Wednesday, April 30, 2014

Marine Essence Promotion

Assalamualaikum. Hi semua.
Memandangkan hari ini adalah closing day untuk bulan April, jadi Hana dgn baik hatinya nak buat PROMOTION gila gila untuk korang my dearest customers! Hana ada 2 promotion. 
1 - Promotion 30 April
2. Promotion "Happy Week"

 PROMOTION 30 APRIL!
Jimat RM15 uols! Sapa nak bagi kan? RM 15 tu boleh simpan buat bayar tiket Spiderman nanti tau. Hehe


PROMOTION "HAPPY WEEK" 
All in one set RM 100 Only. 

Beauty bar boleh digunakan sebagai pencuci muka.
Body wash boleh digunakan di badan time mandi.
Syampoo of course digunakan untuk mencuci rambut.
Penjagaan from head to toe! Lepas tu dapat pula free mineral coffee. Lepas mandi minum mineral coffee memang rasa dia bertambah2 umphh, dengan aroma marine essence selepas mandi masih melekat harumannya.. dan dgn aroma kopi robusta.. Allah heaven sangat!

 Kebaikan Marine Essence Products.


So, tunggu apa lagi tu? Jom dapatkan your crystal skin doctor now!
PM/whatsapp me Hana 0134088263.
PROMOTION STILL ON GUYS. HURRY UP! ^__^

Tuesday, April 29, 2014

Tips Murah Rezeki Cara Islam by Irfan Khairi Part 2

**Bersambung dari Tips Murah Rezeki Cara Islam Part 1**

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, hana akan share pula bahagian kedua Tips Murah Rezeki by Irfan Khairi. Sama2 kita baca, amalkan dan manfaatkan sepenuhnya ya? InsyaAllah. =)

..............................................................................................................................

Tip #6. Sentiasa Bersyukur kepada Allah
Setiap waktu dan ketika, kita sebagai hamba-Nya wajib bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
baca al-quran
Tip #7. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau Asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten 7 kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah Ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, Ya Fattah Ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa yang mengamalkan membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Insya-Allah.
Tip #8. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba itu dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya DIA akan perkenankan dan jangan sesekali bergantung harap kepada yang lain, kerana perbuatan sedemikian adalah syirik yang merupakan dosa besar.
Tip #9. Berikhtiar atau berusaha sehabisnya
Barangsiapa yang berusaha, pasti dia akan mendapat sesuatu atau memperolehi hasilnya. Perkara ini adalah sunnatullah. Dalam satu hadis sahih, dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah berikan kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Sebagai orang beriman, tentulah kita perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada kemurahan rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang hati bacalah Al-Quran, hendak dapat anak yang baik, didiklah mereka sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat jagalah pemakanan dan makan makanan yang baik dan halal, hendak mendapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak memperolehi rezeki berkat jauhilah perkara yang haram, dan sebagainya.
Tip #10. Bertawakal
Dengan bertawakal semata-mata kepada Allah SWT, seseorang itu akan direzekikan dengan rasa kaya jiwanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
Barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi Muhammad SAW pula telah bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Sebagai kesimpulan, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kunci utamanya adalah melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Sekian, moga bertemu lagi dalam keluaran seterusnya. Salam ukhuwah dari kami di Majalah IK. Wassalam.
....................................................................................
Terima kasih Irfan Khairi atas tips yang telah diberikan. We owe you a lot. Semoga sentiasa bertambah rezeki lepas ni ya Amin. =)

Monday, April 28, 2014

JTX Air Tracker

Hi all,
Pada awal bulan April yang lalu our company Haio Marketing telah mengeluarkan product baru iaitu JTX Air Tracker. 


Sekarang, hana briefing sikit apakah yg dinamakan JTX Air Tracker ini ya.

  • JTX Airtracker menukar molekul udara menjadi struktur molekul yang sangat halus. Jadi, bahan api dapat dibakar sepenuhnya secara lebih optimum.

  •  Keadaan ini meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. Selain itu, ia membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

  • JTX Airtracker bukan sahaja dicipta untuk menjimatkan bahan api, ia juga membantu memelihara alam sekitar. 

  • Bahan api yang dibakar sepenuhnya mengeluarkan kurang karbon monoksida yang akhirnya mengurangkan pelepasan karbon ke kawasan persekitaran.



Product Air Tracker ini was proposed in International Invention & Technology Exhibition (ITEX) dan telah mendapat GOLD certificate menandakan ia satu product yang sangat bagus. Over 16 different nations and more than 100 products was showcased. One of it was Air Tracker yang dapat GOLD certificate. 
JTX Air Tracker ditampal di atas enjin kereta. 

Bukti Keberkesanan JTX Air tracker jimat minyak


 Ekzos juga tidak panas dan tak perlu was was untuk pegang walaupun setelah 30 minit enjin kereta dihidupkan.


The Usage?


Car <1,599CC - 3 pieces sticker

Car 1,600 to 2,999CC - 6 pieces sticker

Car more than 3,000CC - 9 pieces sticker

The effect of Carbon Dioxide and Carbon Monoxide Emission after the usage of JTX Airtracker:



Carbon Dioxide
After 30 minutes : 21% reduction of emission 
After 150 minutes : 56% reducsion of emission

Carbon Monoxide
After 30 minutes : 60% reduction of emission 
After 150 minutes : 87% reducsion of emission

The Retail Price?

1 set (3 pieces) : RM296

2 sets (6 pieces) : RM550

To order?


Contact me Hana 013-4088263. We can talk more further and details about this product. Let us save the fuel and save the earth. :)

Thursday, April 24, 2014

Marine Essence Beauty Bar Testimonies

Hi all.
Hari ni hana nak berkongsi pula testimoni pengguna2 Marine Essence Beauty Bar. Ternyata sabun ini sangat berkesan. Dah ramai yang order dan repeat order. Benda bagus, berkesan, mujarab memang selalu orang akan ulang order kan? Lagi pun dengan harga yang berpatutan, jimat pula boleh pakai di muka dan badan. lelaki dan perempuan both boleh pakai. Malah baby pun boleh, pendek kata pada semua peringkat usia lah. See, jimat kan? Berbaloi-baloi!

KENAPA ANDA PERLUKAN MARINE ESSENCE BEAUTY BAR?






 
 Alhamdulillah, baby pun boleh pakai sabun ni. Less chemicals, diperbuat daripada bahan organik seperti garam buluh, aloe vera dan Vitamin E. Berfungsi untuk melindungi kulit dpd bakteria, melembapkan kulit dan sebagainya. Selamat digunakan, insyaAllah. 



The famous pelakon dan pengacara tv, Karl Shafek pun guna sabun ni tau uols! Ha jangan main2.. :)


Haaa best kan? memang terbukti berkesan Marine Essence beauty bar ni. Jualan sabun terlaris tahun 2013! dan insyaAllah 2014 juga!

Anyone yang nak dapatkan Marine Essence Beauty bar do not hesitate to call/whatsapp me yer.
Hana : 013-4088263

Takkan Berpaling DariMu - Rossa

My favourite song. Setiap kali dengar lagu ni, mesti teringatkan abah hana. Dia yg perkenalkan lagu ni kat hana. Sangat mendalam lirik, sangat bermakna. Subhanallah. Jauhkan kami semua dari sifat tidak bersyukur kepadaMu ya Allah.. Sentiasa dekatkan hati kamu denganMu dan tidak berpaling dariMu.. Nauzubillah, jauhkanlah ya Allah.. Amin.


Takkan Berpaling DariMu..

Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa-Mu
Yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Oh Tuhan anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Terima kasihku Ya Allah
Tuhanku anugerah-Mu
Anugerah-Mu

Tuhan sisihkan semua aral melintang di hadapanku
Dan buat terang seluruh jalan hidupku melangkah

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Tuesday, April 22, 2014

Tips Murah Rezeki by Irfan Khairi

*Sebelum anda mula membaca entry ni, adalah diingatkan entry ini hana share daripada blog Jutawan Internet di Malaysia iaitu Irfan Khairi. Korang if nak baca banyak lagi entry tak kira pasal business, Islam, daily life, boleh ke blog beliau yer.. Sharing is caring! ;)*
..................................................................................................................................
Rezeki itu bukanlah tertakluk kepada wang ringgit semata-mata. Ia juga mungkin hadir dalam bentuk anak-anak yang soleh, isteri yang taat, dikelilingi sahabat-sahabat yang baik, jiran yang baik serta saling menghormati dan berbagai lagi rezeki kurniaan Allah SWT.
Dengan adanya rasa syukur atas kurniaan-Nya, Allah berhak menambahkan lagi keluasan rezeki kita pada bila-bila masa dan juga berhak menarik kembali kemewahan yang telah dikecapi jika kita tidak bersyukur.
Tip #1. Menjalin silaturrahim
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
Kita dapat lihat di sini, bahawa dengan merapatkan silaturrahim Insya-Allah, seseorang itu akan dilapangkan rezekinya. Umat Islam sememangnya amat ditegah dan dilarang memutuskan silaturrahim, kerana ia akan meninggalkan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat khasnya.
berwudhuk
Tip #2. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa, telah menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta panduan mengenai beberapa perkara, termasuk mahu dimurahkan rezekinya oleh Allah . Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
Dengan menjaga kebersihan dan sentiasa bersih daripada hadas juga dikatakan punca kepada keluasan rezeki yang Allah akan kurniakan.
Tip #3. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah SWT. Ia menjadi penyebab untuk Allah SWT membuka pintu rezeki kita. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
Sedekah juga akan menyuburkan lagi rezeki yang diperolehi. Dengan bersedekah, harta yang diperolehi umpama sebuah pohon yang tumbuh segar dan mekar tanpa kerosakan. Jangan risau, Allah SWT akan melipatgandakan rezeki kepada pemberi sedekah. Bersedekah tidak akan mengurangi walau sedikit pun rezeki kita, malahan semakin bertambah.
Tip#4. Melazimi solat malam (tahajud dan lain-lain)
Terdapat keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan kita memperolehi rezeki, meningkatkan darjat kita, menjadikan diri dihormati orang dan doanya dimakbulkan oleh Allah SWT. Solat malam yang kebiasaannya dilakukan pada sepertiga malam sangat baik dijadikan sebagai amalan rutin demi mendapatkan redha Allah SWT, kerana pada waktu itu adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa, di kala suasana tenang dan sunyi, ketika insan lain sedang nyenyak dibuai mimpi.
Tip #5. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dilaksanakan sewaktu orang sedang sibuk dengan urusan duniawi (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Di dalam sebuah hadis qudsi juga ada disebutkan:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
..................................................................................................................................
*Hana akan update lagi yer nanti. Sama2 kita berkongsi apa yg baik utk kehidupan kita insyaAllah. Semoga Allah merahmati dan memberkati perjalananan hidupmu, jutawan Internet Irfan Khairi. =)

Monday, April 21, 2014

A New Beginning

Assalamualaikum.
Ramai yg request kat hana minta hana update blog pasal Engagement Day hana hari tu, macam mana hana jumpa tunang hana, macam mana tahu dia jodoh hana etc. Yeaa, rasa tak sabar juga nak update, tapi rasa bukan masanya lagi. Nanti bila masanya dah sampai, hana akan update ya? Don't worry. =)

Sekarang kita berada di pertengahan bulan April, maksudnya tinggal beberapa bulan sahaja lagi hana akan menamatkan zaman bujang hana. Cepatnyaa! Rasa masa berjalan sangat pantas! tentunya banyak perkara yang perlu diselesaikan baik dari segi persiapan perkahwinan, persiapan diri pun perlu juga. Since hana sedang cuti panjang sekarang, bolehla bantu mama hana buat persediaan serba sikit. Boleh la belajar masak sekali kan *ececehh* now hana masih sedang biasakan diri duduk di rumah fulltime, sambil2 buat bisnes via online, update blog, baca pasal wedding day, buku2 ilmiah berkaitan perkahwinan dan Islam etc. Just to kill the time. 

You know me tak suka bila tak tahu nak buat apa. Hahaha.. Sangat tak boleh tau dalam sehari kalau tak buat apa2, hana orangnya jenis cepat bosan pula. So, memang kena cari benda2 yg berbeza dan mencabar untuk dilakukan setiap hari. Pelik kan? But who's with me? i know i'm not aloneeeee! Hahaha..


kasi sneek peak siket.. Selfie on the pelamin is a must! Hahaha..

Sunday, April 20, 2014

KELEBIHAN KUALITI KAIN Premium Beautiful (PB)


Mulanya saya tak la tertarik sangat dengan Premium Beautiful (PB) ni. Konon rasa mahal. Tak sedar habis beli supplement kuruskan badan dan bayar gym tu lagi mahal. Approximately RM 500+ tu dah tetap dah, dahtu kena consume secara konsisten pula. Kalau berhenti, badan jadi naik balik. Then, bila tengok pulak banyak testimoni premium beautiful diorang jadi kurus dan bertambah cantik serta makin masyuk, hati meronta-ronta nak mencuba. Benarlah kata orang "Belum cuba, belum tahu". Dah cuba saya sangat yakin dengan Premium Beautiful.

Ramai tertanya-tanya, apa itu Premium Beautiful? Premium Beautiful merupakan pakaian dalam wanita yang terdiri daripada coli panjang, bengkung pinggang dan seluar dalam panjang. Set ini juga digunakan untuk membentuk kontur keseluruhan badan supaya nampak menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.

Teknologi pembuatan Premium Beautiful amat mengagumkan kerana gabungan pakar-pakar perubatan Jerman, Jepun, China dan USA. Mereka telah menghasilkan fabrik yang berteknologi tinggi dan canggih yang dipanggil Akwatek dan Akwadyne. Ianya juga telah ditenun sulam bersama-sama Sinar Infra Merah Jarak Jauh atau “Far Infra Red” (F.I.R).

  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
  • Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
  • Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.



  1. Cawan coli dengan tiga (3) keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.
  2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.
  3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.
  4. Dua (2) batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.
  6. Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang.
  7. Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk.
  8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.


FUNGSI BENGKUNG PINGGANG (WAIST NIPPER)


  1. Tujuh (7) batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.
  2. Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.
  3. Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.
  4. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
  5. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  6. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.




  1. Sebanyak 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
  2. Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.
  3. Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
  4. Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona.
  5. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  6. Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit.
  7. Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
  8. Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.
  9. Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.


immediate effect

  • anda yang mahu sorok lemak perut berlipat dan kurang kan beberapa inci ukuran badan serta-merta
  • anda yang mempunyai tubuh badan yang cepat naik dan cepat turun supaya tak terkejut bila tiba2 baju mengecil
  • anda yang mahu kelihatan lebih 'in shape, boobs n butt'
  • anda yang bakal mendirikan rumah tangga
  • anda yang sedang dalam pantang selepas melahirkan bayi
  • anda yang memiliki tubuh tak perfect contohnya apple & hour glass shape

long-term effect

  • anda yang mempunyai masalah haid tidak teratur, senggugut, gastrik, sembelit, migrain dan hangin satu badan
  • anda yang berusaha untuk memperoleh cahayamata
  • anda yang ingin mengurangkan berat badan
  • anda yang mempunyai sejarah keluarga dalam penyakit cyst and fibroid
  • anda yang menderita sakit tulang2, sendi2, pernah slipdisc or retak/patah

f
orever young & beautiful effect
  • anda yang inginkan kehidupan lebih bermakna, kebebasan dalam aspek kewangan, dan dikelilingi oleh rakan2 yang berminda positif!
  • anda yang ingin mendapatkan side income 4 - 5 - 6 angka sebulan ;)
  • anda yang mempunyai terlalu banyak masa terluang yang tidak digunakan sebaiknya
  • anda yang gemar melancong secara percuma =)


BERMINAT?Jom jumpa saya. Kita boleh cerita panjang dan saya boleh tunjukkan demo untuk penuhi statements for immediate effect ;) call or just sms pon boleh jer..

FB:Hana Huzaidy


CALL / Whatsapp: 013-4088263


Email: ainurhanahuzaidy@yahoo.com

Tuesday, April 08, 2014

Final Exam for Final Semester (6)


Assalamualaikum. Finally, ber-update pun blog ni. Hana baru habis study untuk last paper for final exam which is Fundamentals of Transport, dan spend sedikit time untuk update blog. Alhamdulillah, sampai sudah ke semester terakhir diploma in business studies selepas 3 tahun bertungkus lumus demi menggenggam segulung diploma. Thank you Allah for ease my journey. Walaupun ada juga aral halangan melintang sepanjang perjalanan waktu Diploma, tapi hana tetap bersyukur. Kerana setiap apa yg Allah takdirkan utk sesuatu benda itu terjadi, pasti ada hikmahnya. When I looked back, I'm so thankful for the people who come and go in my life cause they really taught me something that makes me feel grateful for who I am today. 

So, balik kepada topic, antara subjek yg hana ambil untuk Semester 6, Diploma in Business Studies UiTM adalah :

1. Fundamentals of Transport
2. Fundamentals of Insurance
3. Introduction to International Business
4. Operation Management
5. Entrepreneurship

Semuanya 5 subjek dan semua subjek berat2 yg ada banyakkkk sangat assignments dan presentation! Mata hana dah jadi mak panda dah lebam yg sangat teruk, tak kira eye bag lagi.. MasyaAllah dengan jerawat naik banyak kat muka.. Maybe sebab tak cukup tidur asyik tidur lewat malam jer dan mungkin sebab hormon juga. Harap cuti sem nanti dapat perbaiki balik apa yg tak betul kat muka ni, bukan nak melawa tapi at least we try kan to take care of our face. Takda la malu sangat bila nak berjumpa orang especially bila nak jumpa client. Ala, lagi pun Bb plus collagen kan adaaa, apa susahnya. Minum 1sachet sehari sebelum tidur pun esok muka dah glowing! Ya Allah, rasa tak sabar sangat2 nak habis exam ni! I'm praying hard for my final exam result. Amin. Till then..