Wednesday, July 23, 2014

Balik kampung! Tips untuk Meninggalkan Rumah

Assalamualaikum, sedar tak sedar dalam beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ha nak raya ni kan, mesti ramai yang bercuti panjang.
Since kita raya hari isnin, mesti ada punya lah yg ambil cuti sampai jumaat, terus lajak weekend next week kan? Hehe Bila lagi nak spend quality time dengan keluarga dan sanak saudara kan? =)


Jadi, apa langkah-langkah keselamatan selama kita tiada di rumah?

Jom check it out!

Pesanan dari Polis Di Raja Malaysia :

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 

Nama dan alamat
Nombor telefon yang mudah dihubungi
Tarikh berlepas dan balik
Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

The PDF copy can be retrieved at www.cops.org.my.

Okay, lepas dah tahu usaha langkah keselamatan menjaga rumah, kita perlulah bertawakal pula kan?

 Doa Keluar Rumah
Baca ayat kursi dan diikuti dengan doa ini ya. Semoga kita berada dalam perlindungan Allah s.w.t inshaAllah.


Doa ketika meninggalkan keluarga dan harta.

InsyaAllah, kita berusaha dan bertawakal, Dia yg menentukan segalanya. =)

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing,
&
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Tuesday, July 22, 2014

5 Mitos mengenai Premium Beautiful

Assalamualaikum. Hai semua, hari ni ada kelapangan masa sikit, selalu asyik keluar rumah uruskan wedding preparation. Petang japgi pun akan keluar juga lagi. Jadi masa yg terluang sedikit ni hana nak update blog mengenai Mitos/Salah Anggap orang di luar sana mengenai corset Premium Beautiful.

5 MITOS/SALAH ANGGAP MENGENAI PREMIUM BEAUTIFUL.

No 1. Dah pakai corset Premium Beautiful, tapi kenapa masih GEMUK lagi?

Setiap orang yg pakai corset Premium Beautiful ada sebabnya yang tersendiri. Seperti yg kita semua dah maklum, Premium Beautiful corset diperbuat 30% untuk kecantikan dan 70% untuk kesihatan. Jadi tak semua akan konsisten pakai selepas masalah kesihatan dah dapat dikurangkan.

Contohnya : Client yg ada penyakit sakit pinggang.
Selepas pakai Premium Beautiful corset secara konsisten, alhamdulillah penyakit sakit pinggang dapat dikurangkan dan sembuh. Tapi selepas itu, client tak konsisten pakai Premium bautiful corset atau lupa terus nak pakai, selera makan pula tidak dikawal, menyebabkan badan naik kembali. Berbeza dengan sebelum pakai Premium Beatiful corset. 

Kak Azza pakai Premium beautiful corset untuk bantu masalah sakit pinggang. Sebelum lebih teruk, better prevent it by wearing Premium Beautiful corset.

Nasihat saya, pakailah Premium Beautiful corset secara konsisten, supaya dapat bentuk badan yg diidamkan dan masalah kesihatan dapat dicegah. Seperti cancer, slip disk, cyst dan sebagainya. Kan mencegah itu lebih baik daripada merawat? =)

NO 2. SESAK NAFAS bila pakai Premium Beautiful corset.

Haa sangat lah ditekankan supaya anda cari trusted and authorized seller sebelum decide nak beli dengan dia. Sebabnya, kalau diorang tak well trained, takut terjadi apa2 masalah mcm silap size ke, cara ukur salah ke kan. Ramai juga yg hana google, mengadu ketat sgt Premium Beautiful corset ni, nak bernafas pun tak lepas, terlalu ketat susah nak bergerak etc etc etc.

Tapi, usah risau, kami di Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) adalah well trained and trusted agent for Premium Beautiful Corset. Setiap corset adalah custom made mengikut ukuran client. Kami diberikan latihan khusus utk cara mengukur size di badan client, agar nanti client pakai pun selesa. Kemudian, akan ada pula fitting session secara percuma, utk bagi client tadi pakai size dia yg betul. If rasa tak selesa, boleh ditukar secara free. Sebab ianya LIFETIME WARRANTY! Best kan? Tak perlu pening kepala, agent yg akan buat semua utk anda. Anda just rilex jer. Hehe

Mula-mula, kami akan mengukur size client pada empat tempat berbeza seperti di bawah :


cara ukur premium beautiful corset

Then, baru boleh tentukan ukuran melalui table size di bawah ni:


Size for Premium Beautiful

You can see the range of sizes for Premium Beautiful. For as small as 58 cm up to more than 106 cm. Then baru lah kita memakai bra yang betul sizenya. Trust me, most of you out there are wearing a wrong size of bra!

NO 3. SUSAH NAK PAKAI la Premium Beautiful corset.

Jangan risau, bila beli daripada trusted and authorized agent, semuanya akan diterangkan satu per satu mengenai Premium Beautiful corset ni. Dari cara pakai, cara basuh, cara simpan semuanya akan diterangkan. Setiap part of Premium beautiful corset ni ada cara pakainya tersendiri. Bermula daripada Long Girdle, Waist Nipper, dan Long Bra. Anda boleh pakai sorang2 tanpa perlukan bantuan sesiapa pun.


Long Girdle Premium beautiful.

Contoh cara memakai Long Girdle :

  1. Pakaikan seluar dalam.
  2. Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam.
  3. Tumpukan lemak yang mengalir ke sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.
Ingat! Sekiranya tangan anda tidak dapat memasuki long girdle, ini bermakna ia terlalu ketat.

Image diambil daripada google. 

Masih ada lagi ke wanita yg sanggup pakai bengkung tradisional ni?
Sudahla panas, tak selesa, susah nak pakai pula tu. perlukan bantuan orang untuk pakai. Nak ke toilet pun susah, jadi tak independent kan? Better switch ke Premium Beutiful. Lebih selesa, lebih berkesan sebab ada FIR dan kuasa sokongan pada rahim dan breast. Tak busuk atau masam. Dan yg paling penting, pakai sendiri sorang2 pun boleh! =)

NO 4. PANAS pakai Premium Beautiful corset

Pemakaian Premium Beautiful tidak panas kerana material Premium Beautiful adalah sangat selesa. Teknologi pembuatan PB amat mengagumkan kerana gabungan pakar-pakar perubatan Jerman, Jepun, China dan USA. Mereka menghasilkan fabrik yg berteknologi tinggi dan canggih yg dipanggil Akwatek dan Akwadyne. Ianya juga telah ditenun sulam bersama-sama Sinar Infra Merah jarak jauh atau "Far Infra Red"(F.I.R).


Waist Nipper.

Korang juga boleh exercise sambil pakai Premium Beautiful. Sangat selesa dan kesan untuk kurus lebih cepat. Tidak gatal. Tapi kalau dah gatal, toksin dah cukup banyak terkumpul dalam Premium beautiful. Cara mengatasinya? Basuh saja Premium Beautiful corset anda. =)

NO 5. Dah KURUS, perlu ke lagi pakai Premium Beautiful corset?

Yes, sangat2 perlu dear. Kurus tak bermaksud sihat dan shape badan cantik kan? Kadang2 bila kurus sangat menyebabkan pinggang dan punggung jadi leper, tak menampakkan shape badan yg cantik. Bila pakai PB 1 set, ianya akan "push" saki baki lemak utk berada di kedudukan yg sepatutnya. Badan akan nampak lebih firm, dan nice shaping. Suami pun mesti lagi bangga dgn bentuk badan isteri. Ehh.. hehe

Selain itu, kurus juga tak menjanjikan kesihatan dalaman kita baik. Kadang2 badan memang kurus, tapi bila check percentage body fat dalam badan, tinggi percentage! Nampak sangat dalaman tak sihat kan? Dgn memakai Waist Nipper Premium Beautiful yg terdapat F.I.R ni mampu penetrate lemak dalam badan, improve our blood circulation & body metabolism. dalaman sihat, badan lebih langsing, diri tampil lebih cantik dan menarik!

KLIK --> KUALITI KAIN PREMIUM BEAUTIFUL

My mentor, DSM Airin Diana. Kurus but have nice and curvy body shape.

Jadi, itulah dia 5 mitos/salah anggap mengenai Premium Beautiful corset. Semuanya sudah jelas bukan, bahawa salah anggap itu semua memang salah pun. Belum cuba belum tahu. 

Do not hesitate to ask me for more details about Premium beautiful corset. I am the authorized dealer who already trained and able to consult you profesionally.
Do book appointment with me Now.

Hana Huzaidy
013-4088263.

Tuesday, July 15, 2014

Raisyyah Rania : Nama Islam Felixia Yeap

Alhamdulillah, Felixia Yeap kini sudah beragama Islam. Nama islamnya ialah Raisyyah Rania.



Bila baca keseluruhan entry Felixia, rasa sangat2 tersentuh. Dan kagum dengan kebesaran dan kekuasaan Allah, Sesungguhnya Dialah pemberi hidayah kepada mereka yg Dia kehendaki. Asalkan kita berusaha utk mendapatkan hidayah tersebut. InsyaAllah Allah akan bukakan hati mereka utk lebih mendekati Pencipta kita, Allah s.w.t. Semoga Felixia diberikan ketenangan, kebahagiaan yg kekal selamanya, di dunia dan akhirat nanti insyaAllah. Amin.

"Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat."

Subhanallah. Allahuakbar.

Full Entry Felixia.


So beautiful. 
Aurat sangat ditutup dengan sempurna. Siap pakai handsock lagi. Hana memang adore sangat fesyen muslimah Felixia. semuanya longgar, cantik dan nampak sopan pada si pemakai. ^__^

Saturday, July 05, 2014

Premium Beautiful - Slip Disc

Testimoni ini diambil daripada one of glampreneur, under CDM Hanis Haizi wing.
.
.

Testimoni kali ini adalah kenalan Nora dari bilik Physio Therapy yang dikenali di Hospital Gleanigles Intan, Ampang.

Di sini lah tempat setia Nora berulang-alik untuk buat fisio 2 kali sehari selama 8 bulan dalam tahun 2009. Memang menyiksakan sesiapa yang ada masalah Slip Disc ni.  Sampai Nora rasa taknak di ingat lagi pengalaman ada sakit Slip Disc ni. Diri sendiri dah siksa, apatah lagi suami dan anak-anak, diorang juga effected emotianally. 

Dan di sini jugalah Nora kenal Puan Chandran, yang juga pengunjung setia bilik fisio ni. Nora diperkenalkan dengan PREMIUM BEAUTIFUL oleh Hanis sendiri, my Leader in this biz. Selepas 2 bulan pakai, Nora rasa kesannya yang sangat-sangat positive, syukur yang tak terhingga kerana Slip Disc ni seolah-oleh GONE terus, Alhamdulillah. Nora sampai rasa, hilangnya Slip Disc seperti satu nikmat hidup yang dah diambil Allah dan dipinjamkan kembali pada Nora tau. Syukur and lebih appreciate bila kita dah sihat sekarang.

Then Nora buat appoinment pergi jumpa Pn. Chandran dengan ikhlas nak tolong dia atasi masalah Slip Disc tu. She works dekat MNI KL.

And again after two months, I received her call. (Ini lebih kurang ayatnya, becos, Nora tak record :))

"Hi Nora, I really thank you for the PB. I only wore it for 2 months or so, but I really can feel the difference. It is really amazing, GOD!! At first I almost gave up. It was very uncomfortable at first because any wrong movement or posture, I felt a little uneasy. Then the numb (kebas) sensation on the tigh to the toe area getting worse. I almost gave up, seriously. But that discomfort only last for a day. The next day, there was no more numb and I feel better although the pain is still there. I follow your advice to wear it every day and I continously wear it every day. And now, not only my back pain gone, I am also pregnant! (She is 34-35 this yr) I havent had a baby since my first was born and now she is 7 yrs old. What a shame I cannot wear it now, but I really thanks you and GOD for sending me this MIRACLE corset."

RECOMMENDED kerana;

  • PREMIUM BEAUTIFUL dah dapat pengiktirafan Chiropractor (Pakar Tulang Belakang) dari American, Canadian and Quebec;
  • Ada 7 tetulang keluli memori (di waist nipper) yang membantu memberi support maksimum tulang belakang yang sudah lemah akibat slip disc;
  • Benefit Far Infra Red rays (FIR) yang memberi kesan pemanasan secara tidak sedar yang merawat segala kebas-kebas kesan dari urat saraf yang terhimpit oleh disc yang ter'slip' tersebut

*Remember kepada pesakit Slip Disc, kita bukan sahaja dapat atasi masalah Sakit belakang tu sahaja, tetapi dapat 'Full Body Service" tau dengan pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL ni ya.(Itu yang tersilap haribulan boleh terpregnant juga). Sangat-sangat berbaloi!


For free trial, consultation and special offer,
you may contact me :
Hana Huzaidy
+60134088263
ainurhanahuzaidy@yahoo.com
I'm your trusted Premium Beautiful Agent.

Wednesday, July 02, 2014

Vienna and Budapest Europe Trip

Hi, Welcome July!
Alhamdulillah kita juga sekarang berada di bulan Ramadhan, bulan yg barakah, bulan murah rezeki juga insyaAllah. Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. =)

Oh ya, kemarin company telah announce next free trip adalah ke Vienna,Austria & Budapest,Hungaray di Europe uols! Sangat2 excited! Nak sangat qualify and pergi berseronok dekat sana! Free of charge kot, siapa tak nak kan?

 Vienna

 Walking Street in Vienna

 Budapest Chain Bridge

 Budapest Town

Budapest Thermal Bath

Memang banyak benefit dalam business ni, Free of Charge Travel, with 5 stars treatment, halal and delicious food, ha apa lagi yg nak? Semuaaa diorang pagi FREE uols!

Jom siapa2 nak join hana travel FREE of Charge, boleh whatsapp Hana 0134088263 atau pm di email ainurhanahuzaidy@yahoo.com utk details lebih lanjut.

LET'S DO THIS!
LET'S GO TO EUROPE!

Friday, June 13, 2014

Short Note

Hello dear readers!
I'm doing fine here alhamdulillah. Been so busy with works and have no time to update my blog. Sobs.
Bukan takda masa la sebenarnya, cuma nya letih sangat2 balik kerja. Hehe mungkin belum biasa but now dah masuk 3rd weeks kerja kot.

Balik kerja ja solat asar, tido. Pukul 7 bangun, mandi makan, tengok tv jap lepastu pukul 11malam tidur. Esok bangun pagi, masuk kerja pukul 8am - 5 pm. Begitulah rutin setiap hari. Weekend cuti hari jumaat sahaja. Kerja pun tak lama mana, hanya 1 bulan. semestinya akan digunakan masa itu sepenuhnya dengan kawan2 sekerja kan. Lepas ni, berpisah sudah. Jadi, kita manfaatkan lah masa yang ada =)

sekarang 10.23 malam, tapi mata dah mengantuk sangat2 dah. Esok kerja pula. Okay peeps, till we meet again. Xx


Saturday, May 17, 2014

M.O.T.I.V.A.T.I.O.N

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.
Tadi hana baru saja sempat tengok semula rancangan "Celik Hati" di tonton.com.my. Hari tu terlepas tengok segmen "Saya Layak Berjaya" so wajibs lah tengok semula kan? Tetamu undangan adalah Dato' Aliff Syukri, Pengasas D' Herbs Terlajakkk Larisss dan Puan Azizah iaitu Usahawan Emas di Malaysia.


So inspiring! Umur 26 tahun dah bergelar jutawan muda! Selepas tamat SPM beliau terus buat bisnes menjual jamu rumah ke rumah, jual di Pasar Malam dan sebagainya untuk mengubah nasib keluarga. Bagi beliau pelajaran adalah bonus dan ilmu itu lebih penting. Banyak halangan, dugaan dan cabaran semestinya, tetapi dapat diatasi dgn usaha dan doa kpd Allah dan doa dari ibu bapa. Sangat2 kagum dgn beliau! Semoga terus sukses selepas ni. And guess what, dato' reply comment on my instagram post! Terharu! Sangat2 menyuntik semangat utk saya jadi macam dato' suatu hari nanti. Mungkin dalam usia yg muda juga? InsyaAllah amin amin. tak salah pun verangan it costs you nothing. =)


Puan Azizah adalah Usahawan Emas dan menjadi mentor kepada anak2 buah beliau yg juga usahawan Emas di Malaysia. Beliau berkahwin dalam usia yg sangat muda iaitu 19 tahun, namun tidak menjadikan kahwin sebagai penghalang utk beliau berjaya. Kerana dalam diri sudah ada cita2 dan desire utk berjaya. Malah rezeki semakin murah selepas berkahwin. Yezzaaaa will follow your step puan, insyaAllah semoga murah rezeki lagi selepas ini ya =)

Memang benarlah kata Puan Azizah, dalam business kita perlukan mentor untuk tunjukkan contoh dan jalan yg betul untuk kita lalui. Seseorang yg sentiasa ada di belakang kita ketika susah dan senang. Yg akan tarik balik tangan kita utk bangun ketika kita jatuh tersungkur. Sama seperti yg GLAM ajar, setiap orang ada mentor masing2. Dan bagi hana pula, alhamdulillah bersyukur dipertemukan dengan DSM Airin Diana aka kak Airin sebagai mentor hana. Thank you for putting me up all this while and I'm so lucky to have you as my mentor :')



MENTOR2 HANA DALAM BUSINESS :


CDM Shaliza Aziz a.k.a kak ieja, walaupun dah berjaya dan mencapai tahap tertinggi Crown Diamond Managaer (CDM) dalam company tetapi still ambil tahu anak2 buah seperti org baru macam hana dan team hana. Sangat2 terharu atas sokongan yg diberikan. InsyaAllah suatu hari nanti nak jadi macam kak ieja juga, Fulltime Mumpreneur with 5 figure income minimun every month!

Oh ya, kemarin dapat good news daripada DSM Airin,
______________________

*1 new message from GLAM Kak Airin*
"Salam Hana
Ur name has been selected by cdm ieja tau
As new potential next leader from utara 
Next ade new project cdm ieja nk announce
Cdm ieja hanya nk jumpa selected people only and u r one of them utk utara"

Terkejut. Tapi syukur Alhamdulillah. Terharu kerana dipercayai walaupun dlm usia yg paling muda antara mereka yg terhebat di GLAM Utara. InsyaAllah will do my best. Chayok2 hana!    




Will always remember this quote CDM!


 Anddd last but not least, of coursee the famous, young and millionaire CDM HANIS HAIZI!

Mulanya hanya sebagai fulltime housewife with totally zero income now dah menjana 6 figure income monthly! Dulu xtahu langsung berbisnes dan duduk rumah jer jaga anak, sekarang semua tempat beliau dah pergi melancong. If i'm not mistaken sudah 15 countries and more to come insyaAllah. Bukan pergi trip sendiri, tapi company yg tanggung semua. Free Of Charge babes! huhu Seronokkk! Duit bonus tu bawa pegi shopping saja. Sooo heaven!

It is not to late to start anything. With my young age now, insyaAllah perjalanan masih jauh dan banyak lagi matlamat yg perlu dicapai. It is the first step is all that matters. Alhamdulillah syukur dipertemukan dengan business ini. Thank you my mentors and parents for your endless support! Xoxo

Friday, May 16, 2014

Coffee Lover?

Adakah anda suka dan cintakan coffee?
Adakah anda sangat2 cintakan coffee dan rasa addicted to it tapi risau dengan kandungan caffeine dalam coffee tersebut?


USAH RISAU LAGI!
Memperkenalkan jalan penyelesaian kepada Coffee Lover di luar sana!


MINERAL COFFEE!



Berikut adalah kandungan dan kebaikan mineral coffee :

  • Aroma kopi yang wangi daripada bijian kopi Robusta
  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan
  • Meggalakan penyerapan kalsium & penggunaannya
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Less caffeine and no sugar added!!! Worry no more about overdose caffeine uols!
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan

Rasanya yg sangat sedap membuatkan hana dah tak mahu coffee lain lagi. Setiap hari bangun mesti nak cari Mineral Coffee sahaja. Sehari kalau tak minum jadi tak keruan rasanya! Betapa hebatnya kan penangan mineral coffee ni?

Rasa mineral coffee ni sama juga seperti coffee lain, cuma rasanya lebih berlemak manis gittew tapi still sangat sedap sebab mengandungi garam buluh. Okay jom kita tengok pula antara penyakit yg mampu dirawat dgn garam buluh..



Entry ini hanyalah sekadar introduction kepada Mineral Coffee. Next entry hana akan update pula CARA KURUS DENGAN MINERAL COFFEE okay? Orang perempuan memang pantang kan dgn kurus ni? Haha.. Yep betul! Minum coffee ni pun boleh turun berat badan tau. Dah terjadi kat hana pun sebab tu hana percaya dan berbesar hati nak share  dengan semua. :')

So, anyone yg nak order boleh PM/whatsapp hana 0134088263.
TQ! =)

Thursday, May 01, 2014

My Favourite Month is Back, HELLO MAY!



Hello guys, sebelum 1st May melabuhkan tirainya, hana ingin mengucapkan Selamat Hari Buruh kepada semua pekerja2 di Malaysia. Semoga bulan May ini akan bertambah lagi rezeki daripada Allah s.w.t kepada diri sendiri, keluarga, biz partners, kawan2 dan semuanya. Amin. 

Oh ya, kenapa May jadi favourite month hana ya? Kerana.. Hana dilahirkan pada bulan May! Hehehehe.. :p


Wednesday, April 30, 2014

Marine Essence Promotion

Assalamualaikum. Hi semua.
Memandangkan hari ini adalah closing day untuk bulan April, jadi Hana dgn baik hatinya nak buat PROMOTION gila gila untuk korang my dearest customers! Hana ada 2 promotion. 
1 - Promotion 30 April
2. Promotion "Happy Week"

 PROMOTION 30 APRIL!
Jimat RM15 uols! Sapa nak bagi kan? RM 15 tu boleh simpan buat bayar tiket Spiderman nanti tau. Hehe


PROMOTION "HAPPY WEEK" 
All in one set RM 100 Only. 

Beauty bar boleh digunakan sebagai pencuci muka.
Body wash boleh digunakan di badan time mandi.
Syampoo of course digunakan untuk mencuci rambut.
Penjagaan from head to toe! Lepas tu dapat pula free mineral coffee. Lepas mandi minum mineral coffee memang rasa dia bertambah2 umphh, dengan aroma marine essence selepas mandi masih melekat harumannya.. dan dgn aroma kopi robusta.. Allah heaven sangat!

 Kebaikan Marine Essence Products.


So, tunggu apa lagi tu? Jom dapatkan your crystal skin doctor now!
PM/whatsapp me Hana 0134088263.
PROMOTION STILL ON GUYS. HURRY UP! ^__^

Tuesday, April 29, 2014

Tips Murah Rezeki Cara Islam by Irfan Khairi Part 2

**Bersambung dari Tips Murah Rezeki Cara Islam Part 1**

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, hana akan share pula bahagian kedua Tips Murah Rezeki by Irfan Khairi. Sama2 kita baca, amalkan dan manfaatkan sepenuhnya ya? InsyaAllah. =)

..............................................................................................................................

Tip #6. Sentiasa Bersyukur kepada Allah
Setiap waktu dan ketika, kita sebagai hamba-Nya wajib bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
baca al-quran
Tip #7. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau Asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten 7 kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah Ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, Ya Fattah Ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa yang mengamalkan membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Insya-Allah.
Tip #8. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba itu dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya DIA akan perkenankan dan jangan sesekali bergantung harap kepada yang lain, kerana perbuatan sedemikian adalah syirik yang merupakan dosa besar.
Tip #9. Berikhtiar atau berusaha sehabisnya
Barangsiapa yang berusaha, pasti dia akan mendapat sesuatu atau memperolehi hasilnya. Perkara ini adalah sunnatullah. Dalam satu hadis sahih, dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah berikan kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Sebagai orang beriman, tentulah kita perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada kemurahan rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang hati bacalah Al-Quran, hendak dapat anak yang baik, didiklah mereka sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat jagalah pemakanan dan makan makanan yang baik dan halal, hendak mendapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak memperolehi rezeki berkat jauhilah perkara yang haram, dan sebagainya.
Tip #10. Bertawakal
Dengan bertawakal semata-mata kepada Allah SWT, seseorang itu akan direzekikan dengan rasa kaya jiwanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
Barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi Muhammad SAW pula telah bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Sebagai kesimpulan, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kunci utamanya adalah melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Sekian, moga bertemu lagi dalam keluaran seterusnya. Salam ukhuwah dari kami di Majalah IK. Wassalam.
....................................................................................
Terima kasih Irfan Khairi atas tips yang telah diberikan. We owe you a lot. Semoga sentiasa bertambah rezeki lepas ni ya Amin. =)

Monday, April 28, 2014

JTX Air Tracker

Hi all,
Pada awal bulan April yang lalu our company Haio Marketing telah mengeluarkan product baru iaitu JTX Air Tracker. 


Sekarang, hana briefing sikit apakah yg dinamakan JTX Air Tracker ini ya.

  • JTX Airtracker menukar molekul udara menjadi struktur molekul yang sangat halus. Jadi, bahan api dapat dibakar sepenuhnya secara lebih optimum.

  •  Keadaan ini meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. Selain itu, ia membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

  • JTX Airtracker bukan sahaja dicipta untuk menjimatkan bahan api, ia juga membantu memelihara alam sekitar. 

  • Bahan api yang dibakar sepenuhnya mengeluarkan kurang karbon monoksida yang akhirnya mengurangkan pelepasan karbon ke kawasan persekitaran.



Product Air Tracker ini was proposed in International Invention & Technology Exhibition (ITEX) dan telah mendapat GOLD certificate menandakan ia satu product yang sangat bagus. Over 16 different nations and more than 100 products was showcased. One of it was Air Tracker yang dapat GOLD certificate. 
JTX Air Tracker ditampal di atas enjin kereta. 

Bukti Keberkesanan JTX Air tracker jimat minyak


 Ekzos juga tidak panas dan tak perlu was was untuk pegang walaupun setelah 30 minit enjin kereta dihidupkan.


The Usage?


Car <1,599CC - 3 pieces sticker

Car 1,600 to 2,999CC - 6 pieces sticker

Car more than 3,000CC - 9 pieces sticker

The effect of Carbon Dioxide and Carbon Monoxide Emission after the usage of JTX Airtracker:



Carbon Dioxide
After 30 minutes : 21% reduction of emission 
After 150 minutes : 56% reducsion of emission

Carbon Monoxide
After 30 minutes : 60% reduction of emission 
After 150 minutes : 87% reducsion of emission

The Retail Price?

1 set (3 pieces) : RM296

2 sets (6 pieces) : RM550

To order?


Contact me Hana 013-4088263. We can talk more further and details about this product. Let us save the fuel and save the earth. :)

Thursday, April 24, 2014

Marine Essence Beauty Bar Testimonies

Hi all.
Hari ni hana nak berkongsi pula testimoni pengguna2 Marine Essence Beauty Bar. Ternyata sabun ini sangat berkesan. Dah ramai yang order dan repeat order. Benda bagus, berkesan, mujarab memang selalu orang akan ulang order kan? Lagi pun dengan harga yang berpatutan, jimat pula boleh pakai di muka dan badan. lelaki dan perempuan both boleh pakai. Malah baby pun boleh, pendek kata pada semua peringkat usia lah. See, jimat kan? Berbaloi-baloi!

KENAPA ANDA PERLUKAN MARINE ESSENCE BEAUTY BAR?






 
 Alhamdulillah, baby pun boleh pakai sabun ni. Less chemicals, diperbuat daripada bahan organik seperti garam buluh, aloe vera dan Vitamin E. Berfungsi untuk melindungi kulit dpd bakteria, melembapkan kulit dan sebagainya. Selamat digunakan, insyaAllah. 



The famous pelakon dan pengacara tv, Karl Shafek pun guna sabun ni tau uols! Ha jangan main2.. :)


Haaa best kan? memang terbukti berkesan Marine Essence beauty bar ni. Jualan sabun terlaris tahun 2013! dan insyaAllah 2014 juga!

Anyone yang nak dapatkan Marine Essence Beauty bar do not hesitate to call/whatsapp me yer.
Hana : 013-4088263

Takkan Berpaling DariMu - Rossa

My favourite song. Setiap kali dengar lagu ni, mesti teringatkan abah hana. Dia yg perkenalkan lagu ni kat hana. Sangat mendalam lirik, sangat bermakna. Subhanallah. Jauhkan kami semua dari sifat tidak bersyukur kepadaMu ya Allah.. Sentiasa dekatkan hati kamu denganMu dan tidak berpaling dariMu.. Nauzubillah, jauhkanlah ya Allah.. Amin.


Takkan Berpaling DariMu..

Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa-Mu
Yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Oh Tuhan anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Terima kasihku Ya Allah
Tuhanku anugerah-Mu
Anugerah-Mu

Tuhan sisihkan semua aral melintang di hadapanku
Dan buat terang seluruh jalan hidupku melangkah

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Tuesday, April 22, 2014

Tips Murah Rezeki by Irfan Khairi

*Sebelum anda mula membaca entry ni, adalah diingatkan entry ini hana share daripada blog Jutawan Internet di Malaysia iaitu Irfan Khairi. Korang if nak baca banyak lagi entry tak kira pasal business, Islam, daily life, boleh ke blog beliau yer.. Sharing is caring! ;)*
..................................................................................................................................
Rezeki itu bukanlah tertakluk kepada wang ringgit semata-mata. Ia juga mungkin hadir dalam bentuk anak-anak yang soleh, isteri yang taat, dikelilingi sahabat-sahabat yang baik, jiran yang baik serta saling menghormati dan berbagai lagi rezeki kurniaan Allah SWT.
Dengan adanya rasa syukur atas kurniaan-Nya, Allah berhak menambahkan lagi keluasan rezeki kita pada bila-bila masa dan juga berhak menarik kembali kemewahan yang telah dikecapi jika kita tidak bersyukur.
Tip #1. Menjalin silaturrahim
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
Kita dapat lihat di sini, bahawa dengan merapatkan silaturrahim Insya-Allah, seseorang itu akan dilapangkan rezekinya. Umat Islam sememangnya amat ditegah dan dilarang memutuskan silaturrahim, kerana ia akan meninggalkan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat khasnya.
berwudhuk
Tip #2. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa, telah menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta panduan mengenai beberapa perkara, termasuk mahu dimurahkan rezekinya oleh Allah . Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
Dengan menjaga kebersihan dan sentiasa bersih daripada hadas juga dikatakan punca kepada keluasan rezeki yang Allah akan kurniakan.
Tip #3. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah SWT. Ia menjadi penyebab untuk Allah SWT membuka pintu rezeki kita. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
Sedekah juga akan menyuburkan lagi rezeki yang diperolehi. Dengan bersedekah, harta yang diperolehi umpama sebuah pohon yang tumbuh segar dan mekar tanpa kerosakan. Jangan risau, Allah SWT akan melipatgandakan rezeki kepada pemberi sedekah. Bersedekah tidak akan mengurangi walau sedikit pun rezeki kita, malahan semakin bertambah.
Tip#4. Melazimi solat malam (tahajud dan lain-lain)
Terdapat keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan kita memperolehi rezeki, meningkatkan darjat kita, menjadikan diri dihormati orang dan doanya dimakbulkan oleh Allah SWT. Solat malam yang kebiasaannya dilakukan pada sepertiga malam sangat baik dijadikan sebagai amalan rutin demi mendapatkan redha Allah SWT, kerana pada waktu itu adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa, di kala suasana tenang dan sunyi, ketika insan lain sedang nyenyak dibuai mimpi.
Tip #5. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dilaksanakan sewaktu orang sedang sibuk dengan urusan duniawi (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Di dalam sebuah hadis qudsi juga ada disebutkan:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
..................................................................................................................................
*Hana akan update lagi yer nanti. Sama2 kita berkongsi apa yg baik utk kehidupan kita insyaAllah. Semoga Allah merahmati dan memberkati perjalananan hidupmu, jutawan Internet Irfan Khairi. =)