Wednesday, January 25, 2012

100 Hari Tanda Sebelum Kematian

entry ini credit kepada blog ini.


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." -Sabda Nabi Muhammad S.A.W



sumber : google
100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.



40 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



Nazak atau Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
-->Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.



sumber : google


Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila.<-- aku sendiri,kalau tidur petang dan bgn selepas dpd azan asar,perasaan amarah selalu menguasai diri.rasa mcm asyik nak marah ja,semua org buat nmpk tak kena =.=






sumber : google


Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut. Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.






sumber : google


Wahai wanita, jagalah solatmu, auaratmu serta taatlah kepada ibu bapa kerana kalian lebih indah disisi Allah berbanding segalanya.klik blog ini utk selanjutnya.Wallahualam :)

33 comments:

EZAD AMIR said...

btol gak..kalo bgn pas asar,kdg2 rasa cm bingung je..
pastu kalo terjaga time maghrib,cm org bodoh je..tak taw nk bez pagi ke mlm..

Wafiy said...

wafiy teringat dulu sebelum arwah atuk wafiy meninggal dunia time waktu sebelum subuh, sehari sebelum meninggalnya arwah, atuk wafiy sempat solat maghrib and isya' kat surau, dan arwah sempat salam (berjabat tangan) dengan hampir seluruh penghuni di dalam surau ketika itu. sedih atuk dah takde :'( al-fatihah

hanabunga said...

@EZAD AMIR
yup sama la dgn hana.dulu2 sekola ptg selalu la tidur smpai maghrib.then terjaga terkejut igt dah pgi haha =.=

My Life's Journey said...

Terasa sedih pula membaca entri ini .. banyak2 blog yang update ..umi pergi kat cni dulu ..sebab umi rasa tajuk nisangat istimewa ..


2 3 hari ni asyik dengar citer tentang kematian .. mendorong umi untuk terus bca entri hana :). setiap yang hidup akan pergi .. bile2 je masa .. entah esok ..lusa atau hari ini .. buat umi fikir ..bilakah tiba waktu umi ..


Bila bangun pagi .. tersedar dari tidur .. dalam hati berkata .. allah masih bagi peluang ..


sejak cerita tentang 2012 nak kiamat .. mcm2 umi fikir .. tapi hari kiamat tu hanya ALLAH je tau .. Tiada siapa yang tahu ..


ai ai mcm sesi meluah perasaan je umi ni .. hihi ..apapun, umi suke bace entri ni dan word yang last tu buat umi berfikir :). Trm kasih dear :)

hanabunga said...

@Wafiy
oh ya ha?sedihnyaaaa =.= arwah mcm dah dapat rasa kan saat tu :( sabar k :)

hanabunga said...

@My Life's Journey
umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!! aaa rindu umiiii!!!sorry jarang update blog lately :(

hana pun sekadar copy paste dari blog org lain.nak share dgn semua rakan bloggers saja :) perkongsian ilmu :)

fathiahRAIHANA said...

nie sharing hana :)

sgt lah menyentuh hati T____T
takut bila fikirkan mati. sedangkan byk lg yg krg dlm diri..

lepas ni nk jg takmo tertido dh ptg2 , hee.

hanabunga said...

@fathiahRAIHANA
sekadar perkongsian ilmu dear :)
aah hana pun xnak tidur petang lepas asar dah :)

Kuasai Minda said...

Semoga menjadi ingatan kepada kita semua. Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, maka bersedialah kita menghadapinya....

Nursyakirah Subri said...

ilmu baru dan peringatan buat kita semua :'(

Amyra Azhar said...

terima ksih share kaq hana :)
penah tgok gak masa arwah moyang meninggal :(
doakan utk mereka :')

Cik Oda Gelang said...

thanks hana for sharing this....takut pulak cik oda hukhuk

a little less conversation said...

like!! hurm, solat asar kena selalu segerakan ni, asyik nak pukul 6 je..hehe

hanabunga said...

@Kuasai Minda
insyaAllah terima kasih ya :)

hanabunga said...

@Nursyakirah Subri
semoga mesej yg nak deketengahkan smpai ke semua pembaca insyaAllah :)

hanabunga said...

@Amyra Azhar
iya dear.thanks ya :)

hanabunga said...

@Cik Oda Gelang
hana pun takut gak cik oda :(

hanabunga said...

@a little less conversation
hahaha sama ja.dulu hana pun mcm tu.skrg ni tggu waktu masuk ja terus solat :)

My Life's Journey said...

Hihi umi pun rindu hana jugak .. entri hana ni umi suke bace tau :) .. hana jaga diri tau .. sayang hana selalu ...muahhhh

lisa said...

terus baca lepas klik blog sis. k sumpah takut :/

hanabunga said...

@My Life's Journey
iya ka?wahh terharunyaaa ada jugak yg rindu hana eh :(
okay umi pun tau.jaga diri disamping en.abah hehe :D

hanabunga said...

@lisa
kak hana pun takut dear.sama2 la kita saling igt & mengingati antara satu sama lain :)

zOeY zAu YaH said...

insaf =(

hanabunga said...

@zOeY zAu YaH
alhamdulillah baguslah gitu kak :)

Ros said...

Salam ziarah...

Nurul Iman Rosman said...

tipu lah kalau tak takot lepas bace entry ni. insaf insaf -,-

My Life's Journey said...

Mat pagi cayang .. hana gah buat pe tu? dah sarapan?

hanabunga said...

@Ros
thanks ya :)

hanabunga said...

@Nurul Iman Rosman
alhamdulillah :)

zOeY zAu YaH said...

=)

aisyahshakirah said...

nak share bolehhhh? singgahlahh blog aisyah :)

Nizam said...

perkongsian yang menarik dan mengingatkan kita akan kematian...

newfolder said...

buktikan dalil2nya ...