Tuesday, May 31, 2011

yang terindah

as salam & hai semua!!rasa mcm lama gila pulak xhapdet noh.act,tak bz mana pun cuma malas ja.nk cerita apa ya,hmm aku dah start class beb.oke ar kelas aku mcm bes gak ar.kwn2 semua oke aje.no hal. :) cuma bila dok u ni,memang kena berdikari la.semua kena buat sendiri.pi HEA sendiri.pi HEP sendiri.wuu penat gak ar.
lagi satu,duit pula keluar macam air ja kot.laju gila.buat apa pun semua kena duit.buku2 pula bukan seringgit dua.berpuluh2.memang mencabar la.aku rasa aku kena belajar manage kewangan aku la.tak boleh nak main terjah ja beli semua barang.kena jimat2 juga.
ramai kata muka kami sama.sampai ada yg kata "korang twins ek?"haha dah biasa.kat sekolah dulu pun cikgu2 slalu confuse.tau dak,aku sedar2 dari lahir,memang aku dah kenal ILA.caya dak?HAHA.betuila.dulu rumah selang sebuah ja.pastu sekolah menengah sekali,satu u lagi.bestfrenforever nah! :)
p/s :pagi tadi aku mimpi something yg buat aku dok fikir smpaiskrg..astaghfirullahalazim.minta2 dijauhkan segala benda2 tu.till then,daaa2~

Saturday, May 28, 2011

MDS wuhuuuuu i miss u my blog

as salam & hai semua!!! wuhuuu skrg aku kat uitm merbok,kedah.online kat sini.baru aje habis minggu Destini Siswa.cis cis.seminggu beb aku mandi dan bgn tidur koi 3.30 pagi?mu boleh bayang dok?gila kijammmmm kann.nasib la seminggu aje.kalau sebulan.mata jadi panda,rmbut dah mcm hantu kak limah dah.hehe
so esk kelas start pukul 12-2 pm.kelas account.fyi,SPM dulu aku xamik acc pun.tp xpa.kita buka buku baru ye.ha lupa pulak nak gi tau.aku baru tau bila sem 3 dapat pointer 3.5 above,boleh sambung degree trus.maksudnya lagi cepatla aku habiskan diploma aku ni.
ha minggu ni aku tak balik rumah.caya dak???aku tak homesick pun wey.caya dak?minggu depan aku balik sbb adik aku bersunat.caya dak?hehehehehe k la nnt update lain.banyak gmbar tapi malas la nk upload.nak kena edit dulu.oke nah .tau dak rindu gila kat blog nomey2 niiii.mumuahhh!!!!
time ni 1st time keluar mkn kat luar dgn roomate.hee baru bangun tidur pastu terus kluar.sbb tu mata nmpak sembab.
p/s : i miss my home,my family,frens,blogger and my baby booo :'(

Friday, May 20, 2011

goodbye home,hello merbok!

aku akan rindukan mereka sobsob :'(
as salam & hai semua!semalam aku hangout buat terakhir kalinya dgn kawan2.sobsob.sebab esk dah nak masuk mengaji dah.wuuu seronok sgt kemarin.madhy dgn anis bermalam kt rumah pulak.lagi la syok kan.bergosip sakan siap makan dlm bilik aku lagi.buat mcm kt hostel nuh.syok2.hee tadi petang pulak buat barbeque kat rumah.dgn family sj.best2.wuu
so pasal esk,aku akan bertolak pukul 7 pagi camtu.then sampai dalam 8 lbh gak ar.bukan apa,nak dorm bawah.malas nak naik tangga ni.wuu.tapi kalau mereka dah tetap bilik,sokey la kan.aku tak kisah pun.barang2 alhamdulillah baru siap pack.
perasaan aku sekarang?50-50.syg nak tinggal rumah.tp seronok dan tak sabar nak belajar.woot woot.=.= lappy insyaAllah aku tak bawa lagi.lepas dah hbs orientasi kot baru bawa.so aku tggalkan anda dgn entry ni lah ye.jangan rindu aku tau!cewah perasan ja ni.wee so aku harap matlamat aku tercapai la noh.insyaAllah.kita buka buku baru oke.taknak ckp pasal spm lagi lepas ni.
oke lah,anda semua take care tau!dalam masa seminggu lagi insyaAllah aku hapdet lagi.bye2 semua!
p/s : doakan aku tak homesick tauu!

Tuesday, May 17, 2011

This Best Bro!

as salam & hai semua.wah wah hari ni nak tunjuk gambar masa aku kecik2 dulu nih.tau dak aku ciwi sgt!sbb ni my 1st gambar time kecik2 yg ada dlm laptop.wuu terharu.thanks syidah utk gmba2 ni.fyi,syidah ni kawan aku dari tadika lagi smpai sekarang.yeah! :)
syimah.aku.syidah. *syimah dgn syidah adik beradik2.
aku macam dak laki an?dgn rambut pendek.girls yg lain nomey2 aje rambut pnjg ikat pakai getah strawberry.aku?xpayah ikat.haha dulu kecik2 tersangatlah hyper.buaih aku ni dulu2.tp tu la yg buat childhood days aku tersgtlah seronok!
syimah.aku.syahirah
aku yg kat tengah.yg tengah nengok camera tu.time ni 6 tahun.hee rindu wey!!
p/s : klik gambar kalo nk tgk dgn lebih jelas.thanks! :)

Monday, May 16, 2011

sekitar Hari Guru di SMSKP

as salam & hai semua.firstly,aku nak ucapkan..jeng jeng jeng..
SELAMAT HARI GURU!
oraite,abah macam senang gila lepaskan aku pergi sekolah hari ni.kali ni,aku menjual nama aufa pulak.dulu aaliyah.haha macam2.so memandangkan aufa a.k.a bambam dah ada lesen.tunggu apa lagi kan,dia jadi supir aku la pulaks.thanks a lot weyyy!susah2 aje.dah tu siap nak belanja aku pulak lagi.padahal dia yg drive-kan utk aku.wee

meet my bestfriend,Nurul Aufa bt Abd Majid :)
bersama guru BIOLOGY + GURU KELAS + MENTOR saya.
siyes cakap,cikgu2 kan bila kita dah keluar sekolah then kita melawat depa,depa rasa syok sgt.cthnya cikgu zurinah la.cikgu ni memang kenal aku sgtla.dah nama pun aku mentee dia kan.nak story sikit,dulu aku tak minat gila biology*sekarang pun.then satu haricikgu panggil aku and ajar aku seketul2 pasal bio ni.dan dia ada brainwash aku sikit.wuu nangis aku wey!time tu mmg rasa mcm dah tak sempat nk cover sbb spm dah dekat.tapi alhamdulillah berkat usaha aku yg last minute sgt sgt tu,aku credit la jugak BIO.hahahahha.credit pun oke la wey dpd failed.wuu
bersama Ustazah Halizan + WARDEN TERGARANG DI HOSTEL. :)
haaa aku memang excited gila time jumpa ustzah tadi.haha lawak gila.tau dak aku tny la dia mula2.
aku : ustazahh!!!kenai saya lagi dak???
ustazah : haa mestila kenal ni awak yg selalu kena marah dgn saya dulu.
hahaha niahhh amik.hahahha syok2.ala taknak la ungkit benda lama kan,biarkan dia berlalu pergi cewah.haha dulu asal tgk muka dia ja mesti rasa mcm cuak+fobia semua ada.tp skrg,well aku bukan pelajar skola lagi.haha berlagak gila.
yeahhh bersama adik2 dorm + rumah LAMDA sekalian.
oraite.time jumpa dgn juniour2 ni tak payah cakap la riuh tera mana kan.wa terharu gila beb..tak sangka depa nak mai salam kerumun aku ramai2.syok2.rindu pulak kat depa.gmbar ni sebahagian ja tau.ada lagi.tgk fb.wiwiwi.pastu biasala kan,aku sempat gak bergosip dgn adik dorm aku tahun lepas tu,adzmina.adik comel tu baru form 2 ( yg dok sebelah aku buat peace tu)
kemudian,wah wah.acara kemuncak ni..kami bawa adik2 ni fly woo.caya dak caya dak?cayala..aku tipu ja.hoho.just bawa depa round2 sekolah then berhenti depan hostel.haha syok gila kot.riuh sgt2 dalam kereta tu.dok ciwi la.aku pun dok buat hingaq sekali ha.wiwiwi.pastu singgah beli kfc.kemudian pusing balik pi bagi kat adik2.kesian la pi tgn kosong.aku pernah rasa mcm mana.pastu arah balik aku pulak drive.ciwi!!!haha okela smpai ni ja kot.rasa mcm pnjang gila entry ni.k k till then,daa~
p/s : tahniah kpd niena & ashran sebab dapat biasiswa MARA.cayalah! :)

Sunday, May 15, 2011

wanita by d'hearty

as salam & hai semua.semalam kan aku terfeel sorang2 pulak lagu mcm title kat atas ni.tacing sgtsgt oke.act,ni lagu nasyid.kalau nak dengar sila klik sini :)
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
kenapa model heliza helmi?sebab aku mcm admire jugak dekat dia sikit2.dlm ber-fashion beliau tetap jaga kesopanan diri gitu.dahla comel,mata bulat pulak.jeles tahu.hee haa baca tak part yg bold tu?mendalam kan.suka suka.

Thursday, May 12, 2011

as busy as a bee

as salam dan hai semua!whoa whoa hari ni tersgtlah letih!jadual hectic sgtsgt!ok pagi2 dah ikut abah pergi ofis.then 10pg pegi latihan memandu kereta.aku ada lagi 4 jam.kemudian,balik pejabat abah semula.jalan kaki dalam 2km ke pejabat mama time tengah hari rembang.then balik,sembahyang+makan..pastu pergi hospital kangar.teman kakakku tersyg!hbs tu pulak,pergi alor star melawat kawan abah kat hospital besar Alor Star.then,singgah rumah tok kejap dan singgah rumah kawan abah hantar lappy long yg rosak tu.kemudian.barulah balik ke rumah dalam 7malam lebih2!!*kalau baca dalam satu nafas baru feel betapa penatnya!wuu
oke sejujurnya aku suka dgn kesibukan ni.ya la,selalunya dok memerap dekat rumah ja kan.so bila dapat jalan2 cmni rasa mcm syokla.ada juga benda berguna yg aku buat.oke 9 hari lagi nak pergi.sobsob :'(
p/s : aku masuk 21mei.seminggu orientasi berakhir 27mei.family xleh dtg melawat.bufday aku 26mei.aku dpt rskan hari tu nnti.k bye :'(

Tuesday, May 10, 2011

blog review 1# Azyan Rosley


as salam dan hai semua!waah pagi2 membuta lagi aku dah update ni.dah lama rasanya aku bangun awal sembahyang subuh then terus ja menghadap tv tgk MHI,takpun rancangan memasak.ewah2.ni mcm aku review pasal aku pulak.hee oke la janji tetap harus dikota kan kan.
haa nampak tak gambar gadis mata sepet ala2 korean look tu?dia lah kawan baik geng saya a.k.a yayan!!yayan yayan!suka pggil dia yayan sebab entah nmpk comel dia dgn nama tu.nnti kat u suwoh kwn2 pggil hg yayan tau!buleh hg teringat dkt aku.haa cakap pasal U ni dia dapat Unisza beb course TESL.pergh sakan.jauh kot kat tganu.ya dia memang terbaikkk dlm subjek Bahasa Inggeris.ranking dia top la kat sekolah.
nak tau dak time spm kan kami rapat2kn katil mcm rapat2kan saf tu.dia tidur sebelah kiri aku dan sebelah kanan aku pulak aaliyah si comel.kira aku dok tengah la kan.si yayan ni time SPM bukan dok baca buku sgt pun.yg dia baca novel English hat tebal2 tu.apa tah tajuk.Breaking Dawn kot.aku dan selak2 ja.pastu terus tak jadi baca.aku hairan gila mcm mana dia boleh khatam novel tebal2 camtu banyak2.erm so no wonder la English dia top kan.wee
dlm geng kami dia lah yg terpandai.result SPM dia lah yg tercemerlang*ada ka ayt ni?wee.seronokla kawan dengan dia.syok manja2 dgn dia.wahahaha!yayan ni baik oke and single lagi.ya masih single.hee yayan ni mmg jnis pnyabar jugak dgn aku.kadang aku dok membebel kat dia kan dia dgar ja.wee sayang hg manyak2 yayan!
p/s : klik sini utk review blog yayan.

Sunday, May 08, 2011

ommaa aa :)

as salam & hai semua!!waah alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga update belog ni tau dak internet slow ya amat.sabar ja la padahal dalam hati ni dok kata "ai ai dia baran dah..".what the?*kakyan pinjam trademark :D seperti yg semua tau la kan hari ni ialah hari kita memberi penghargaan kpd mak2,ibu2,mama2,omma2 kita.wait!omma?apa tuuuuuu?omma tu mama la dlm bhsa korea xtau la ejaan btui ka dak.aku suka pggey mama dgn pggilan OMMA aa kadang2.tah rasa syok cena tah.ada slank oo.oMMaa AA~~haa ce ikut sbut. :D so..
SELAMAT HARI MAMA kepada Puan Faizah bt Hashim!!
mama saya nampak muda kan?nanti aku besau jadi awet muda cm mama la.ya la nk tgk kita time dah berusia nnti tgkla ibu kita kan kan? :)
oraite mcm biasa la.pengorbanan seorang ibu ni xpayah ckp la kan semua org dah tau.kalau aku kat hostel ka kat kem PLKN ka,aku selalu la jugak call rumah.kadang2 buat miss call kat number rumah then satgi mesti mama call balik.hahaha nak jimat kredit.biasala dok dalam jail.wuu.selalu kalau nak kirim barang apa2 mama jarangla silap bawak barang ka apa,semuanya dipenuhi dgn sempurna.

seee see mama boleh masuk dgn anak2 dia baik yg remaja ataupun yg masih skolah rendah tu.awat tiba2 rasa cam sebak ni? :'( ermmm boleh dikatakan aku banyak jugak buat perangai.tapi sejak2 besau ni aku dah try taknak jadi suka bebai cm dlu2.agak2 dah berjaya sikit.so tkdala pning kpala mama ni nk memikirkan anak dia yg ni kan.wee
lagi satu,pada pandangan aku la mama ni seorang anak dn juga menantu yang rapat dgn mereka dan baik sangat.dengan aku pun mama senang sikit kalau nak try bawa kereta.so syok la kan camtu.2kali dah bawak kereta dgn mama even lesen L xsiap lagi.hoho.

THANK YOU MAMA I LOVE YOU!

nama pun penghargaan kpda mama,so aku pun sedaya upaya lah pujuk si hero tu utk beli bahan2 nak buat kuih cornflakes ni ha.biasala pnganggur terhormat mesti org belanja wey. :)
mula2 buat tu aku rasa mcm pelik ja cornflakes ni,tapi takpa lagi buat jugak then bakar.jadi!so aku truskanla dgn yg lain2.tgk2 butter terlebih lak dah.adui trus jadi berminyak cmna tah.
psst ni 1st time buat sndiri dgn bantuan kaktut.selama ni buat dgn mama so nampak sgtla I NEED U MAMA.hurm :'(
bila geng2 cornflakes yg xjadi tu kluar oven kan,aku rasa mcm "ya Allah.awt jadi cam ni?!!"sambil dok meroyan sorang2 kat atas lantai.gila mcm tak percaya.banyak pulak tu.adoii time tu memang dok terbayang dah muka bengis si hero nak marah orang buat tak jadi.pastu bila bg tau trus kena marah.see aku dah agak!wuu tetiba ja air mata brguguran mencurah2 ke lantai.sob sob :'( sensitip ai bab2 ni.dahla xjadi pastu kena marah pulak.what the ha?dok terasa tak payah kata la.aduii.tak pa biar biar.

pastu petang tu pulak brooch I love MAMA.memang pandai ar timing.elok2.so bagi terus ja.pastu mama rasa cornflakes yg jadi tu mama kata sedap.pergh!hilang kesedihan ni tau aitellyu!whoa.best gila time tu.rasa mcm waaah bgganya.heee
tiba2 ja rasa mcm panjang entry ni.ok stop duluk till then daa~

Saturday, May 07, 2011

UiTM Merbok,Kedah

as salam & hai semua!whoa whoa.tadi aku dah check aku dapat UiTM mana.so jawapan dia mcm dekat tajuk entry la kan.hee aku rasa biasa ja sebenarnya wey,tak sangka nak dapat situ.aku dok aim uitm arau.sebab dekat dgn rumah dan bolehlah balik setiap minggu.tapi..sekali dapat kat Sg.Petani daa..dekat pulak dengan rumah tok aku.hahahaha.sebab tu aku rasa biasa ja.wee

credit to hencek GOOGLE :)

tadaaaa!!!nampak tak betapa semangatnya aku nak masuk 21 Mei ni.apa apa???21 Mei?ada lagi 1 minggu dan lebih.whoaaa terkejut gilaa la awat cepat sangat.sumpah tak tipu memang terkejut sgt sgt.tapi takpa semangat tu penting tak sabar rasanya nak belajar apaa yg kita betul minat dan nak.wee

credit to hencek GOOGLE :)

dekat uitm merbok ada ramai lah jugak seniour2 kat SMJ dulu.wee.syok2..okey la nak bg tau yg tu ja.till then,daaa~

p/s : sila click pada TAJUK ENTRY utk comment oke semua?blog ai canggih cket.wee thanks!

Friday, May 06, 2011

Alhamdulillah!

as salam & hai semua!
wuah hari ni mmg btul2 ada miracle yg terjadi!sebabnya aku dapat masuk U!wuah!

UiTM-Diploma Pengajian Perniagaan!

yesyesss!!!bsyukur sgt dpt 1st choice aku.memang ni yang aku dok berharap sangat.wee! syokkkk!

p/s : terima kasih kepada ira kerana sudi mgedit blog ini!muamuah!

Tuesday, May 03, 2011

blog review 1# zahier aiman

as salam & hai semua!eh macam 1st time ja kan aku buat blog review cam gini..tkdaa la saja2 ja.hari tu hencek zaher kita ni buat special entry buat aku.cewah kira aku nak balas balik la ni.*tacing dak zaher? :D

zaher aku xtau sapa yang snap ni.candid pic ni lawo! gambar ni time prep malam,baru lepas celeb bufday aku ngee

oraite nak imbas balik kan.aku kenal si zahiaq ni time form kat smskp of course la sekolah TERSAYANG tu kan.wah.aku ingat lagi 1st time aku jumpa dia time mula2 aku masuk prep malam kat kelas tu.si zaher ni satu kelas dgn aku la.kedudukan meja pun mcm selang 2 orang cam tu ja.so dia la yang dok mai buat ramah dgn aku tanya nama semua.tp sygnya si zaher ni tak igt kot.dia kata dia perasan aku kat lab.what the??*trademark kak yan ngee.haa mungkinla ramai sangat kot yang dia tegur tu sampai xperasan.whoa.


okay part puji pulak.si zaher ni oke la dengan aku.sometimes aku,dhiya dgn una(bff) rasa mcm dia ni annoying sangat.kadang2 aku suka buat muka kalau dia dok buat hal dalam kelas.wakaka.tapi seronok la kawan dengan dia wey,dia ni macam pentingkan kawan gila-gila.boleh ngam gakla dengan aku.sebab suka tidoq dalam kelas.then dia suka dok ketuk2 meja aku,goyang krusi dgn keja aku time aku tidur dgn amannya.it was like"arghh!!!!"

lagi lagi..aku rasa dalam banyak kawan2 yg bernama lelaki yg aku ada,dia ni lah yg paling rapat kot.maksud aku senang nak menyembang,nak bgosip dan kalau nak cerita masalah pun buleh la jugak.dia jenis simpan rahsia la.biasala nama pun satu kelas dari form 4 & form5.eh nak cerita memang panjang ni.
tetiba ja kan teringat zaman sekolah dulu pi prep malam2.sambut bufday sekali.waahh!

tadaa!!ni lah zaher yang moden bukan budak sekolah.


p/s : sekarang nak letak gambar sapa2 dlm blog pun rasa curiga gila.kroh kroh.

Monday, May 02, 2011

IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY

assalamualaikum & hai semua!! oraite GA lg noh??aku telah di tag oleh miss jenny jaja kita.sorry late sikit sebab baru balik ja.haaa jom ramai2 kita pakat join GA oleh kak izyan kita ni..

klik
sini



haaa!!taknak buat karangan panjang2 3000words lah sebab tak pernah dapat A+ pun utk BM.whoa.


dear kak izyan masri, : ermmmmmmmmm aku kenal dpd cik jaja kita la.daripada tu start komen2 dgn kak yan.haa kak yan ni memang tak pernah missed la xkomen setiap entry kat belog aku dgn tulisan "caps lock : ON".ngee
lagi lagi..kak yan ada bisnes sndiri tau kat fb.cuba klik sini.


okay cakap pasal entry,setiap entry beliau sangatlah panjang dan mesti selalu diselitkan dengan cartoon lukisan sndiri mungkin.dan yang pasti kak yan selalu jugak hapdet waktu pagi.ceaa aku tau la sebab bila aku bangun awal then bukak blog,mesti ada entry daripada kak yan kita
lagi lagi..kak yan pernah jugak buat tuto utk pakai shawl ala2 hana tajimun.opsss hana tajima bukan hana bunga.jangan salah faham ya kawankawan.jengukla blog beliau kalau nak tahu k.


oraite 2 orang mangsa tag :


azyan rosley


anis nur amalina

Sunway City,Ipoh Perak :)

salam & hai semua!hari jumaat hari tu family aku saja la ikut rombongan pejabat mama pi Lost World of Tambun,Perak.best tu memang wajib la kan?tapi..aku tak try pun papan gelongsor yg tinggi2 dunia tu sebabnya aku tak berani sebabnya mama tak berani sebabnya abah tak mandi sebabnya abah nak rileks2 sebabnya nama pun hujung minggu.kan?banyak tak alasan aku?whoa.


tadaaaa!!!buktinyaaaaa~

act,aku jenis malas nak bercerita melalui taipan ni,sebabnya aku malas sebabnya aku tak larat sebabnya aku tak mahu.whoaa..so biar gambar yang berbicara okeh?





the most part yg paling sweet!!aku saja la main tembak2 tu haa.tgk2 kena tepat pada sasaran*org pernah pegang M16 wey.ehem2.hee





so dptla teddy bear kat ats ni..cuteee!!!aku ni bukannya jenis layan bear natang alah semua ni.tp bila kita dapat hasil usaha sendiri tu peluk tak mau mau la.wee~




long pun dapat jugak.tp abah yg main lontar syiling pabenda tah.dapatla teddy bear sebesar dunia kat atas ni..hee




malam pulak kami pergi main air panas!!!!memang panas.dan aku tak berapa nak boleh tahan air panas sebabnya terlampau panas!ngee