Wednesday, August 24, 2011

Beriftar di Central Square :)

Assalamualaikum & hai semua!! kemarin aku dgn roomate,tikah beriftar di Central Square,SP.ya ya memang aku pun dah boring pi situ.aku dah boleh hafal kedai tu tingkat berapa,baju kat kedai tu jenis mcm mana.oh bosan.ya lah,kampung aku pun kat sini.habis aku pulak mengaji kat sini.asyik-asyik pi tempat yg sama ja lah.nanti nak try pi tempat lain pulak lah.


oh ya,kemarin aku drive sendiri ya.Sewa kereta Viva yang baru ja beli dan plastik pun tak buang lagi.aku rasa macam lawak gila bila abang kedai sewa kereta tu kata "jaga elok-elok nah kereta ni.jangan bagi calar"..ooemjayy hahahaha macam tak percaya kat aku ja abang tu.puih :D
mula-mula rancang nak keluar dgn classmates kat atas ni.tapi last minute keluar dgn roomate.tapi takpa.kami jumpa jugak kat CS tu.bukan besar mana pun.pi mai pi mai tang tu jugak aih.tikah kononnya nak buka kat KFC.tapi pukul 7mlm dah full gila kat KFC.lastly serbu kedai makan yang kosong ja lah.hmmm :'(


lepas tu,kami pergi buat Hair treatment.best gila okeyy!!ni first time aku buat.jakun gila kan aku??wuwuuu~ harga kat situ pun best.ada promotion untuk student.lagi pun ramai ja budak uitm yang selalu pi situ.nama kedai tu aku lupalah sorry :'( kalau nak tau jugak boleh text aku kat 013-4******3.hehehehe.number 3 tu yang mahai tu.
lepas tu kami balik lah.dan peristiwa yg aku takkan lupa.aku tak angkat hand-break time drive dari CS sampai UITM.setibanya di kedai kereta sewa,berasap satu kereta macam tengah buat barbeque kbai =.=


p/s : esok malam aku ada test Management dan lepas test aku nak balikk rumahh!!yeahuuu!!

Sunday, August 21, 2011

REVIEW # Novel "Sayangku Merajuk"

Assalamualaikum & hai semua! haa hari tu dekat entry ini aku ada mention nak buat novel review "Sayangku Merajuk" kan..so Mempersembahkan sebuah novel karya Ayu Emelda,"Sayangku Merajuk" !! jeng jeng jeng..


fyi,aku dah karang sikit punya baik lah entry untuk novel review ni.tapi server down tiba-tiba.tak boleh nak publish.otak aku pun tiba-tiba down dan bila nak retype entry jadi blurr semacam.*apakah?
Berbalik kepada novel ni.omg novel ni best sangat sangat sangat!serius tak rugi beli wa cakap sama lu.


first of all,yang buat aku tertarik nak grab novel ni mestilah cover luarnya yang memang boleh menarik minat pembaca nak bertenggek kat novel tu kejap buang seminit dua.Memang tak dapat dinafikan cover dia memang menarik.don't judge a book by its cover.tapi hey peduli apa aku.yang mana yang menarik,yang tu lah orang rembat dulu.*dak bisnes bercakap.hehe

Yang kedua,tajuk novel ni sama menarik."Sayangku Merajuk".haaa kita mesti tertanya-tanya kenapa dia merajuk??berapa lama dia merajuk kan??best lah novel ni memang uols kena try baca.roomate aku pun kata best.dan yang seorang lagi tak suka bab-bab novel ni,tapi bila dia try bukak baca terus ja melekat.winks~



oh ya aku beli novel ni kat MPH,Tesco,Sg.Petani.Harga RM21.00.standard harga sebuah novel lah kan..
Tempoh pembacaan aku berhari-hari jugaklah sebab aku just spend time sebelum tidur untuk baca novel ni.ya lah mana nak feeling baca novel,mana nak message dgn Encik Pujaan Hati lagi kan.hee tapi kalau betul-betul focus baca novel ni satu hari,memang dijamin boleh khatam!

BULAN MADU AIREEN hanya bertahan seketika cuma...
apabila ijab dan kabul seakan termetri tiga purnama saja.
Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana dan sirna.
Wanita mana tak meradang… hati mana tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga.
Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg!
Tetapi sayang, pujukannya hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan.
Dia tega mengalihkan cinta pada lelaki lain.
Biar Shahir merana... biar padan dengan muka!

Tapi bagi Shahir cintanya adalah yang pertama dan terakhir.
Walau rajuk Aireen panjang berjela...
walau jelingannya sering saja menggoncang iman di dada.
Dia tak mungkin mengalah!
Apalagi dengan kehadiran Dyra dan Fyra...
sebagai penyambung kasih... bukti cinta.

Namun, bahagia yang dicari sering sahaja dilanda onar.
Kehadiran Madam Anna sering membawa bencana.
Laura pula menjadi penggugat dalam bahtera berumahtangga.

Akibatnya, api cemburu dan benci menyebabkan
insan tidak berdosa menjadi mangsa.
Dan mungkinkah kesabaran seorang suami
akhirnya akan kecundang jua?


Jadi amacam??agak-agak dah terpikat dgn novel ni??alah tak payah renung2 lagi.rembat ja terus.tak rugi pun!haa lagi pasal novel ni yang aku suka sebab adanya watak si comel kembar Dyra dan Fyra.comel sangat sangat.tambah2 part depa nyanyi lagu Justin Bieber-Baby.hahaha sumpah lawak teruk!!aku pulak memang berkenan sangat lah dengan si kembar ni kan.memang feeling habis lah konon macam anak aku pulak nanti.weee


Pengajaran dpd novel ni ada banyak.Jangan percaya dengan orang yang kita baru kenal sebab kita tak tahu background dia mcm mana.Antara dua orang yang kita baru bercinta dgn yang kita baru kenal.mana nak pilih??*tangan di dada mata ke atas.So uols,rasanya sampai sini ja lah kot.tak sabar nak bawak balik novel ni for my mom.Dia pun minat jugak bab novel ni.my dear sister kalau nak join pun boleh jaa.omg rindunyaa kat depa :'(


p/s : blog dah gantung ketupat.lagu pulak dah feeling raya.tak sabar nak balik rumah (!)

Wednesday, August 17, 2011

ke-GREAT-an (!)

Assalamualaikum & hai semua (!) beberapa hari yang lepas.Aku,Nadiah dgn Huda(kawan nadiah) keluar buka puasa kat luar.it was a GREAT experience.you know why?yah wait for my story jeng jeng jeng..


tengoklah muka GREAT aku!! =.=

kenapa aku kata great?oh yah semestinya sebab 1st time aku berbuka dgn set Buka Puasa McDonald.dengan air pepsi nya memang terbaiklah untuk perut kosong kan.aku dah order nak tukar kepada milo ais tapi miss cashier tu careless betul.dok ralit apa tak tau lah.haih =.= akhirnya aku rembat air Nadiah.hehehehe.

oh ya mesti uols wondering kan sebab apa tak berbuka makan nasi dan lauk-pauk yang enak seratuslimapulohjuta kali ganda daripada McD tu kan?hmmm sebab..kat Central Square(CS) pkul 6.15pm semua restoran dah full.ooemmjayy full tahu!memang takda pilihan lain melainkan beli McD bungkus dan merempat lah kat mana sat.serius rasa macam dianaktirikan *okay buat teruk.

Nasi Putih dgn lauk apa entah.Ayam masak lemak pedas kot *ada ka menu tu?hentam ja lah.

Lepas sembahyang Maghrib,kami pun pergi lah melantak kat satu restoran ala Thai ni.masih dalam CS.aku suka susun atur restoran tu.ala ala Thai gitu.boleh makan bersila kat bawah lagi.best.rasa macam santai sangat.haaa time kami pi tu.dah licin orang!!semua pakat kenyang balik rumah tidur.legaa.

Yang ni tomyam lah kawan-kawan.bekas yang bawah tu ada api tau.Aku rasa macam unik sangat sangat.sebabnya tomyam tu akan sentiasa panas.Memang menyelerakan.aumm! sedap! aku habiskan semua cuma tinggal sikit-sikit ja.tu pun sebab memang dah cannot go.kalau makan lagi,rasa perut aku memboyot dan meletup!okay lah makan kat situ.Harga standard lah.sedap pun sedap.lain dpd yg lain *okay aku promoter tak bergaji.
meet my friends :: Huda :: Nadiah :: Hanabunga *snap pakai self-timer ja sobsob

lepas makan dalam pkul 9 malam,Huda cakap dia nak cari baju kurung untuk raya.so kami pusinglah satu CS tu carikan colour brown yang dia nak.pusing pi pusing mai still tak jumpa.at last,masuk First Lady punya kedai.time tu dah pukul 9.45 malam.kedai pun dah nak tutup.hahaha serius cuak gila bhai.

lepas tu,nak balik pula satu hal.teksi takda omg cuak cuak cuak!tapi tak sampai 1 minit,ada sebuah teksi ni lalu.terus tahan.aku terus naik tak fikir orang lain dah.hahahaha cuak punya pasai.serius tak pernah keluar sampai pukul mcm tu dgn kawan-kawan.heee sebab tu lah it was a GREAT experience (!) winkss~

p/s : doakan aku dapat buat Quiz Account esok ya.thanks uols :)

Monday, August 15, 2011

bukan senang nak senang.

Assalamualaikum & hai uols (!) kali ini entry rasanya tak panjang macam yang ini.kali ni cuma nak nak meluah,merintih,mengadu etc.hmm everything becomes harder now.entahla.semuanya serba serbi susah.kehidupan kat campus ni,semakin rumit.sebab..semakin lama,semakin susah aku nak balik rumah.tolonglah percaya ini bukan satu penipuan.serius.tapi..bukan ni yang aku nak ketengahkan..cumaa.semakin hari semakin stress lahh (!)

Sebelum tu,mai nak list-kan subjek aku untuk Semester 1 ni :
Financial Accounting (ACC 106)
Business Mathematics (MAT 112)
Fundamental Management (MGT 162)
Prinsip Asas Islam (CTU 101)
Consolidating Languange Skills (BEL 120)

Yes aku tak ambik subjek KOKO sebab aku dapat pengecualian PLKN.okay ni part paling bestlah sebab aku tak payah susah susah bangun awal pagi semata-mata berkawad.hoho..yaa tapi...bukan yang ni jugak aku nak cerita.
Actually,kemarin aku dapat result test 1 Management(MGT).ok aku frust sangat sangat!but then,alhamdulillah sebab lecturer sudi naikkan markah aku.syukur sangat sangat.aku pun tak tahu kat mana aku silap.time jawab paper tu,aku rasa macam cukup confident.aku boleh jawab semua cuma certain soalan saja tak berapa nak sure.macam siot gila kot,paper yang kita boleh jawab tak dapat markah macam apa yang kita nak..hmm.


Paper account(ACC) pulak,aku ingatkan dah nak dapat markah teruk.but then..alhamdulillah again.tak seperti yang aku jangka.markah aku okay lah jugak nak dibandingkan dengan sangkaan aku.hehe..pagi tadi pulak aku ada quiz MGT.okay macam %^$^#! gila kot!!haihhhhhhh =.= idk lah.semuanya jadi susah sekarang.tacing aaa macam ni.


Keadaan tak semudah yang kita sangkakan.jauh lebih susah.susah sangat sangat.esok pulak,ada test CTU.ooemmjayyy.aku tak baca apa lagi.uols tau dak,semalam aku sempat lagi baca novel Sayangku Merajuk sampai khatam * nanti aku buat review. sedangkan time tu aku tak baca lagi utk Quiz MGT pagi tadi??patut dak patut dak?haih aku pun tak taulah apa nak jadi dengan aku ni.angan-angan tinggi melangit tapi usaha tak banyak mana.so what i should do haa uols?lebihkan usaha?


aku rasa test MGT hari tu aku dah all out.tapi markah amat menyedihkan.padahal malam tu aku study sampai lewat malam lepas aku tengok tayangan bola free kat stadium badminton.erk mungkin sebab tu aku dapat markah sikit kah keesokan harinyaaa??????*tangan di dada mata ke atas.sekarang tak tau nak buat apa.i need to call my mom.she is my strength.ommaaa ommaaaa~~ nak balikk :'(


"***,bukan senang nak senang ok.takmau susah tak payah belajaq.dok rumah menikah ja.kalau nak senang semua baik tak payah ada exam.tak payah ada pembelajaran.masuk u.tak payah buat apa apa.pi kelas dressing lawa-lawa.cukup masa graduate.dapat diploma,dapat degree.boleh macam tu??" . - amed kundo

Saturday, August 13, 2011

kalian akan rindu Ramadhan jikaa...

Assalamualaikum *tak jawab berdosa,jawab syg hai apa khabar semua??macam mana hari ni dah masuk hari ke-13 kita berpuasa.ada yang dah ponteng??for girls mmg ABC but guys?ada yang tinggal puasa atau tak puasa langsung.ish ish *tangan di dada mata ke atas

janganlah macam tu.puasa tu wajib.bukan sunat.so memang wajiblah kita berpuasa di bulan Ramadhan yg penuh dengan kemuliaan dan keberkatan Allah.lagi pun,dari kecil lagi kita diajar menyanyi Rukun Islam.berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun yg ke berapa kawan-kawann??yaaa rukun yang kedua :) *ada feeling mcm kanak-kanak tadikaaa tak?puih.

so uols,entry kali ni bukan nak bersyarah pasal puasa tapiiii pasal satu keistimewaan pada bulan Ramadhan.yang hanya kita boleh dapati time bulan Ramadhan jaaaa.iaituuu Solat Sunat Terawih.yaaa memang solat sunat.tapi bukan ka kalau kita buat dapat pahalaa?uols taknak pahala kaa?lagi satu,kalau buat secara berjemaah.berkali ganda pahala yang kita akan dapat InsyaAllah.

Jom kita tengok betapa banyaknya kelebihan yg kita dapat bila menunaikan solat sunat terawih:

Kelebihan Solat Terawih Malam ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)"


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


see betapa sayangnya Allah dekat kita.tapi kitaaa??ada kita mengingati Dia?hmm aku bukanlah baik & alim tera mana sgt.cuma aku just nak share.terawih tahun ni aku sambut di campus.satu kehidupan baru sebagai seorang siswi.yaa dulu aku duduk asrama tapi kat asrama dulu ada guide daripada warden dan ada jadual yg harus diikuti termasuklah solat sunat terawih berjemaah.

tapi kat campus lain.terserah kat kita sama ada nak pergi atau dak.semuanya atas diri sendiri.jadi bila kat sini baru aku sedar betapa pentingnya didikan agama daripada ibubapa.dan terima kasih kepada abah dan mama sebab depa dah melatih aku dan adik-beradik yang lain solat dari kecik.dan selalu menunaikan solat terawih.

Dan bila kat campus,aku rasa nak jugak pergi terawih.rasa macam kosonglah kalau tak pergi.alah lagipun,course aku tak banyak kerja yang nak kena buat.so lebih baik aku pergi terawih kan daripada boring dok dalam bilik.haa bila dah hbs boring sgt aku akan online.see!online tu tak dapat pahala pun.ada pahal nak datang free kat kita dgn online???ce tepuk dada tanya.

oh ya cakap pasal masjid.aku sukaaaaaaa sangat sangat sangat sembahyang kat Masjid Ashabul Khafi UiTM Kedah.ya Allah rasa kerdil sangat bila aku masuk masjid tu.rasa macam tak layak sangat.bila imam mula baca ayat suci al-Quran dgn suara yg sgt lunakk,aku rasa mcm nak teriak*nangis bila selesai solat sunat witir,ada doa penutup yg buat aku sayu sangatgt.doa tu dibaca dlm bahasa melayu.bahasa yg kita semua faham.mmg boleh feeling.aku rasa macam apa yg aku dah buat selama nii?banyak dosaaa :'( astaghfirullahalazim.

satu lagi,setiap kali weekend aku akan balik ke kampung yg tak jauh dari campus.dan aku sembahyang secara berjemaah di surau.as you know lah kan,ramai yg berpangkat datuk,nenek.ada yang sembahyang sambil duduk atas kerusi.ada yg duduk terus atas lantai dan sujud kat atas meja mengaji alquran dilapik dengan sejadah,ada yang sukar utk bangun dpd sujud,ada yang berdiri tapi postur badan sudah membongkok..

tapi..depa still kuat beribadah kepada Allah.bila selesai solat 8 rakaat,depa tak balik tapi laju ja bangun utk buat sampai penuh 23.aku rasa macam malu sangat.kenapa kita yg muda,yg masih kuat tak boleh jadi mcm depaa?makcik aku pernah kata..

"sembahyang terawih ni baikla kita buat penuh sementara masih kuat ni..nanti dah koi*makin tua pakat sakit lutut la,sakit uratla..tak larat nak buat dah.masa muda ni lah kita nak buat ibadat banyak-banyak.bukan dah tua baru nak mengejar ibadah*okay yang ni aku tambah "

ingat,mati tak kenal usia.baby pun ada yg meninggal tahu.bukan orang tua saja.jadii renungkanlahhhhh dann selamat beramal terus.tak payah fikir2 lagi nak pi ke dak terawih.pi saja.dapat pahala kalau kita buat dgn ikhlas.kita akan dapat kesannya kat diri kita.akan rasa lebih tenang dan lebih kuat.percayalah..Allah sangat mengasihi hambaNya.dan kita juga mesti mengasihi Dia.tambah2 pula doa pada bulan Ramadhan dimakbulkan Allah.so apa tunggu lagi?jom ke masjid atau surau malam ni!! kalau tak larat,still boleh buat secara sendirian berhad kat bilik.nak solat ni..antara nak dgn taknak ja.oke??akhir kata daripada aku,

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA (!)

p/s : thanks for reading.aku rasa 1st time aku buat entry panjang mcm ni. :)

Wednesday, August 10, 2011

special dedicate to my abah :)

assalamualaikum & hai semua.kali ini entry special untuk my beloved abah,En.Huzaidy Hussain :)

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE-48!

ni kakngah pos chocolate cake dari Merbok :) try rasa mesti sedap!sebab kakngah buat sendiri.hehe

'walaupun abah dah 48 tahun tapi tak memberi maksud apa-apa.48 is just a number'

yang penting abah makin muda dan masih hensem.hehe..dan kesihatan abah masih okay.alhamdulillah. jadi kakngah nak ucapkan semoga abah semakin dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu.Amin :) and thanks for reading

p/s : writing skema sikit sebab takut abah tak boleh nak baca =.=

Saturday, August 06, 2011

betapa rindunya..

assalamualaikum & hai semua! hari ni kita berpuasa dah masuk 6 hari.lama lagi nak raya okay tolong sabar =.= pada bulan yg mulia ni rasanya belum terlambat lagi nak wish Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak! puasa biar penuh terawih jangan ponteng.boleh takat tu?

hmm hmmm time bulan puasa mcm ni aku sgtsgtsgtsgt rindukannn kenangan berbuka puasa di hostel sekolah dulu dgn konco-konco ku!!!aku ingat lagi..meriah sgtsgt.kat kolej ni.hmm xtau lah.kat bilik ada 3 org.hahahahaha meriah cara 3 orang lah.dulu ramai.omg rindunyaaaa kat depa semuaaa. -.- bila lagi boleh buka puasa mcm dulu2? :'(

meet my friends! .. aku :: yayan :: dhiya :: nuown :: yg bawah tu aaL.psst una tolong snap gambar.
una yg duduk tengah2 tu.


aku ingat lagi gambar ni diambil masa nak pergi buka puasa kat luar under Kelab Kesenian& Kebudayaan.konon kami seniour lah time ni.ada gaya muka seniour cengey*garang dak?tehee.k rindu gila kot.hmm.dulu aku selalu bangun sahur dgn dhiya.skrg sahur dlm bilik makan maggi ja.uwaaaa :'( xpa la chill ja lah.terima ja seadanya okayy?????*ckp kat diri sendiri.serius aku harap dapat buka puasa ramai2 dgn depa lagi mcm dulu2. :)

p/s : habis roomate terkena jangkitan virus demam aku.sorrylahh =.=

Tuesday, August 02, 2011

DBS Sport's Day ohsem!

assalam & hai semua.okay hari sabtu lepas club Diploma in Business Studies ada buat Sports Day.aku ni yg baru lepas perah otak jawab test paper Business Math pun tkejar lah pi pdg lepas tu.igtkan ramai gilaaaaa.rupanya2 sikit aje yg pi.aku fikir kupon ja tu aku pi.tapiii memey xrugi ah pi.best sgtsgtsgtsgt!!!!!even panas gilaaaaaa and dah lama xkena jemur bawah panas lama2,it was ohsem babe.

yg baju orange tu lah seniour2 yg jadi fasi utk sports day kali ni.tak sure depa part bpa..
lets begin yeah!1st game yg kami main.....lari sambil ikat kaki.guess what aku join doh game ni.bahahaha mcm xcaya gila.tp gambar aku takda la hmm lupa nak bawak camera.aku kena ikat kaki 3 org and akulah org tengah!omg kaki aku dua2 kena ikat and bila start jalan tu,sakit gila kot.bila tjatuh rasa lawak gilaaa.gelak puaih hati gila.boleh lepas tension xboleh jawab paper math tadi*erk

2nd game : lari dalam kain pelikat(ikat bawah) sambil bawak buah nyioq org kedah panggil.hee superbesh!aku xjoin tapi aku dok jadi pnyokong setia ja lah.suara ni toksah dok kata lah rock sampai tahap mana dah.wee okay part ni aku teringat zaman aku kecik2 time tadika ada acara lari dlm guni.bahaha.

3rd game : main musical coconut.pergh tak boleh belah okay.bukan musical chair tapi musical coconut.hahaha best jugaklaaaa.ada yg smpai berebut rebut nk dok atas kelapa tu.sampai gadoh2.tapi gadoh lawak2 jea.bila ada pihak yg mengalah so okay lah kan?

seeee ni lah team aku.team MERAH.paling ramai antara team yg lain.sorakan mmg gila2 lah.dah ramai kan.mmg bestlah.enjoy sgtsgt!

4th game : game apa entah ni.aku pun tak ingat nama apaaa.tapi guys aje yg boleh main.best jugak.even time ni dah pukul 12 lebih dah.kami still enjoy okaaayyy.

tadaaa!ni lah team akuu.dapat number 3.wee bolehlaahh tu.semua pemenang tiada yang kalah noh?hmm best2.nanti kalau club DBS buat activity apa2 lagi nak joinlah.tak rugi lah.lagi pun dok kat bilik saja pun bosan jugak kan.sekali sekala meng-active-kan diri tak salah ya kawan-kawan.

p/s : i adore Selamat Malam song.bye bye.