk final exam nanti 1-16 October 2012! Aamiin ^__^

Tuesday, September 11, 2012

Al-Mawlid dan UNIC di UiTM Merbok

Assalamualaikum.

Seperti title di atas, yes 8hb September 2012 hari tu kumpulan nasyid Al-Mawlid which is gabungan antara Lah & Zaf ex-VE, Amir & Azan ex-Ruffedge, Adib ex fabulous cat dan lagi dua orang anggota kumpulan plus UNIC datang buat konsert kat UiTM Merbok dihatiku. Pewwit dihatiku ku ku ku~

Aku dengan kawan2 ni,kalau bab2 konsert ni cukup suka la. Disamping dapat have fun,kami jugak boleh release stress! Huhuh Best2. Tambah2 pi dengan kawan2 rapat yg sekepala ni,enjoy dia lain tau. Enjoy luar biasa punyaaaaa~ :D


with my girls sebelum start konsert. ^___^

Dimulai dengan persembahan daripada kumpulan Al-Mawlid.

Alhamdulillah mereka byk mengetengahkan selawat,qasidah dan sebagainya. Yg best tu,lagu "Belaian Jiwa" digubah liriknya jadi lebih Islamik. Sangat best lirik tu! Semuanya mengenai konsep ketuhanan,ya of course la dah nama pun kumpulan nasyid kan. Apalah aku ni wkwkwkw.

Selingan dpd Student Art and Design UiTM Merbok.


 Dan yg aku dok tunggu2 pun keluarrr, U-N-I-C yihaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Lagu2 depa semua aku boleh nyanyi dgn lancar muaahahaha!!! Ya la,minat dari sekolah rendah lagi kot. Dulu aku minat gila dekat Hafiz Hamidun,lepas tu sekarang dia dah keluar dpd kumpulan tu,so aku minat fazli pulak(kanan sekali). Minat punya minat,last2 kawan aku bg tau,dia dah kahwin. Uwaaaaaaaaaa so sad! Rasa frust lah jugak muahahah! :D

Penutup, Selawat beramai2~

Overall,memang best sangat2! Semua buat persembahan yg menakjubkan! Even dewan tak penuh,dan kaum Adam sangat2 sikit,tapi still meriah. Ya meriah cara kaum Hawa maksud aku. Hee Kalau depa mai lagi,confirm aku nakpi lagi! Memang tak rugi beli tiket awal. Heee ^___^

Sebelum balik,macam biasalah artis2 duduk di luar dewan dan sign autograf. Aku beli album daripada UNIC  "Selawat Relaksasi" harga rm 19.90. Dan dok pasang selalu kat laptop. Hati pun boleh jadi tenang maaa~ InsyaAllah. Lepas tu,aku dgn kawan2 apa lagi,tangkap gambarss dgn retis lah kan. Apa lagi. Bila lagi nak boleh jumpa depa kan,so better grab the chance. Hee

With Adib al-Mawlid :)

With Fakhrul Radhi UNIC. 
Bihah selalu nak menyibuk ja aku snap dgn Fakhrul ni,sebab dia peminat tegar kot? Haha aku nak tangkap gambar 2 orang pun tak boleh,nanti dia jeles. So dia mesti kena ada sama lol

With Amir Al-Mawlid. Yg belakang2 tu my juniour. Hee

Ceritanya.aku ingat Amir belum kahwin,jadi aku pun macam nak minat lah kat dia. Siap suruh sign dekat hp lagi(cover ja pun) heheheh. Then gambar ni aku letak wallpaper tau. Sambil makan aku tengok,kadang pasang laptop saja tgk gambar ni saja kot. Lepas tu aku rasa aishh kena google ni samada dia dah kahwin ka belumm kan,so google punya google tgk2 amir dah kahwin!Dah lama pulak tu hahahahahaha ketinggalan gila aku sobs. Jadi terus tukar wallpaper baq hang! hahaha oh btw,aku harap ketinggian suami aku nanti macam Amir ni. Eh? Muahahaha! :D

with Lah Al-Mawlid :)


With UNIC! Fazli yg kiri~



Habis sudaahhhh~ Otw balik kolej! Masing2 muka happy kemain! Hehehe Dari keluar dewan sampaila balik kolej,tak habis2 cakap pasal fan masing2! Habis suara aku dok bgosip dengan depa dgn begitu excited! hahahahaha Thank you dear friends! Sbb best pi konsert tu,rasa tak menyesal melepaskan "peluang" yg aku cerita hari tu. lol Till then,daaaaaaaaaaaaa~

Thursday, September 06, 2012

Decision.


Assalamualaikum.

Saat aku menulis entry ini,aku baru saja pulang dari HEP untuk tarik diri daripada pencalonan MPP. Semalam aku buat solat istikharah. Namun aku still keliru mana satu keputusan yg aku harus buat. Lepas Zuhur aku tenangkan diri aku dgn membaca Al-Quran. Mohon Allah tenangkan hati aku dan berikan aku petunjuk. Alhamdulillah,lepas habis ja baca Al-Quran,hati aku kuat dengan mengatakan "Tidak". Aku terus siap-siap untuk speaking test Arab kemudian pukul 3 macam tu,terus pergi HEP. 

Ya mungkin nampak tergesa-gesa kan? Bukan apa,esok sampai ahad kena pergi kursus utk semua calon MPP UiTM satu Malaysia. Jadi kena buat decision cepat2,sama ada nak teruskan ataupun tak. Dan kenapa pukul 3? Sebab waktu pejabat habis pukul 3.30pm. Kalau tak inform hari ni,alamatnya aku kena pergi jugaklah kursus tu kan.Hiks. Sebenarnya, kalau kalah waktu bertanding nanti,still ada jawatan untuk Sekretariat MPP. Maksudnya still ada jawatan kan? Dan fyi,faculty aku yg bertanding semua 8calon. Ramai bukan? Takpa lah bagilah peluang kat depa.LOL. jokejoke! Depa semua hebat2,pointer tinggi2 melangit,aku ni apa la sangat kan? Huhu

Honestly cakap,kalau aku still teruskan,mungkin aku tak dapat berikan komitmen yg terbaik. Dan pasal ni,bukan kehendak aku. Aku dicalonkan. Bukan aku mencalonkan diri aku. I know pihak pengurusan will get upset,tapi takpa aku akan usahakan naikkan club PMB. Sebab jawatan yg aku pegang tu memang aku minat. Jadi mesti syok ja nak buat kerja. Berbeza dgn benda yg aku tak willing nak buat,hasilnya mungkin berbeza.

Tadi waktu jumpa puan yg incharge bahagian ni,beliau siap pujuk2 aku lagi. Then ketuanya pulak masuk bilik dia,pujuk aku pulak. Lepas tu ada sorang lagi masuk bilik,pujuk aku lagi. Ha amekau 3org lawan sorang. Memang aku akan kalah la kan. Haha takpa aku dah biasa dapat tentangan banyak2 macam tu lol. Aku tetap dengan pendirian aku,aku taknak. Jadi aku pertahankan. Ya even suara aku mcm ni,ada cara lain kita nak pertahankan. Haha. Tapi aku mengaku,rasa bersalah tu ada lepas puan tu delete nama aku dari senarai,takpa.Aku yg pilih jalan ni.Allah tunjukkan aku jalan. Mungkin sekarang aku rasa macam ni,tapi sampai bila kan?Mesti sat ja.Nanti ok lettew. Even sekarang pun dah rasa better. Alhamdulillah Thank you Allah :')

Lagi, aku tak pernah terfikir pasal ni. Takda dalam wishlist aku untuk sem ni. Takpa,nanti2 pun boleh lagi kalau aku nak. Dan aku cuma nak campus life aku jadi fun tau. Takmau mcm waktu sekolah dulu,stress pasal prefect punya hal blablablabla. High school punya life pun tak berapa fun gitu. Plus,aku ada banyaks sangat kerjaS*s means plural lol. Semua kena settle dalam masa terdekat. Lepas tu,test tinggal lagi seminggu. Kalau aku join,minggu depan kena berkempen lah apa lah,jadi u tell me bila masa aku nak studi betul2? Kalau aku budak pandai tak kisah bhai,ni aku bukan macam depa. Yang pandai,sekali baca terus masuk. Lainlah macam Ashraf dapat dekan setiap sem,lol tetiba nama dia naik. Hahaha dia classmate aku yg dapat pencalonan tu. Lepas tu dok buat taching aku tarik diri. Hahaha.

Oklah itu saja. Ohh weekend ni aktiviti sangat best!!! Jumaat-Jamuan raya kolej. Sabtu Pagi : Bekwah under Business Management Faculty,malamnya pulak Concert Islami. Wehuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!! Wanna have fun with my girlsssssssssssssss!!!!! Takmau stress2 dah.Nak lepas tension ja happy2. Alhamdulillah ada mereka disamping saya! Love them so much! :')

Tuesday, September 04, 2012

Yes or No?

4 September 2012
Jam 12.36pm
Handphone berdering.. *1 message received*


"Assalamualaikum, saudara/saudari dikehendaki hadir untuk perjumpaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Timbalan Rektor HEP di bilik mesyuarat HEP jam 12 tengahari pada 5 September (Rabu). Kehadiran adalah diwajibkan. "

Harus pergi ataupun tidak????*Helpppp!!!!~

Monday, September 03, 2012

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan..

Assalamualaikum.

Diam tak diam,dah masuk bulan September sudah. My #SeptemberWish adalah nak start dan cuba maintain struggle untuk final exam bermula 1 Oktober nanti insyaAllah. Dan step pertama yg diambil ialah DEACTIVE facebook. Ya harap aku dapat bertahan dengan perubahan ini. Kawan2,doakan sama ya?Tq! :') Alhamdulillah aku mula sedar,betapa aku sekarang berada di zon bahaya dalam soal pelajaran. Maksudnya, macam tak update dengan apa yg aku belajar sekarang. Assigmnents. Ada 's' maksudnya banyak. Tapi belum disiapkan lagi. Kawan2 lain majoriti dah present,dah lega dah depa. Group aku belum lagi,dan tugas aku yg belum selesai. Ya Allah,rasa ketinggalan sangat bila aku dah sedar. Dan thank you Allah kerana menyedarkan hambaMu ini. :') 

Esok aku ada Speaking Test Bahasa Arab. Doakan aku boleh buat ya?Ya aku takda basic Arab,tapi aku mencuba. Dgn kawan2 sekeliling yg dah terer(cemerlang) bahasa arab,buat aku lagi takut. Rasa tergugat. Bolehkah nak bersaing niii??? Takut sangat bila ustaz tanya sesuatu tu,lepas tu aku rasa blur,macam tak pernah dengar perkataan tu. Padahal ustaz dah ajar,cuma aku yg tak pay attention. So salah siapa kat sini? Ya salah diri aku yang lalai. :'(



Ok stop untuk soal pelajaran. Mari tengok video atas ni. Mohon tekan play. Dan hayati lirik2 tu semua.

Apa yg aku boleh cakap,aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia. Kita hidup dalam suasana yg aman dan damai,serta jauh daripada bencana alam. Besryukurlah. Hargailah keamanan yg kita nikmati sekarang. Sungguh. Tersentuh hati ini tatkala melihat video ini bersama bait2 liriknya.. Alhamdulillah aku masih ada kedua orang tuaku,keluargaku yg sentiasa support aku dan sentiasa ada antara satu sama lain :') Aku belajar untuk menghargai orang disekeliling aku. Sebelum aku kehilangan mereka. If you know what I meant.. 

Apabila kita menonton video atas ni,sungguh sedih melihat anak2 yg masih kecil sudah ketiadaan ibu,bapa dan adik-beradik yang lain. Cuba bayang kalau kita ditempat mereka?Bagaimana agaknya kita sekarang? :') Jadi,motifnya aku just nak cakap,hargailah kedua ibubapa kita,adik-beradik kita sementara mereka masih ada di dunia ini *sebakkk. Namun,kepada ahli keluarga yg sudah tiada,jangan lupa untuk sedekahkan surah Yassin paling kurang pun setiap Khamis malam Jumaat,dan menziarahi kubur mereka. Sesungguhnya mereka di alam "sana" amat menantikan kalimah2 suci yg kita sedekahkan buat mereka.. :')

Untuk renungan kita bersama,dan diri sendiri juga. Terima kasih sudi baca.Assalamualaikum.