Friday, November 29, 2013

Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum. Hai, hari ni hana nak share Tips Murah Rezeki untuk anda semua. Sekadar berkongsi, harap dapat kebaikan bersama. InsyaAllah. 



Repost from the founder of Green Leaders Academy Malaysia (GLAM), CDM Hanis Haizi. 
.
.
.

Ramai sentiasa tercari-cari petua amalan untuk murah rezeki. Kat sini Hanis nak share sikit macam mana Hanis boleh kekal consistent dalam business ini malahan business makin melimpah ruah rezekinya masyaAllah... 

Alhamdullilah!



1) Beribadah - Solat 5 waktu

Perkara yang paling wajib sekali buat kaum muslim semua, sembahyang 5 waktu jangan sesekali tinggal. Even tho sometimes boleh terlupa or tertinggal try practise jangan tinggal selagi kita mampu. Sebab kita minta rezeki dari Allah, yang wajib pun kita tak buat jadi rasa-rasa Allah nak kenankan doa kita tak?

2) Tinggalkan perbuatan DOSA

Dosa bukan sahaja buat hati kita resah malahan tertutup pintu rezeki. Mengumpat, busuk hati , buruk sangka, dan sikap iri hati tu pun antara perbuatan boleh mendatangkan dosa. Bila nak dapat rezeki lebih, kita mesti sentiasa bersihkan hati kita.. jangan cepat rasa dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab tu sometimes some people rezeki ada tapi tak pernah cukup or puas.

3) Beristighfar

Bila dilanda masalah, always remember Allah sendang menguji kita. SABAR! Hanis banyak dilanda tomahan, kata-kata keji oleh orang sekeliling, and at one point it almost come to my breaking point, but at that time I remember no one stood by me but Allah. Tiap-tiap saat berdoa pada Allah berikan kekuatan dan lindungi kita

4) Berbakti pada orang sekeliling

Orang sekeliling ni termasuk family kita, mahu pun orang luar. For me my knowledge is the way for me to help others so that they will gain the same thing too. I help my partners to develop their business, saling bantu membantu. And as a leader kita tidak boleh pentingkan diri sendiri.

5) Berusaha

Siapa yang berusaha pasti akan dapat, itu Sunnahtullah. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, jika dia sendiri yang ubahnya. Jika kita mahukan sesuatu yang berbeza jangan berharap jika kita lakukan perkara yang sama. Kita mesti tahu usaha yang kita bagi tu setimpal tak dengan apa yang kita harapkan? Ramai yang nak rezeki lebih, tapi cakap je lebih usahanya kurang.

6) Bertawakal

Konsep bertawakal ni datang bila akhir sekali setelah kita berusaha yang terbaik mati-matian, buka baru usaha sikit dah tawakkal. Tawakkal means kita berserah kepada Allah. Because Allah knows best!! I still remember macam mana hanis nak qualify my first trip to Tokyo dulu. Company bagi time duration 4 month period, during the final month tu macam-macam cabaran yang hanis terima dengan anak sakit keluar masuk hospital, leader tinggalkan hanis, anak tak ada orangjaga , suami pula bising kita buat bisness.. tapi hanis tetap BERTAHAN dan Berserah kepada Allah. Alhamdullilah hanis terus qualify!

7) Bersedekah

Membantu orang yang kurang upaya, kurang mampu. This one jadikan amalan hari-harian. Sesungguhnya kebajikan itu memberikan kekuatan dalam hati, murah rezeki dan kekuatan jasad.

8) Konsep Bersyukur

Banyak atau sikit, kita kena sentiasa bersyukur. Jika sedikit pun takpe itu rezeki kita untuk bulan ni, janganlah berputus asa ataupun cakap bukan rezekiku disini. Sometimes Allah wants us to remember macam mana rasa bila dapat sedikit mahupun banyak. Apa pun rezeki Allah luas, dan ingat Allah tidak Zalim!

9) Rajin Berdoa

Jadikan amalan setiap hari, setiap waktu solat untuk berdoa. Doa akan mendekatkan diri kita dengan Allah. 

10) Solat Dhuha 

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: 

“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”



“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan 
mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At Talaq ayat 2- 3)

Thank you for reading this entry! =)

No comments: