Wednesday, May 30, 2012

Meet My Not-So-New Babyborn!

 Assalamualaikum.

Haiiiiiiii semuaaa!!Tadi baru lepas godek2 manual yg ada dalam kotak kat atas.Dah sebulan dapat baru nak belek.Bukan apa,mood nak belek segala instruction belum ada.So tadi bosan2 duduk rumah tak buat apa2 selain bertweet,ber-FB dan ber-blogwalking,aku pun ambil keputusan nak buat something yg berguna sikit utk hari ni.Ha sampai mcm tu la punya bosan.

Aku dah beli camera kesayangan ni pada 27hb April kalau tak silap.Beli secara door-to-door marketing.So senang la kan.Call bagi tau nak camera model apa,beberapa hari lepas tu pakcik tu mai bawa camera mana yg kita nak.See senang kan?Harga boleh runding insyaAllah.Harga asal RM1.9k tapi gunalah skill tawar-menawar anda!Mcm nak shopping jugak.hee So dapatlah dlm RM1.7k.Kalau kat area Penang,RM1.5k pun dah boleh dapat dah.Tapi kena pandai cari la.

Mula2 dia bawa yg black in colour.Tapi aku xnak la kan,sebab aku dok termimpi2 nak yg colour Merah(macam Yuna) hehehehe.So beberapa minggu lepas tu baru dapat.Sebab yg ni limited edition tau.Susah nak dapat. hee
So ini gambarSSS yg aku ambil sebelum aku baca manual dia.Memang tak lawoooooo.Tapi bolehhla buat kenangan.hehe

 Family.

 Friends.


 My beauty with brain friend,Madiha Liyana a.k.a Madhy. Pandai gila dapat 4flat utk dua2 sem Kat Matrikulasi.Ambil modul 1 pulak tu.tu aku pakai spec mata dia tau.Saja syok2.sebab dulu time form 1 aku pakai spec.Skrg tidak lagi!Tehee.

Kids.

Ada yang tanya aku mengapa Canon 1100D? Aku pun jawab :
1. Sebab warna dia Merah.Something different.Selalu kan dslr colour hitam.Bg aku nampak common.Sebab tu aku pilih yg ni.
2. Sebab nak sama mcm Yuna. hahaha macam tak logik kan?Tapi serious betul!Time aku nak beli tu,cerita pasal Yuna yg "Bintang di Langit" tgh hot di Astro Ria.Aku setiap kali episode aku tgk dengan mama.Memang teringin.Sampai google image berkali2.Belek2 kat screen.HAHA Lagi pun aku suka Yuna punya successful life.Sangat2 beri inspirasi buat diriku. Semua nak mcm dia ja.hee


Actually,aku tak da la minat sangat dengan fotografi.Cuma aku inginkan nice shot.Camera phone aku takda flash,so kalau keluar dgn family malam2 tak boleh nak snap2.Geram sangat.Best moment tak dapat dirakam :'(

Itu saja.Kemudian,beberapa hari lepas aku baru sedar kewujudan Nikon D3100.Ada juga colour Merah!!Heyyyy berombak dadaku!hahahaha Ingatkan canon ja ada colour Merah.Rupanya Nikon pun ada.Dan a bit cheaper than canon 1100D.Aku mcm nak sedih,tapi cepat2 positif balik.Rezeki aku yg ni.So yg ni saja lah.Semua Allah dah tulis.Belajar utk redha.K aku rasa mcm dah masuk topik motivasi.hehe.Okla itu ja aku nak bagi tau hee bye2!

THANKS FOR READING! :)

Sunday, May 27, 2012

Ding Dong Surat Utk Followers & Silent Readers!

Assalamualaikum.

Ada khabar baik dan buruk.Ok aku bagi tau khabar baik dulu ya.

Khabar Baik :

Kemarin bersamaan 26 Mei adalah Hari Lahirku.Genap sudah mama melahirkan aku 19 tahun lalu tepat jam 12 tengahari di Pusat Pakar Utara,Alor Star(kini Kedah Medical Centre).Jutaan terima kasih buat semua yg wish "Happy Birthday" kepada diri ini.Aku sangat menghargainya dan sangat2 terharu!!!Semua wishes di Twitter,aku print screen-kan dan tak lupa juga di FB.Terima kasih semua!!!
Semoga semuanya sihat2 belaka dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.Thank you Thank you!

Khabar Buruk :

Baru saja tadi,Laptop kesayangan saya tak boleh nak on.Tak tau lah kenapa.Mungkin sebab tak boleh nak install benda apa entah la.Aku bukan pandai sangat bab2 IT ni aduh.Jadi segala yg aku print screen wishes semua ada dalam laptop tu.Sekarang aku pinjam mama punya netbook utk update blog.Jadi mungkin lepas ni,aku akan jarang update blog.Janganlah rindu pulak yaaa hikhik*gelak sopan.

Twitter pun tak boleh nak active sangat sebab dia mcm harmful kepada software apa entahla aku pun tak faham kerenah komponen2 komputer ni haih :/ Memang aku nak kena bawa pi repair,tapi transportnya enggak ada.Mama dan abah tak bagi kami keluar rumah sepanjang mereka di sana.So tunggulah depa balik dulu baru aku boleh bergiat active kembali di lama "Burung Biru".Argh Ini sedih.

Semua yg terjadi pada hari ulangtahun kelahiran aku jugak akan aku update nanti.Sekali dgn gambars.OK?Maceh kerana memahami. K aku tak faham,buat mcm blog aku ni famous pulak konon ada orang duk sentiasa tunggu aku update.Hehehe.

Thursday, May 24, 2012

Selamat menunaikan ibadah Umrah Mama & Abah :)

Assalamualaikum.
Hai apa khabar semua? Cuma nak cerita sikit saja. Kemarin tanggal 23 Mei 2012 mama dgn abah dah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah utk menunaikum ibadah Umrah dan akan pulang pada 3 Jun 2012(Ahad).Ya Allah tak sabarnya menunggu kepulangan mereka.

Di Airport Alor Star,Kedah.

So kemarin kami ramai2 hantar abah dgn mama kat airport.Memang ramai yg menghantarnya.Kawan2 sepejabat abah,saudara mara abah dan mama dan kenalan rapat.Sgt terharu okay tgk betapa mereka sanggup hantar abah dan mama.Ya lah dari rumah ke air port dalam 20-25min jugakla kalau direct ikut highway.Thank you so much :)

2 orang budak baju jersi Msia tu sepupu aku,ayu dan arash.


Adik beradik depa tu.See muka pun sama kan?hee dan baju orange pulak,of course si comel adik aku yg bongsu.Hee Actually,kat rumah aku pakai jersi Msia jugak tau.Memang dah janji dah dgn ayu&arash nak satu geng.Tapi time nak pi airport salin la kan.Takkan aku yg dah besar gajah ni nak pakai jersi pi hantar mama abah pi umrah.Ya dok? :3



Tok belah Abah,Makngah,Atucu(adik tok)



Bersama family belah mama :) Sorry bad quality picture.Tak reti nak buat flash la. Kena belajar lebih lagi nih! :)

Adik,Abang,Ayu :)

Sudah tiba masa sesi menitiskan air mata.Sobs sobs.



Ok tgk makngah nangis mcm tu,aku pun turut rasa sebak. Bila nak salam mama,aku dah tak tahan weh.Nangis terus aku.Skali dgn kakak aku nangis.Kakak aku tu dahla air mata dia kering.So bila dia nangis jugak,aku lagi lah menjadi2.waduh2. Bila turn salam dgn abah pulak,ermmm tak terkata apa dah.Memang nangis terus.Abah pun nangis jugak rasanya.Mata merah2.Tapi mama tak nangis sangat.Cuma sebak la.Lepas tu abah terus cover pakai spec. Hahaha. Lawak.Pakat gelak kat dia.


Rasanya abah sedih nak tinggalkan adik2 kot,ya lah sebab depa kecil lagi kan.Baru darjah 4 dgn darjah 3. No worries.Kakngah dan long kan ada.hehehe.
Fyi,aku,kakak aku,adik dan abang duduk kat rumah ja bersama our maid dan atucu.InsyaAllah kami akan jaga adik dan abang sebaiknya :)

Time ni tgh beratur nak masuk balai berlepas rasanya.Sempat lagi aku zoom weh. Huu sedih2.12 hari tak jumpa mama dgn abah.Harap masa ini cepat berlalu ^__^

SEMOGA SEGALA URUSAN MAMA&ABAH DALAM MENUNAIKAN IBADAH UMRAH DIPERMUDAH DAN DITERIMA OLEH ALLAH  S.W.T.AAMIIN.

WE MISS BOTH OF U! <3

Tuesday, May 22, 2012

Perlis Trip : Day 1 - Jitra Mall & Tasik Darulaman


Assalamualaikum.
Ok bersambung,lepas balik dari sekolah kami gerak ke Jitra Mall.Tempat paling famous kat daerah Kubang Pasu lol Dulu outing pun situ jugak.So secara tak langsung memang terimbau kenangan dulu2 lah.hee

Dalam perjalan ke Jitra Mall.

Semua kereta tinggal kat Rumah Aufa(dekat2 dengan Jitra Mall jugakla). Lepastu naik satu kereta ke Jitra Mall.Aufa menjadi supirnya hehe

Sebenarnya,dari pagi memang tak breakfast apa2,so memang aku lapaq gila! Sebab tu tak sabar nak balik daripada sekolah agar cepat2 aku dapat isi perut ni ha.So wajibla muka pelahap gila la kan.Dah nama pun perut dok ber-okestra.


Lepas solat Zuhur + Asar sekali,kami bersiap2 dlam toilet dan snap2.Kami memang dari dulu mcm ni.Suka bergambars. ^___^

Lepas lepak Jitra mall,kami gerak ke Tasik Darulaman.Tasik paling famous kat Kedah kot rasanya?haha Ramai yg datang sini nak beriadah,photoshoot,lepak bersama family etc. Aku ni sebenarnya memang dah lama teringin nak naik kereta mcm kat kelab golf tu.Nama dia buggy ride.

Kami gilir2 drive buggy ride benda alah ni. Sewa rm12 untuk satu pusingan tasik :)

Sebelum balik,sempat lagi minum2 kat situ.Sebab si nuown ternampak buah nyiu(kelapa) hehehe So aku dgn dhiya layankan sajaaa.Aku of course dgn air fav aku,milo ais. dan dhiya Teh O Ais :)


Sebenarnya,ada banyak gila tau gambaq!!!Tapi ni ja la yg aku larat nak resize pun =.= So kepada tourist dari luar negeri Kedah,tasik Darulaman ni kena masuk list "Mesti Pergi" tau bila dah jalan2 kat Kedah ni.Sebab suasana dia sangat damai,seronok tau.Bersebelahan ja dgn highway Jitra tu.Kalau lalu highway tu,memang nampak lah.Aku rekemen kan datang sini waktu pagi/waktu petang.Sebab suasana dia memang best la wa ckp sama lu kak. :)

Overall,memang best lah day 1 perlis trip ni.Setelah sekian lama tak keluar rumah,akhirnya aku berjaya gak panjangkan kaki berjalan merata. Yeay baru lah remaja kan.Hee :D

Saturday, May 19, 2012

Perlis Trip : Day 1-Hari Guru

 Assalamualaikum.
16Mei yg lalu merupakan pertemuan semula aku dgn geng2 aku waktu sekolah menengah dulu.Setelah sekian lama tak jumpa.So kami plan,pergi sekolah sekali.Motifnya,nak ambil sijil SPM. Fyi,a day before,aku bermalam di rumah sewa kakak aku di Arau.Berdekatan dgn rumah salah sorang geng aku iaitu si dhiya ni jugak ha.So kami gerak sama2 la. Masuk ja dalam kereta,fuyoh bising gila!ahahaha yg jadi supirnya,Nuown.Sebut,nu-own. hahaha.Please jangan perati gambar di atas. Terserlah mcm ibu mengandung 3bulan wkwkwkwk.
So nak ambil kesempatan ni mengucapkan

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU2 DI MALAYSIA!

Ustazah yg ajar aku waktu form 5 dulu. Muka dia mcm "Erk apa ni?" hahaha yg bertudung hitam tu lah si Nuown.Yg menjadi supirku dgn handalnya.hee 
Aufa yg tengah dan kanan itu dhiya. Time ni biasalah kan,nama pun perempuan,so wajiblah masuk toilet touch up apa2 yg patut kan. Lepas tu aufa bagi keychain from Sarawak memandangkan dia belajar di UNIMAS. Seronok dengar dia cakap bahasa Sarawak.Nice! ^__^
 Antara aktiviti yg dijalankan,music chair.Main baling2 kain batik etc.Kami tgk dari atas ja. Ya lah,kang turun bawah org pakat tgk pulak. Seganlah =.=
Dhiya dgn aku depan kelas kami 5 Fikir. Teringat gila aku zaman sekolah dulu.Ada aku pernah snap gambar depan kelas mcm ni jugak time form 5 dulu,dan perbezaan sangat ketara.Dulu serabut gila muka.Sekarang?ermmmmm *bunyi cengkerik
 Depa ni mai awai lagi.Semangat betul.Ni semua budak batch aku lah dulu ni.
Time ni kat Pejabat Sekolah.Snap dulu sebelum ambil sijil SPM. lulz

Dengan cikgu Zul. Dia welcome kami gila2! Dari turun kereta sampai nak balik.Thank you cikgu :)
Dengan juniour2 Lamda(rumah sukan aku dulu).Sekarang dah besar2 dah.waktu aku form 5 dulu depa baru form1.sekarang dah form3 dah depa. Perangai pun dah makin matang yeay! :)

Ni kelas Yan,Aufa dgn Nuown.Kelas depa sebelah kelas aku ja.Dulu2 selalu la kalau takdak cikgu kat kelas aku,mesti aku lepak kelas depa.Waktu prep pun sama.Alah bukannya prep sangat pun,menyembang ja lebih hehe
Action 1
Action 2.
Hahahaha gaya tidur masih seperti yg dulu. Ni lah zaman sekolah,memang budak asrama suka tidur dalam kelas pun kan?Baik ngaku sekarang!Haha.
Ni kat area bangunan lab. Dulu dinding ni kosong ja.Sekarang dah mcm2 art depa buat.Nice :)
Keji gila muka aku.HAHA Alhamdulillah aku tak kena belajar benda2 dalam badan manusia dah sejak masuk U.lega gila.hahaha.
Kat kantin sekolah. Tempat rehat dulu2.Tempat parent melawat waktu weekend :)
Makcik kantin.Syok sembang dgn dia. :)
Sebelum ke dewan.Kat mana2 ja kami akan pose.lulz

Para guru.
Peliknya muka aku haha ni Maz,juniour aku merangkap dormmates aku ni dulu.Sekarang dia dah form4.yeay!how time flies kan. DUlu waktu aku form5,dia baru form 2.Dulu kecik lagi,selalu nangis kalau homesick.Ala aku pun sama ja.Tak kira umur kalau bab homesick ni.hehe

Sekolah dah makin maju.Dah ada team taian dah.Nice :)
Ni la kerja aku dulu.Tapi zaman sekolah,aku tak pernah rasanya dapat partner dgn Lelaki.Dgn perempuan pernahla,dgn Yuna.Yg lain2,aku single ja jadi emcee.Wuhu rindu nak cakap kat mic. hahaha. mengada.wekk.
Haaa diceritakan,emak si Munirah ni,cikgu sekolah rendah aku dulu.So aku kenalla dia kan.Dulu time sebelum dia masuk sekolah aku,dia tanya mcm2 kat aku pasal sekolah tu.Aku pun cerita yg postif2 saja la kan. hee dan sekarang,dah form5 dah dia.Dan jadi prefect lagi tuu.woww nice :)
With this lovely Adzmina.Adik dorm aku jugak dulu ni.Sayang gila kat dia.hahaha dah besar dan tinggi dah sekarang ^__^
Ni ja girls yang hadir. :)yg paling kiri Anis,dari langkawi beb sanggup datang jauh2!Dan kanan sekali,Bihah,kawan satu kampus UiTM dgn aku :)

Action 1.
Action 2.

Bising gila bila berkumpul tangkap gambar ramai2 mcm ni.Teringat waktu sekolah dulu hee.Oklah tu ja utk part 1. Lepas balik sekolah,kami ke tempat lain pulak.Haa nak tau ke mana?Stay tuneeeeeeeed! :)
p/s:Terima kasih sudi baca ^__^
Semua gambar disnap oleh Canon EOS1100D merah milik saya.Sorry size gambar tak berapa elok.Belum biasa resize gambar utk disesuaikan dgn size blog. =.=