Thursday, October 06, 2011

Novel Review : Bukan Tak Sudi hasil karya Mimie Afinie

Assalamualaikum & hai semua.Sebelum tu nak buat pengumuman yg penggunaan bahasa diri tidak lagi "aku" tetapi betukar kepada "saya" untuk lebih sopan.Ya lah yang baca entry tak semua yg sebaya kan.Ada yg lebih seniour so macam tak manis pulak nak pakai "aku" kan.Tapi mungkin sesetengah entry akan pakai "aku" juga.hehe

Novel yang saya beli dan baca pada bulan September hari tu ialah Bukan Tak Sudi.Jom kita review! :)



Tajuk Novel : Bukan Tak Sudi
Karya : Mimie Afinie
Penerbit : KarnaDya
Terbitan : 2010
Halaman : 553 mukasurat
Harga : rm23.90*saya beli dalam RM18+ sebab ada Sales kat Popular time tu.


SINOPSIS BUKAN TAK SUDI

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’.


......................

Ha best kan?Apa yg best pasal novel ni sebab :

1st : novel ni unpredictable tahu.Memang buat kita nak baca nak baca dan nak baca lagi.Disebabkan anda baca kat sinopsis macam ramai hero kan.Jadi pada permulaan pembacaan anda akan buat andaian sendiri.Oh memangdangkan roomate aku dah pernah baca novel ni so aku aim dia ja lah kalau nak tanya apa yg jadi lepas tu *langsung tak saspens kan.sampai roomate aku si Min tu pun bengang hehe


2nd : Sebab novelis Mimie Afinie ni aku sukalah cara penulisan dia.Bersahaja,berjiwa muda,sangat lawak dan comel ja create character si heroin novel ni a.k.a Anis yang suka buat lawak,cepat menangis,kuat merajuk buat semua orang sayang dia.Aku yang baca novel ni asyik gelak ja.Best best!Tak rugi baca okay :)


3rd : Relationship antara Anis dgn abang dia best.Mesra,rapat,hormat antara satu sama lain.Disebabkan saya tiada abang jadi seronoklah baca.Dok imagine macam diri ni ada seorang abang pulak ceh.

4rd : Cerita ni ada part sedih,ada part lawak gila nak mamp,part buat aku geram dan nak marah macam nak baling novel tu tahu *waah emosi.haaha sangat feeling okay baca novel ni.Saya habiskan dalam masa 2 hari.Sebab terlalu best!


okaylah saya rasa sampai sini saja kot.Eh macam sikit ja kan review saya?Kalau tak cukup review macam ni nak yang lagi panjang cakap ok.Nanti saya akan improve-kan lagi insyaAllah.

p/s : Rajin saya menulis entry panjang-panjang kan kebelakangan ni.Winks~

35 comments:

Addin said...

dah lama tak baca novel :)

Izyan Masri said...

MESTI KAKI NOVEL NI KAN.XD

m said...

macam best je! nanti boleh cari:)

Unknown said...

@ Addin :
MEHLA BACA SAMA2 ADDIN :)

Unknown said...

@Izyan Masri :
BARU NAK TERAPKAN BALIK MINAT NI LEPAS BEBERAPA TAHUN TINGGAL HEE

Unknown said...

@Mya :
BELILAH TAK RUGI OKAY :)

Misz Jenny said...

pos la kat akuuu! haha

Unknown said...

BOLEH BOLEH HANG BAYAQ SHIP FEES.HAHA

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Mat pagi hana ..uuuu dah lama dah umi tak bace novel ..dlm 2 tahun gitu hihi.

Mcm best jugak cite ni hana ..nanti umi try cari ye ..umi suke bace novel yg lawak2 and romantik mcm nie hihi :)

Unknown said...

Selamat pagi umi! :)
haaaa try lah umi.hana pun dah lama tak baca novel.ni baru terapkan balik.hehe tryla cari novel ni best! :)

krazylenglui said...

woah..hee lame da kot tk bce novel.
pas exm nk try la hee :D

Run Away said...

dulu2..sy selalu baca novel..;d

Unknown said...

@Amyra Azhar :
oraite dear.try lah k? :)

Unknown said...

@Run Away :
iya ka?sekarang jarang baca dah eh?

fynahere said...

dah lama xbaca novel.kene beli jugak 1..ingat nk try jugak novel ni =)

Unknown said...

TRY LAH KAK FYNA.TAK RUGI OKAY BACA! :)

azalia hjsalleh said...

nak beli novel tp ase mcm malas takut cerita x menarik. so bace versi on9 je la *dasar kedekut sebenarnya ;(

zoobida wiwi said...

nak pinjam!! :P

Unknown said...

@ azalia hjsalleh :
tu la kan.hana pun kdg terbeli novel yg tak bes.mmg hangat hatini jadinya =.=

Unknown said...

@tieqa waheeda :
boleh ja kaklong :)

aiman mania said...

lama daaa kita tak baca novel..llki pon jiwang gak ya?hoohoohoo.......
alaf 21 lagi best dr karnadya..apa2pon,dont judge the book by its cover right?huhuu...

m said...

inshaallah=D dah rekemen ni, mesti nak kena cari ni=)

Anonymous said...

dah lama sgt tinggalkan hobi bc novel....


p/s:salam kenal!mehla jenguk belog saya (^__^)

Unknown said...

@ aiman fanboy k-pop :
takda hal bro lelaki nk baca novel.kat skola dulu kwn2 laki baca novel siap maki2 lagi si hero tu.emo betul hehe :)

Unknown said...

@Mya :
yup carilah mya tak rugi insyaAllah :)

Unknown said...

@ :: noremy bte rahmat :: :
jomla semarakkan balik minat membaca novel ni :)

aiman mania said...

wauuu...giloa betul classmates laki dia..heeheehee.......menjiwai tuh...^^

Unknown said...

Abah dah tk baca dah novel ...hehehe

Rtp Farra Arisha said...

i'm not a novel lover. hehehe.

zaty said...

exchange jomm.rumah aku belambakk kot.nk isi masa cutiii ni. haha :DD

Unknown said...

@aiman fanboy k-pop :
mau tau lah depa memang sangat feel baca novel hee :D

Unknown said...

@ abah khalisha :
try aa baca lagi hee

Unknown said...

@Rtp Farra Arisha :
boleh ja jinak jinakkan dir baca.hee

Unknown said...

emm mmg mcm seronk ja dgq...kak fatin bawu abis baca novel..nvel pun x dk dh la..nak p cari la hehe :D

Unknown said...

novel ni mmg best giler.. da jd koleksi ksayangn.. xrugi bli... mmg superb!!